Saturday, July 3, 2010

Buku Adab Belajar

Buku Adab Belajar ni mcm report card la kalau masa zaman2 saya sekolah dulu. Jadi hari ni hari pengambilan repord card di sekolah anak2 saya. Disebabkan tahun ini ada 3 orang anak saya yang bersekolah di sekolah rendah, jadi saya terpaksa membahagikan masa secara sama rata untuk kesemua anak2 saya. Secara adilnya saya bermula dengan ke kelas Haqim dulu sebab dia yang paling tua. Semasa dalam perjalanan ke sekolah dia telahpun meminta maaf kepada saya dan berterus-terang dengan saya berkaitan markahnya dalam peperiksaan baru2 ini yang agak teruk. Sebenarnya saya dah boleh rasa cumanya saya mahu dia sendiri berterus-terang dengan saya.

Walaupun hari masih lagi pagi, kawasan di persekitaran sekolah telah penuh sesak dengan kenderaan ibu bapa yang turut datang untuk mengambil buku adab belajar anak masing2. Mujur saya berjaya memboloskan diri untuk mendapatkan ruangan parking. Sampai di kelas Haqim memanglah telah saya jangka, markahnya tidaklah begitu memberangsangkan. Beberapa pelajaran perlu diberi penekanan yang lebih menurut pendapat guru kelasnya. Saya agak kecewa dengan pencapaian Haqim dan bertambah bimbang kerana peperiksaannya kurang 2 bulan sahaja lagi.

Selesai di situ, saya ke kelas Hanan pula dan kemudian ke kelas Kina. Kedua-dua adik-beradik ini nyata tidak membimbangkan saya kerana memperoleh gred yang boleh saya banggakan. Sekarang tumpuan saya hanyalah pada Haqim seorang. Saya tak begitu mengharapkan dia mendapat seperti yang saya impikan tetapi memadai mendapat hasil yang dia sendiri boleh banggakan kerana ini semua kelak akan membantunya membina jati diri dan keazaman untuk belajar dengan lebih gigih lagi.

Saya dulupun bukanlah seorang pelajar yang cemerlang semasa di bangku sekolah. Saya sebenarnya tidak tahu cara ataupun dalam perkataan yang lain tidak ada kesedaran untuk belajar sehinggalah saya berada di tingkatan 4. Bunyinya kedengaran agak pelik tapi itulah hakikat perjalanan saya semasa berada di alam persekolahan. Apa yang pasti kejayaan saya bukanlah semata-mata usaha gigih saya tetapi yang paling banyak membantu dan mendorong dari belakang tanpa kira penat lelah ialah ibu bapa saya sendiri. Tanpa doa berpanjangan daripada mereka berdua mana mungkin saya mengecapi apa yang saya hirup sekarang. Budi, jasa mereka tidak ada apa2 pun yang mungkin mampu membalas dan menebusnya semula.

Saya akan lakukan apa yang kedua ibu bapa saya telah turunkan. Mungkin Haqim kurang cemerlang sekarang, tapi insyaallah berkat usaha dan kesedarannya kelak,dia pasti akan tahu betapa manisnya melalui satu perjalanan yang dinamakan kejayaan.

0 comments:

Post a Comment