Monday, March 21, 2011

Ex-Georgian


Antara kebaikan Facebook ialah telah berjaya menemukan rakan-rakan lama yang telah terpisah. Sebagai contohnya, saya telah berjaya menjejaki rakan-rakan sekolah semasa bersekolah di Seremban selepas terpisah hampir 24 tahun!

Baru-baru ini kami telah mengadakan pertemuan semula di sebuah restoran di Seremban. Walaupun perjumpaan semula itu hanya dihadiri oleh bekas pelajar perempuan Sekolah Menengah King George V sahaja, ianya telah memberikan kenangan indah dan tersendiri. Saya berpeluang berjumpa dengan rakan-rakan lama yang kebanyakannya telahpun mempunyai deretan anak. Rasa gembira tidak dapat dibayangkan apatah lagi semuanya seolah-olah kembali ke zaman silam, sewaktu di alam persekolahan. Boleh kata semua masih mengekalkan peribadi yang sama cuma saiz badan sahaja yang jauh berbeza...hehe...tak apalah. Itulah pengorbanan besar selepas semua berjaya melahirkan zuriat sendiri..

Insyaallah pertemuan seterusnya akan diatur kemudian. Kali ini katanya akan melibatkan kaum bapa pula selepas kaum mak-mak dah puas sembang-sembang, gelak-gelak dan makan-makan...

0 comments:

Post a Comment