Monday, March 14, 2011

9 Skala Richter!

Gelombang tsunami menghempas sebatang jalan di bandar Miyako, di timur laut Jepun selepas satu gempa berukuran 8.9 pada skala Richter menggegar Jepun, Jumaat lalu. – REUTERS
Bukan 8.9 tapi 9 skala Richter!

Itulah laporan terbaru yang diberitakan semalam berkaitan ukuran gempa bumi yang melanda Jepun baru-baru ini. Memang sesuatu yang mengejutkan! Tetapi kalau kita ambil kira kemusnhan akibat daripada bencana ini memang layaklah gegaran yang diukur menjangkau setinggi itu.

Berbalik daripada apa yang saya telah tulis sebelum ini bermakna gempa bumi di Jepun baru-baru ini merupakan antara yang terkuat di dunia di belakang Chile dengan ukuran yang dicatatkan ketika itu ialah 9.5 skala Richter.

Namun apa yang membimbangkan selepas daripada gempa bumi yang seterusnya diikuti oleh kejadian tsunami ialah berkaitan dengan ancaman radiasi di dua buah reaktor nuklear di Fukushima hari ini, selepas sistem penyejuknya gagal berfungsi sekali gus boleh mengakibatkan bencana nuklear terburuk di dunia dalam tempoh 25 tahun.Ancaman yang dihadapi Jepun itu dibimbangi boleh mengulangi bencana nuklear di loji nuklear Chernobyl, Ukraine pada l April 1986, selepas bahan radioaktifnya dilepaskan ke udara dalam satu letupan kuat..

Jika keadaan ini gagal dikawal dibimbangi ia boleh menjadi ancaman besar kepada negara-negara jiran berdekatan juga.

Jumlah korban setakat ini yang dilaporkan dikatakan telah mencecah angka 10 ribu orang. Bagaimanapun banyak lagi mangsa yang dipercayai masih lagi hilang.

Sama-samalah kita panjatkan doa ke hadrat Ilahi semoga negara kita terhindar daripada bencana-bencana besar begini...


sumber : Utusan Malaysia Online

1 comments:

Kopi & Teh said...

My goodness, reading blog nie dh mcm as good as sitting infront of TV's primetime news... Hello.. Hello... Astro, make way for 1 vacancy for this All in One expert!... hehehe...

Post a Comment