Saturday, March 12, 2011

Bbq Jalan 3/17

Banyak juadah disediakan dengan ikhlas hasil pot luck
Dah lama lorong kami tak berkumpul dan buat jamuan macam ni. Sejak perumahan kami mula diduduki kira-kira 8-9 tahun yang lepas, banyak aktiviti yang telah kami buat. Salah satunya ialah acara ini. Pertemuan sambil makan-makan ni sebenarnya adalah agenda suka-suka je sebab nak jumpa selalu memang payah sebab masing-masing sibuk bekerja.
Kaum ibu yang mmg sweet semuanya
Ketua lorong bersemangat membakar ayam
Tuan Haji Abd Rahman memberkati majlis
Kak Ros dan Bib mengemas apa-apa yang patut
Kambing golek, menu pilihan dan kegemaran
Ni mushroom soup dan juga mashed potatoes yang saya buat
Dalam foil ayam yang saya perap tapi ada banyak lagi ayam-ayam lain rupa2nya...
sos untuk makan dengan kambing golek

Jadi bila undangan begini diterima, kebanyakannya tak akan lepaskan peluang. Untuk kali ini julung-julung kalinya tokoh Maal Hijrah telah dipilih di kalangan ahli lorong kami. Bersandarkan kepimpinan cemerlang dan juga atas asas-asas lain yang mulia belaka, maka Tuan Haji Yazid telah dipilih sebagai calon tersebut.Tahniah dan syabas!

Insyaallah, hubungan dan keakraban kami sesama tetangga akan kekal sungguhpun kadang-kalanya pertemuan sekadar hai-hai bye-bye...

0 comments:

Post a Comment