Kejadian gempa bumi di Jepun yang berlaku semalam secara langsung telah tercatat sebagai gempa bumi yang kelima terkuat di dunia. Dengan kekuatan 8.9 mengikut skala Richter, gempa bumi di Jepun ini juga sekaligus telah mengenepikan kedudukan Maule di Chile dengan gegaran sekuat 8.8 skala Richter pada 27 Februari 2010 yang lalu.
Gempa bumi yang paling kuat yang pernah tercatat dalam sejarah manusia ialah pada 22 Mei 1960 dengan kekuatan sebanyak 9.5 skala Richter. Kejadian ini berlaku di Chile. Dianggarkan ketika itu kira-kira 1600 telah terbunuh dengan 3000 orang telah mengalami kecederaan manakala 2 juta lagi telah kehilangan tempat tinggal.
Gempa bumi kedua terkuat pula dicatat di Prince William Sound, Alaska pada 28 Mac 1964 dengan kekuatan sebanyak 9.2 mengikut skala Richter. Kejadian ini telah meragut 128 nyawa dengan anggaran kerugian sebanyak US$311 juta dolar.
Kejadian pada 26 Disember 2004 di pantai barat, utara Sumatera yang masih lagi segar dalam ingatan merupakan kejadian gempa bumi yang keempat terkuat di dunia. Dengan gegaran sekuat 9.1 skala Richter, ia bukan sahaja telah mengakibatkan kemusnahan sepenuhnya Banda Aceh tapi turut menjejaskan beberapa negara-negara lain yang berhampiran. Negara jiran seperti Malaysia dan juga Thailand turut tidak terlepas daripada bencana ini. Dianggarkan kematian akibat tsunami terburuk sejak 600 tahun di Indonesia itu mencecah 230 ribu nyawa!
Gempa keempat yang terkuat di dunia dicatatkan di Semenanjung Kamchatka, Rusia. Kejadian yang berlaku pada 4 November 1954 itu dikesan dengan kekuatan 9.0 mengikut skala Richter. Kejadian ini turut menggegarkan kepulauan Hawaii dan kerugian dianggarkan bernilai US$800 ribu sehingga US$1 juta dolar. Namun demikian tidak ada nyawa yang terkorban akibat kejadian ini.
Sepatutunya gempa bumi di Maule,Chile memegang tangga kelima dengan ukuran 8.8 skala Richter tapi akibat gempa bumi yang dicatatkan di Jepun diukur dengan kekuatan 8.9 skala Richter, maka tempatnya telah diambil alih.
Setakat laporan hari ini, dianggarkan sebanyak 1000 nyawa telah melayang akibat amukan tsunami selepas gempa bumi di kesan di pantai timur Honshu kira-kira jam 9.45 waktu tempatan. Jumlah kematian dijangka akan terus meningkat dengan penemuan lebih banyak lagi mangsa selepas ini.
Ya Allah, berdoalah kita untuk kesejahteraan umat manusia keseluruhannya kerana fenomena alam ini lebih mengingatkan kita kepada betapa hampirnya kepada hari penghabisan...
Welcome to the blog!
-
Welcome to the Daniel Zain Photography blog. To view my professional work,
please click on the 'categories' section on the right.
For bookings in Malaysia ...
9 years ago
0 comments:
Post a Comment