Monday, March 7, 2011

Kereta Buat Hal

Kereta saya memang dah lama saya guna. Sejak saya mula bekerja pada tahun 2003 saya memang dah pakai kereta saya sampailah sekarang ni. Hajat hati tu memamg la nak tukar tapi mengenangkan betapa senangnya tak berhutang maka hajat tu tinggal hajat sahaja la.

Disebabkan umur dia pun dah kira veteran jadi dia punya penyakit pun memang la maha banyak. Sebut la apa aje yang saya tak pernah kena, dari tayar pancit, tak ada air con, enjin panas dan macam-macam lagi penyakit dia. Tapi macamana pun saya tetap puji kereta ni punya performance. Memang tak mengecewakan. Umur dia aje yang dah tua, tapi khidmat dia untuk saya memang banyak.

Disebabkan kereta saya ni memang dah lama dan pernah juga tukar enjin, jadi dia punya wiring boleh kata haru biru la jugak. Saya ni tak la pandai sangat bab-bab ni cuma tahu sikit-sikit lepas dengar suami saya cakap. Nak dijadikan cerita, hari Jumaat lepas saya terpaksa ke Fomema sebab nak hantar borang dan buat bayaran medical check-up untuk maid saya. Masa nak bertolak dari office saya, tiba-tiba air con kereta tak boleh nak bukak. Macam putus wayar je. Saya pun tak ada pilihan melainkan berpeluh-peluh la bawak jugak kereta ke Pusat Bandar Damansara (PBD).  Saya cakap dalam hati, tak apa lah panas, kalau hujan mesti lagi parah saya sebab kalau bukak cermin akan basah dan kalau tutup cermin akan berkuap pulak kereta tu. So saya pun bersyukur dengan apa yang ada...

Sampai aje dekat sana, apa lagi basah lencun la saya. Kebetulan pulak baju yang saya pakai tu ialah baju baru la konon yang beli kat Bandung, kain shantong silk. Kain jenis ni memang la cantik tapi  panas. Duduk dalam aircon sedap la. Cuba duduk kat panas, memang terbakar dibuatnya. Dipendekkan cerita, saya pun uruskanlah hal-hal di Fomema. Lega betul bila semua dah selesai. Sebenarnya dari pagi saya cuma ambil sarapan aje. Sampai di PBD, disebabkan tergesa-gesa saya langsung tak sempat nak makan. Saya cuma sempat beli buah betik aje. Jadi bila semua urusan dah selesai, saya pun plan nak la makan tapi tengok-tengok langit dah gelap.Tak lama tu memang hujan turun dengan lebatnya...

Alamak! Kereta saya tak ada air con, macamana ni? Tadi saya kata nasib baik panas, kalau hujan teruk la saya. Ha sekarang dah hujan, jadi macamana saya nanti? Saya langsung tak ada selera nak makan sebab memikirkan kalau saya lagi lama di situ, nanti saya akan lagi bertambah lambat untuk keluar. Kalau lagi petang takut lagi bertambah jem. Jadi saya nekad untuk meredah je hujan lebat dengan keadaan kereta saya yang tak berair con! Bayangkan saya meredah hujan dengan keadaan kereta saya yang sekejap kena bukak cermin sekejap kena utup dan keadaan ini berterusan sehinggalah saya keluar semula ke jalan menghala ke Seremban.

Akhirnya hujan pun mulai reda. Lega saya. Saya cakap, kalau kita redha mesti tuhan akan permudahkan kita. Mulanya tak ada air con, tapi saya redah juga, lepas tu hujan lebat dan saya redah jugak dan sekarang bila semua dah ok (walaupun masih berbahang kepanasan), saya tetap berfikiran positif..(konon-kononnya la...)

Apabila kereta saya dah menghala ke arah Lebuhraya Timur Selatan arah selatan, masa inilah datang lagi satu agenda yang akan mewarna-warnikan lagi hari Jumaat saya pada hari itu. Tiba-tiba saya tengok temperature kereta saya naik mendadak. Masa mana jadi semua ni, saya pun tak tahu. Saya terus jadi sangat panik disebabkan tak ada tempat untuk saya berhenti. Masa tu kereta punyalah banyak. Dalam keadaan berpeluh-peluh ditambahkan lagi dengan suhu kereta yang makin panas,  akhirnya saya berjaya juga berhenti betul-betul di kawasan garisan di tengah-tengah simpang untuk menghala ke Cheras.Nasib baik ada , kalau tak rasanya harus saya berhenti di tengah-tengah jalan aje kot.

Saya punyalah malu nak keluar dari kereta sebab kereta-kereta lain punyalah banyak waktu tu. Bila saya agak-agak enjin kereta saya dah sejuk, barulah saya dengan termalu-malunya bukak but depan kereta saya. Memang sah sejuk dah tapi masalahnya kereta saya langsung tak ada setitik pun air! Saya tak ada pilihan. Terpaksa saya dengan tak malunya memberi isyarat kepada sesiapa yang ternampak saya untuk memberi air. Punya la malu besar saya tapi kalau saya tak tebalkan muka, memang tak akan bergerak la kereta saya.

Saya rasa ada dekat setengah jam saya macam orang apa di tepi jalan meminta-minta sesiapa yang ada air supaya memberi air kepada saya. Memang nak dijadikan rezeki, ada sorang pakcik teksi ni sempat berhenti dan bagi air mineral dia walaupun dah tinggal separuh air tu. Terima kasih banyak-banyak pakcik! Semoga rezeki pakcik sebanyak mana air yang dah pakcik sedekah kepada saya...

Bila dah masukkan air kat tempat air, saya pun teruslah meredah jem tu ke stesen minyak yang berdekatan. Dekat situ memang saya letak air secukup-cukupnya. Masa dekat stesen minyak ni jugak ada satu pakcik tu tanya pasal kereta saya. Dia tanya kenapa. Dia bagitahu dia dah lama kerja dengan Esso jadi macam foreman la. Saya bagitahu kereta saya tak ada air aje. Tak lama tu ada datang seorang India tanya nak buat apa-apa tak kat kereta saya. Saya kata kereta saya dah elok. Pakcik tu pesan, jangan percaya kalau ada India datang naik motor masa kereta kita rosak sebab dia orang akan charge kita berganda-ganda.

Lepas tu saya pun dengan senang hati meneruskan perjalanan saya tapi tak sampai 10 minit temperature kereta saya naik lagi. Cepat-cepat saya berhenti. Masa saya tengah tunggu enjin kereta saya sejuk ada dua orang India yang offer nak tolong check kereta saya. Dia siap cakap boleh tukar kipas kereta kalau air con saya tak jalan. Bila saya tanya berapa saya kena bayat, dia kata dalam RM200 lebih! Masa tu saya dah jadi makin stress dan kepenatan. Suami saya pun dah pesan jangan langsung percaya dan termakan dengan offer orang yang kita memang tak tahu.

Bila dah sejuk balik kereta saya, saya pun teruskan perjalanan dan berhenti di stesen yang seterusnya. Saya dah tawakal dah. Sepanjang setengah hari kereta saya buat hal. Saya pun dah naik lembik disebabkan tak makan lagi. Bila berhenti di stesen saya sempat bersembahyang asar dan selepas itu kembali meneruskan perjalanan saya. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan balik, kereta saya kembali seperti sedia kala. Esoknya masa hantar ke bengkel, sebenarnya bukan kipas punca kereta saya panas tapi disebabkan wiring yang terbakar sebab tu air con pun tak ada. Kipas saya masih elok cuma kereta saya memang betul-betul dah kering tak ada air. Akhirnya kena la saya bayar RM200 lebih jugak untuk semua sekali kerja-kerja di bengkel...

Bila saya fikir-fikirkan balik, betapa kecik tak berdayanya kita melihat masa depan kita. Saya yang asalnya hendak settlekan hal-hal Fomema saja dan petangnya  plan nak jumpa kak Ija dan juga OT, rupa-rupanya langsung tak kesampaian...memang betullah manusia hanya boleh merancang, yang selebihnya tuhanlah yang  menentukan...

2 comments:

♥ Che NamNam ♥ said...

yerlah kak kiter memang hanya mampu merancang jerk tapi Tuhan yang tentukan segalaNya.Tapi memang lebih baik kiter merancang dari hidup tanpa ada perancangan..rasa macam hidup tanpa arah..

kereta pon macam orang jugak kak nak kener cukup makan minumnyer baru elok jalannyer nak nak kalau dah tua makan aperpon tetap sakit jugakk..:)

Nurma said...

tu la kan...memang kena belai2 sikit keta kita ni sebab asal cakap je kita nak tuka nnti mula la dia buat hal pulak...so kena la cakap elok2 supaya dia dapat berkhidmat ngan kita selagi kita perlukan dia...

Post a Comment