Friday, March 4, 2011

Jakarta oh Jakarta

Ni dkt KLIA. Saya tak perasan pun kawasan hijau ni tapi kak Idah kata tmpt ni dorang himpun 'benda' yang jadi penghuni tempat ni sebelum KLIA wujud. Betul ke?

Beg yang memang saya selalu bawa masa pergi travel

Ni kak Roziah dalam rumahnya. Dia tengah telefon airport nak check beg saya yang orang tersalah ambil.

Jangan tak tahu, ni rumah Inul, ratu gelek gerudi!

luar Tanah Abang

di sekitar Jalan Mayestic

Jalan Mayestic


Jalan Mayestic

tengok semua kain cotton tu, tak ke menggila dibuatnya!

lagi koleksi cotton

dan lagi...

Japanese cotton

cotton lagi...

cotton lagi...

dan lagi cotton...

memang menitis air mata tengok semua Japanese cotton yang cantik bangat ni!

cantik kan?

ni yang mahal sikit...

penuh satu kedai dengan cotton je..

depan rumah kak Roziah

ni Tanah Abang dari jauh

atas tu ialah masjid.

kami sibuk membeli telekung...

barang-barang kita orang yang dah start banyak...

segalanya ada kat sini

kedai-kedai dalam Tanah Abang

kedai-kedai lagi

lagi kedai-kedai...


kedai ni jual blouse. Saya borong 3 helai kat sini yang harganya tak sampai RM20!

pilih je mana-mana suka,Rp70 je..

memang cantik2...

kita orang tengah tunggu driver kak Roziah

yang ni porter, tukang angkut barang...kita kena bayar la..

ada kematian orang ternama jadi mereka hantar jambangan dan hiasan bunga ni sebagai tanda simpati.

ni lagi..

tulisan tu semuanya dibuat daripada bunga dan penuh di sepanjang jalan rumah tokoh tersebut


beg plastik hasil belian

beg untuk saya bawak balik yang memang lebih 30 kilo!
Saya ke Jakarta asalnya nak temankan kawan saya, Kak Idah beli kain-kain untuk baju raya tapi akhirnya macam saya la yang lebih-lebih membeli dan membelah di sana.

Untuk pertama kali saya menaiki KLM untuk ke Jakarta. Penerbangan tersebut ialah penerbangan transit dari Belgium ke Jakarta. Singgah di Kuala Lumpur mengambil penumpang-penumpang lain yang akan ke Jakarta pula. Saya sampai di Jakarta lebih kurang pukul 7 malam (Jakarta lewat sejam dari waktu Malaysia). Urusan di kaunter imigresen sahaja mengambil masa selama sejam. Ini jelas menunjukkan sistem mereka tidak begitu efisyen kerana memakan masa yang agak lama. Selesai urusan di situ, saya dan kak Idah ke bahagian pungutan bagasi. Dengan tidak disangka-sangka, beg pakaian saya yang sebeban tu dah ada yang tersalah ambik. Lagilah bertambah masalah saya kerana terpaksa membuat laporan kehilangan beg. Jadi nasihat saya,jika kita berjalan jauh dan mempunyai beg yang hampir sama dengan orang-orang lain ialah tandakan beg kita dengan sesuatu tanda yang memudahkan kita mengecamnya. Letaklah tali ke, riben ke, asalkan senang dan mudah dicam kelak.

Mujur pegawai yang bertugas di kaunter aduan menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh berhemah dan dedikasi. Pujian saya berikan kepada kebanyakan pekerja di Indonesia kerana mereka bukan sahaja ramah tapi sangat tinggi dalam soal pekerti dan bahasa. Selesai semua urusan, saya dan kak Idah dijemput oleh sahabat kak Idah sebelum dibawa untuk bermalam di rumahnya. Saya pula, terpaksalah meminta ihsan kak Idah untuk menggunakan baju tidurnya kerana nasib untuk beg saya sampai pada malam itu tersangatlah tipisnya...

Pada sebelah siangnya, saya dan rombongan kami (kak Idah dan kak Roziah lah...) terus bercadang ke Jalan Mayestic. Sebelum ini, saya tak pernah sampai ke sini. Kedatangan saya dulu pun, saya hanya sempat ke Tanah Abang sahaja. Perjalanan dari rumah kak Roziah memang mengambil masa yang panjang kerana kami terpaksa menempuh kesesakan yang memang luar biasa bagi orang Malaysia tapi biasa-biasa sahaja bagi warga Jakarta. Jalan Mayestik lebih kurang macam Jalan Tengku Abdul Rahman  cuma tempatnya taklah tersusun seperti di Malaysia. Setiap kedai di situ menjual kebanyakannya fabrik dan yang menjadikan saya agak menggila ialah fabrik cottonnya. Memang di luar dugaan dan merupakan pilihan yang tepat untuk mereka yang memang menggemari kain cotton. Saya rasa kalau seharian berada di Jalan Mayestic memang tidak cukup masa. Apa yang penting ialah bawa wang yang mencukupi sahaja. Namun demikian kain-kain cotton yang bermutu tinggi khususnya dari Jepun tetap dijual dengan harga yang tinggi. Cuma harganya mungkin agak rendah sedikit sahaja jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Pilihan untuk fabrik-fabrik lain seperti sifon memang tidak mendukacitakan kerana kita boleh perolehi sifon dan juga lining yang agak bermutu tinggi dengan harga yang memang jauh lebih murah dari negara kita.

Hari pertama berakhir di sini sahaja dan kami pulang dengan menjamah hidangan Padang sebagai santapan tengah hari dengan harga yang mahal!

Hari kedua kami ke Tanah Abang, satu kemestian bagi semua orang Malaysia yang datang ke Jakarta. Kawasan ini memang sentiasa penuh dengan manusia dengan bermacam-macam urusan khususnya untuk pembelian secara pukal. Bangunan yang tersergam dengan 7 lantai (kalau tak silap saya la...) dibahagikan mengikut bahagian masing-masing. Jadi kita kita hendak membeli kain telekung, kita ke lantai berkaitan dan jika kita mahu membeli blouse, ke lantai yang berkaitan juga. Untuk ke Tanah Abang, bagi yang pertama kali sampai, saya nasihatkan ambillah masa dalam sekitar dua hari! Ya, memang betul, hari pertama memang tidak akan cukup kalau kita baru sekadar hendak meninjau-ninjau sahaja. Disebabkan saya tahu tujuan untuk membeli apa, jadi masa dan perjalanan kami ke sini lebih mudah. Itupun saya dan kak Idah datang dua kali kerana ada sahaja yang masih tertinggal dari senarai membeli-belah kami.

Apa yang menarik di Tanah Abang ialah kita dapat membeli barang dengan harga yang berganda lebih murah. Contohnya untuk mendapatkan telekung yang bermutu tinggi dan cantik, kita hanya perlu berbelanja sekitar RM80 sahaja. Saya pasti telekung ini jika dibawa balik ke Malaysia, harganya dalam lingkungan RM250 - RM300 memang tak boleh lari. Blouse-blouse yang biasa saya beli dalam harga RM50 hanya dijual tak sampai pun RM20! Jadi kita boleh bayangkan kegilaan orang luar yang datang ke sini bukan!

Jakarta penuh dengan bermacam-macam tempat menarik tapi satu perkara yang membuatkan kepala saya sebu memikirkannya ialah kesesakan lalu lintasnya. Hampir kesemua tempat yang kami tuju penuh dengan kesesakan dan seperti tidak ada jalan penyelesaiannya. Hinggakan saya berani berkata mungkin saya tidak akan menjejakkan kaki lagi ke sini kerana kalau setakat mahu membeli telekung, fabrik cotton ataupun blouse yang murah, Bandung jauh lebih menepati citarasa saya. Keadaan Bandung agak kurang sibuk, cuacanya nyaman dan menawarkan hampir semua keperluan untuk orang Malaysia. Tapi projek ke Bandung mahupun ke tempat-tempat lain di Indonesia memang terpaksa saya tangguhkan untuk satu tempoh yang agak panjang kerana stok kain saya dan anak-anak saya memang sudah lebih daripada cukup untuk keperluan kami selama tempoh 2-3 tahun!

6 comments:

미미고 said...

salam cikgu...wah~...seronok nye pergi sane,..sy x biasa pulak shopping kat jakarta, tp tgk gmbr cikgu, rase macam nk pegi skrg je ke jakarta.tapi kalau ke bandung mmg best. kebetulan kakak saya blaja kat sane,jadi die bawak la saya jalan2 kat bandung tu.memang syurge shopping la!..tmpt2 yang biase saye pegi ke pasar baru,kat situ mmg brg2 die murah..same macam tanah abang la kot.lagipun, di bandung ni byk factory outlet,dekat2 plak tu...dekat jalan riau rasenye..klo pagii sehari tu mmg x cukup!..pastu yg tmpt kek2 yang sedap,cikgu pegi kartika sari,die punye chocolate chip brownies mmg sedap!!..pastu klo cikgu suke mkn tauhu,cikgu boleh cube tahu semedang,mmg favourite saye la tu..mkn dengan cili hijau yg kecik tu..fuh~..meleleh~...pastu klo tmpat bersiar2 cikgu cube tangkuban perahu..sejuk tmpt tu..tp kene pergi pagi2 la..tapi tu tmpt gunung berapi la..pastu kalau cikgu nk tgk pemandangan seluruh bandung, cikgu cube dekat the peak..jalan nk pg situ lbh kurang mcm cameron la~..ha tu je la saye nk ckp..

Nurma said...

hehe..maknanya kamu pun dah sakan la berjalan ye kat bandung...saya dah 3 kali sampai sana. Kebanyakan tempat yang kamu cakap tu saya dah pegi cuma makan tahu semedang tu je saya belum rasa lagi..mungkin lain kali kita blh geder2 gi sesama kot...

미미고 said...

adela sikit~..klo macam tu cikgu da pnh pegi kawah putih la?..saye teringin nk pg sane..tp x kesampaian pulak,
jom la cikgu..pg korea .bln 7 ni sy pegi..mggu dpn ade matta fair,jadi saye nk pg usha2

Liana Mohd Noor said...

emmm....best nye dapat pergi sana...
bilakah agaknya dapat pg...

Nurma said...

Kalau ada Airasia buat jualan murah, nnti boleh la book. Selalunya tak la mahal sgt. Lepas tu booking awal2 hotel jadi nnti dah sampai sana tak la buang masa lagi...tapi apa2 pun saya nasihatkan kalau ke Bandung pun cukup la sebab Jakarta ni yang tak tahannya ialah jemnya...di Bandung boleh la lagi diterima akal...

tony transport bandung said...

Salam Tuan / Puan

MBTS~ Mutiara Bandung Transport Solution menyediakan Khidmat Transport Di Bandung &
Jakarta. Pemandu berpengalaman, mesra,jujur, peramah dan tiptop service

Free & Eazy Program Tour (semua tempat di bandung)

Kereta + Pemandu +Parking +petrol + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej)

Rate Kereta Taip Daily/14 hour from 8am to 10 pm

Toyota Avanza ( 6seat ) 125 RM

Isuzu Elf ( 12seat ) 195 RM

Isuzu Elf Long (16seat) 270RM

*no extra caj jika nak pegi tangkuban perahu or kawah putih (dalam beza hari)
* we dont need deposit and no penalty if cancle, all payment do it at last day at bandung

CALL / text / whatsapp

WhatsApp : +62 858 6137 8328 (fast response)
pin blackberry : 746C D4CE
email : tonytransportbandung@gmail.com

Post a Comment