Friday, March 11, 2011

Genta Rasa

Blog ini merupakan antara blog yang saya suka baca. Pemiliknya ialah editor untuk majalah motivasi dan fardu ain, Solusi, iaitu Pahrol Mohd. Juoi. Nama yang jarang didengari namun mudah untuk diingati. Saya rasa setiap perkongsian ilmu dan juga buah fikiran yang dilemparkan di sini berjaya membuka peluang kepada minda kita untuk melihat sesuatu keadaan dalam bentuk yang berbeza.

Ideanya melihat kebanyakan hal yang berlaku dalam hidup digarap dengan begitu teliti mengikut panduan dan di bawah payung seorang yang bergelar Islam. Saya sarankan bacaan lanjut dalam blog beliau kerana tingginya penggunaan dan penguasaan bahasa yang beliau gunakan. Blog ini boleh dilayari di sini. Selamat membaca dan mencambahkan ilmu!

1 comments:

Liana Mohd Noor said...

Ooo...penulis ni..
Saya pernah baca buku Nota Hati seorang lelaki..
Blog cikgu pun best..
Banyak dapat input..

Post a Comment