Saturday, March 12, 2011

Aerobik Perdana

Ramai yang datang
Ani yan gpakai baju putih kat depan sikit tu
Mira tetap semangat

Aktiviti aerobik ini diadakan di kawasan berhampiran Taman Tasek Cempaka berdekatan dengan Mc Donald di Bangi. Saya dan Ani bersama anak Ani, Amira berpakat pergi bersama-sama. Sebabkan dah lama tak bersenam, termengah-mengah juga la saya nak ikut cikgu aerobik ni. Tapi yang bestnya, rupa-rupanya cikgu ni ialah kawan saya, Mardian Shah. Tak sangka la pulak dia ada bakat nak buat-buat semua ni. Padahal dia ialah pensyarah di Uniten. Dia baru sahaja selesaikan tesis Phd. nya di UKM. Memang boleh kata serba boleh la Mardian ni.
Dengan Mardian
Ani dan Usop kat restoran dia orang

Lepas dah habis bersenam, sebabkan perut dah lapar, terus Ani offer untuk sarapan di kedai Haji Rosli di Pusat Hentian Kajang. Kedai ni kedai makan Yusof, suami Ani. Hmm...dah penat-penat buang segala lemak dan kalori sekarang tiba la masa nak tambah pula ye...Saya kena la kuatkan azam nak turunkan sikit berat badan sebab suami pun dah ada bunyi-bunyi...Jadi...saya...kenalah...hmmm...ok lah nanti saya akan fikirkanlah...

0 comments:

Post a Comment