Semasa nak exam, macam-macam kaedah kita guna supaya cemerlang. Saya turunkan kaedah ini mengikut ilmu yang saya dapat dan melalui pengalaman selama saya mengajar.
1. Bila nak exam memang kena minta maaf dengan mak dan ayah. Lepas tu minta mereka doakan kita. Kalau mak atau ayah kita dah tak ada, mintalah doa dan berkat dari guru-guru kita ke atau orang yang kita hormati. Doa dari kedua ibu bapa ni memang selalunya tuhan makbulkan. Jadi, sesiapa yang terlepas peluang ini, cepat-cepatlah hubungi orang tua kita.
2. Jangan lupa sembahyang hajat sebab insyaallah tuhan juga akan makbulkan hajat kita selepas kita penat berusaha. (dengan syarat dah berusaha la...)
3.Semasa hari peperiksaan kita mestilah bersarapan terlebih dahulu. Sarapan ni umpama minyak kereta kita. Kalau pagi-pagi minyak tak ada, jadi kereta pun tak akan bergerak kan? Ramai pelajar mengabaikan perkara ini dan menganggapnya remeh. Kalau makan tengah hari nak tinggal tak apa, tapi jangan sarapan pagi. Ini penting untuk pergerakan dan kecergasan kita sepanjang hari tu. Amalkan makanan yang berkhasiat seperti susu dan bijirin. Tapi kalau nak makan nasi lemak ke, roti canai ke....hmmmm....ikut la....asal kenyang dan bertenaga badan tu....
4. Malam sebelum menjelang peperiksaan, tidurlah secukupnya. Rehat penting untuk otak kita bersedia pada hari keesokkannya. Ramai pelajar yang banyak berjaga malam dan tidur pada hari siang (kecuali kalau nak masuk kelas la...). Tabiat ini sebenarnya tak berapa sesuai untuk jantung yang sihat. Tuhan dah ciptakan malam dan siang dengan peranannya masing-masing. Siang untuk bekerja dan malam untuk berehat. Kalau kita melawan hukum alam, lama kelamaan kita juga yang akan mendapat akibat buruk daripadanya. Jantung tidak akan dapat menerima tekanan pada waktu malam kerana persekitaran malam sebenarnya untuk jantung berehat jadi jika kita masih berjaya dan perkara ini berterusan, lama kelamaan akan melibatkan masalah jantung. Ini melalui kajian yang telah saya dengar. Jadi, berjaya dan belajar di siang hari, tidur pada malam hari!
5. Untuk ketenangan dan supaya kita mudah nak menjawab soalan nanti, eloklah juga kalau kita minta air bacaan doa-doa. Saya rasa amalan ni macam dah berkurangan dalam kalangan pelajar-pelajar sekarang. Perkara ni macam remeh, tapi tau tak kita bahawa air merupakan perakam yang paling baik sekali? Jadi kalau boleh pergilah sendiri kepada mereka yang cerdik pandai untuk minta air penerang hati. Air ni biasanya akan dibacakan ayat-ayat suci daripada Al-Quran. Masa nak minum tu kita pun turut sama berdoa pada air tersebut supaya kita mudah semasa nak menjawab soalan dan hati kita akan tenang semasa membaca setiap soalan-soalan nanti. Saya memang amalkan perkara ni sebab mak saya akan sediakan setiap kali saya dan adik-beradik saya exam. Saya percaya dan alhamdulillah memang menjadi...
6. Akhir sekali, berdoalah semoga kita akan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Tapi jika tak berjaya, berbanggalah sebab kita dah berusaha. Selebihnya rezeki daripada Allah. Kalau bukan sekarang insyaallah pada masa-masa yang lain...
0 comments:
Post a Comment