Monday, March 28, 2011

i-city : tak berbaloinya...

Ni masa nak masuk ke area tu.Banyak kedai yg ada mainan ala2 nak berjudi la plak...

lampu2 yg cantik.

Byk lampu cantik tp saya ni tak pandai nak ambik gambar.


Haqim masuk pakai selipar je.lps tu kelam-kabut keluar sebab kaki dah jadi beku.

maryam dari awal masuk sampai la keluar senyap aje. Agaknya sebab takut tak pernah masuk tmpt2 mcm ni.

memang sah dia suspen sampai nak senyum pun tak nak.


Maid saya dan maryam. Happy bangat dia dapat masuk sini.Boleh tunjuk kat org kampung nnti.

sempat lagi Husna ni merasa ais tu.


 





Kina pun senyap je lepas kena marah sebab hilangkan telefon dia.










konon ala2 pokok ada ais la tu...




Hujung minggu lepas, saya bawak la anak-anak saya ke i-city Shah Alam. Dengar khabar tempat tu macam cantik sebab ada lampu-lampu dan yang menariknya sebab ada rumah salji.

Sampai aje kat sana, nak masuk parking kena bayar RM10. Tiket parking ni sebenarnya boleh digunakan untuk masuk ke rumah salji dengan ditolak semula sebanyak jumlah yang kita bayar tu malangnya saya tak la pula diberitahu terlebih dahulu. Jadi tiket tu tertinggal dalam kereta. Malas la saya nak pergi ambik semula sebab jauhnya boleh tahan.

Nak masuk parking tu agak menyeksakan terutama kalau kita bawak kereta mpv sebab tempat tu sempit. Jadi hampir di sepanjang jalan nak masuk dari satu tingkat ke satu tingkat, dapat la kita tengok bekas-bekas kereta yang dah bergesel dengan tepi-tepi dinding. Ini lagi satu perancangan yang tak bijaksana bagi saya. Zaman sekarang kan dah ramai orang pakai kereta besar-besar sebab anak pun dah ramai, jadi wajarlah kalau buat tempat nak membelok di kawasan parking tu agak luas supaya semasa kita nak naik ataupun nak turun tak la terasa cuak.

Sampai di kawasan tu saya dapati banyak lagi kedai-kedai yang masih belum bukak. Kebanyakan kedai di situ begitu agresif nak menarik pelanggan untuk berbelanja di kedai mereka. Ada juga disediakan permainan ala-ala di tempat fun fair. Cari punya cari jumpa la rumah salji. Nak masuk je kena bayar RM25 untuk dewasa dan kanak-kanak kena bayar RM20.

Yang menjadikan saya tak berapa tak puas hati ialah bayaran tu tak termasuk kasut macam Puah Chu Kang tu. Kalau pakai selipar memang sekejap je la kita masuk. Sebab kaki akan beku macam tak rasa apa-apa. Jadi nak tak nak memang kena sewa kasut. Tak kira kecik ke besar ke kaki kita, semua kena bayar RM10. Bayangkan kalau pergi ramai-ramai macam saya ni.

Lepas tu nak simpan kasut/selipar yang kita sedia pakai tu pun kena charge lagi RM2 untuk letak dalam plastik yang biasa-biasa tu je. Tak ke sakit hati dibuatnya. Tak cukup dengan tu kalau nak sarung tangan pulak kita kena beli sendiri. Untuk pakai macam tutup telinga tu pun kena beli jugak. Boleh dikatakan mereka yang menyewakan kasut (yang berapa sen je masa dia beli tu) dan juga meniaga sarung tangan, memang untung berlipat kali ganda la. Bagi saya memang tak berpatutan langsung harga tu kalau sekadar dapat baju sejuk semata-mata tanpa mendapat peralatan lain (seperti kasut dan juga sarung tangan).

Memang nampak sangat nak mengaut keuntungan tanpa mengambil kira dan memberi pertimbangan kepada pengunjung. Kalau macam ni la pihak berkaitan nak memulakan perniagaan, alamatnya saya rasa tak lama la akan bertahan...

Lepas dah masuk rumah salji ni, saya rasa bersyukur sangat dengan cuaca negara kita. Yelah sebab dah dari lahir duduk sini kan jadi badan ni dah biasa dengan cuaca tempat kita. Tak dapat nak dibayangkan kalau betul-betul saya pergi ke tempat sejuk macam tu. Memang rasanya tak berdaya nak bergerak pun agaknya. Apa-apa pun pengalaman di sana satu kenangan untuk saya dan anak-anak berkongsi masa terluang kami dan sebagai bayaran sebab tak membawa mereka kemana-mana semasa cuti sekolah yang lalu...

0 comments:

Post a Comment