Thursday, March 10, 2011

Kelebihan Ummul Kitab

Saya sengaja mahu berkongsi ilmu ini. Moga dapat dimanfaatkan. Saya ambil ini daripada sini.

Al-Fatihah merupakan surah pertama yang diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada di dalam Al-Quran. Ia dinamakan 'Ummul Quran" (yang bermaksud induk Al-Quran) atau "Ummul Kitab" ( yang bermaksud induk kitab) kerana ia merupakan induk atau ibu bagi semua isi Al-Quran, serta menjadi intisari dari kandungan Al-Quran, dan kerana itu diwajibkan membacanya setiap kali menunaikan solat.

Antara Hadis Rasulullah S.A.W. yang memperkatakan tentang Fadhilat Al-Quran ialah: 

1. "Surah Al-Fatihah adalah ubat dari segala penyakit dan penawar dari racun." 

2. "Apabila selesai imam membaca surah Al-Fatihah, hendaklah kamu mengucapkan
"amin", nescaya permintaan kamu akan diperkenankan." 

3. "Barangsiapa datang ke suatu tempat dan mendengar orang membaca surah Al-Fatihah dari awal surahnya hingga ke akhir, nescaya ia memperolehi ganjaran pahala seumpama orang yang berperang di jalan Allah."

4. "Sesiapa yang membaca surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas ketika pulang ke rumah, nescaya terhindar daripada kefakiran dan kepapaan serta ia mendapat banyak kebajikan di rumahnya."

5. Suatu ketika sedang Rasulullah S.A.W. sedang berjalan-jalan dengan Abi Zaid di
sebuah jalan di kota Madinah, tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki sedang membaca surah Al-Fatihah, lantas baginda bersabda:

"Kita berhenti dan dengar bacaannya hingga selesai."
Ulama pernah berkata:

1. "Surah Al-Fatihah sunat dibaca semasa masuk dan keluar masjid."

2. "Pahala orang membaca surah Al-Fatihah seperti pahala diberi kepada orang yang
membaca dua pertiga Al-Quran." 

3. "Barangsiapa yang disenaraikan sebagai ahli neraka, jika anaknya membaca surah
Al-Fatihah, diberhentikan seksaannya selama 40 hari."

Jadi sama-samalah kita memanfaatkan ilmu ini. Moga dapat menjadi bekalan kita kelak...


0 comments:

Post a Comment