Friday, March 4, 2011

Orang Kaya di Malaysia

Kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia dinilaikan sebanyak US$62.1 bilion (lebih kurang RM187 bilion) dan jumlah itu meningkat sebanyak US$11.1 (lebih kurang RM33 bilion) berbanding tahun sebelumnya. Demikian menurut majalah Forbes Asia hari ini. Seperti tahun sebelumnya kekayaan ini diungguli oleh orang yang sama iaitu Tan Sri Robert Kuok Hock Nien dan Tan Sri T. Ananda Krishnan.

Robert Kuok yang kini berusia 87 tahun telah menjadi orang terkaya di Malaysia sejak tahun 2006 lagi dengan jumlah kekayaan sebanyak US$12.5 bilion (lebih kurang RM36 bilion).Kekayaan beliau diraih daripada syarikat minyak kelapa sawitnya iaitu Wilmar International.

Manakala Ananda, 72 tahun yang menduduki tangga kedua dengan syarikat telekomunikasi Maxisnya, memperoleh kekayaan sebanyak US$9.5 bilion (lebih kurang RM27 bilion) meningkat dari US$8.1 (lebih kurang RM24 bilion) pada tahun sebelumnya.

Begitu lah serba sedikit tentang berita orang yang terkaya di Malaysia. Untuk bacaan lanjut, boleh layari ceritanya  di sini.

0 comments:

Post a Comment