Showing posts with label IIUM. Show all posts
Showing posts with label IIUM. Show all posts

Saturday, September 20, 2014

Wahai Sahabat ...berahsialah semahunya...

Ya Allah rupa-rupanya memang dah berkurun lamanya tak menulis. Sampai naik bersawang la blog ni. Asyik sibuk dengan urusan dunia sangat sampai tak ingat langsung nak update pasal apa yang berlaku seharian. 

Hari ni yang parah sangat nak menulis ni ialah pasal kisah sedih + tragis pasal sorang kawan di pejabat. Kisahnya bermula apabila tiba-tiba dia dimasukkan ke wad kecemasan gara-gara sakit semasa masuk kelas pada minggu kedua kami semua mula mengajar di semester baru. Disebabkan tak ada sesiapa pun beritahu saya, saya hanya terdapat tahu berita ini secara tak sengaja daripada PA di pejabat. Mula-mula tu tak la terkejut sangat sebabkan ingat sakit biasa sampailah kawan sebilik memberi hint penyakitnya ada kaitan antara hidup dan mati. Itu pun selepas dua hari dia dimasukkan ke hospital.

Masa tu saya punyalah berhempas-pulas 'merayu' kepada teman sebilik pujaan ramai itu bertanya tentang penyakit kawan kami ini tetapi demi kononnya menjaga rahsia maka dia dengan muka selamba dan tak berapa nak cantik itu, tetap cekal merahsiakan perkara tersebut. Masa tu hanya tuhan sahajalah yang tahu betapa nak meletupnya otak dan mendidihnya hati kerana walaupun saya telah menurunkan tahap harga diri pada takuk yang agak rendah, tetapi akibat sikap setia kawanya rakan sebilikku, maka dia tetap berpegang teguh enggan mendedahkan penyakit rahsia rakan sekerja kami.

Maka mulai detik itu apa lagi, saya pun bertekad (serta mengambil aura kecekalan hatinya) turut sama tak mahu lagi bertanya tentang penyakit rakan sekerja kami ataupun campur tangan urusan rakan kami walaupun rakan sebilik telahpun meletakkan status 'hidup-mati' dalam kesnya. Punyalah keras hati dan sakit hati tahap dewata raya diperlakukan oleh seorang yang sangat pakar dalam bidang menyakitkan hati orang lain ini. 

Episod rahsia-sakit hati-pecah kepala ini diteruskan lagi dalam sehari dua sampailah sang kepala mengambil keputusan untuk memanggil sidang musyawarah tergempar untuk akhirnya membongkar rahsia dan mendedahkan apa yang selama ini bebanan tanggungan mereka. 

Hasilnya memanglah diluar jangkaan dan memberi kesan letupan ibarat karakatoa di bumi Indonesia tanggal 1883. 

Ya Allah begini besar perkara yang dirahsiakan sebenarnya. Begini sengsara rahsia yang tersimpan utuh sebenarnya. Dan selayaknya bagi seempunya penyakit dan si penyimpan mohor rahsia-rahsia besar begitu rapi menjaganya.

Namun hati-hati yang dibiarkan terluka dan berdarah tanpa dirawat dan diasuh telahpun beransur-ansur pergi meninggalkan zon kejutan itu dan tak mampu lagi untuk memberi rasa sedih yang sama, rasa belas yang sama pada si penyampai cerita apatah lagi si pengidap penyakit. 

Semuanya lantaran tidak betah menjaga hati-hati lain yang tidak sakit menjadi sakit dan ikut terjerumus untuk menanggung sakit sama seperti si pengidap penyakit.

Namun kerna hati-hati yang telah sakit ini masih punya iman...doa iringan turut dipanjatkan walaupun pada hari-hari mereka rasa perlu menyumbang mereka dipinggirkan.

Allah...kau campakkan di hati rasa berkasih-sayang antara kami supaya tiada lagi hati-hati yang terluka dan sakit. Kau kurniakan kesihatan kepada rakanku dan semoga dengan iringan penyakit ini membantu mengangkat darjatnya supaya bakal ditempatkan bersama-sama kekasihMu...

Friday, December 23, 2011

Generasi Y yang tidak bersarapan

Pada minggu-minggu terakhir semester, entah kenapa saya teringin hendak bertanya berkaitan dengan tabiat bersarapan pelajar-pelajar saya. Tidak mengejutkan apabila hampir keseluruhan pelajar saya tidak mengambil sarapan pagi sebelum mereka pergi ke kelas.

Mengapa mereka tidak bersarapan?

Antara alasan yang biasa dikemukakan ialah :

1.Tak sempat
2.Pagi-pagi tak selera
3.bla...bla..bla..
4.bla...bla...bla..bla..


Menurut kajian , kanak-kanak yang bersarapan lebih fokus semasa di dalam kelas berbanding kanak-kanak yang tidak bersarapan. Sarapan juga diumpamankan seperti memanaskan enjin kereta pada awal pagi ataupun seperti mengisi minyak kereta. Jika enjin tidak dipanaskan maka kereta pun lambat bertindak balas dan kalau kereta tidak diisi minyak, kereta tersebut tidak dapat bergerak.

Ada sesetengah pendapat menyatakan sikap sentiasa meninggalkan sarapan merupakan satu habit yang tidak baik terutamanya untuk tahap kesihatan yang maksimum. Sekiranya kita tidak bersarapan, maka kita akan berpotensi untuk makan dengan lebih banyak pada waktu tengah hari disebabkan tempoh yang agak lama perut kita berlapar. Namun demikian sekiranya kita bersarapan, waktu makan tengah hari boleh dilewatkan sekiranya alasan tidak sempat digunakan. 

Bagi golongan pelajar pula, keperluan bersarapan merupakan satu tuntutan yang penting kerana keperluan otak pelajar-pelajar ini diperlukan sepanjang hari terutamanya semasa proses menerima ilmu berlangsung.  (Baca lebih tentang perkara INI). Jika mereka kerapa mengamalkan tabiat tidak bersarapan ini, maka tidak mustahil generasi akan datang bakal menjadi generasi yang tidak bersarapan. Mungkin agak keterlaluan, tetapi keadaan ini boleh berlaku.

Jadi untuk melahirkan generasi Y yang bersarapan dan menjadi generasi yang mampu membangunkan negara kelak, mulakan hari anda dengan BERSARAPAN! :)




Sunday, November 13, 2011

Bengkel e-learning

Saya dan beberapa orang rakan saya dari DBM telah dipilih untuk menghadiri satu bengkel baru-baru ini. Bengkel ini berkaitan dengan pengajaran mengikut kaedah era baru itaitu kaedah e-learning. Dunia sekarang sangat jauh berbeza dengan zaman sewaktu saya belajar dahulu. Pelajar sekarang jauh ke hadapan seiring dengan kemajuan teknologi yang tidak pernah berhenti walaupun sejenak. Sebagai contohnya, pelajar-pelajar saya sangat cemerlang dengan perkembangan teknologi sekarang. Saya kerap perlu bertanya kepada mereka berkaitan dengan perkembangan terkini dan mereka sangat senang hati untuk berkongsi ilmu mereka.Seperkara lagi sikap terhadap pembelajaran mereka juga telah berubah kerana ada ketikanya kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dan berkesan lebih menjadi pilihan kerana kaedah ini dirasakan lebih menarik berbanding kaedah konvensional. Saya berharap dapat menguasai dan mengikut arus perubahan teknologi dan perkembangan terkini supaya saya dan pelajar saya sama-sama akan mendapat manfaat sepenuhnya dengan kemajuan terkini.

Tuesday, October 4, 2011

Parking siapa?

Masalah tempat letak kereta di tempat kerja saya makin tambah parah. Oleh kerana kelas saya di merata-rata tempat di seluruh UIAM, maka terpaksa la pula saya menumpang-numpang parking di mana-mana kulliyyah yang berkaitan. Masalahnya hampir kesemua kulliyyah telah berjaya meletakkan tanda tempat parking masing-masing jadi kalau kita pandai-pandai jugak parking, memang alamat lah jawabnya. ada yang lagi cerdik, terus letak penghadang. Memang sah-sah tak dapat masuk kalau kita dari planet lain. Saya pernah masuk ke salah sebuah parking yang sedia tertulis nombor plat kereta. Masa tu salah seorang kawan saya beritahu, dia mungkin tak datang ke pejabat hari ni. Dengan gembiranya saya pun masuklah selepas berpeluh-peluh dan berpusing-pusing merata-rata dek kerana mencari parking. Alih-alih bila saya nak balik aje tengok-tengok kereta saya dah siap kena clamp. Punyalah sedih sebab saya terpaksa berjalan kaki ke pejabat keselamatan untuk membayar saman sebab pegawai berkaitan tak akan melayan kalau saya mintak mereka datang ke tempat kereta saya di'gari'. Nasib baik ada salah seorang kawan saya yang baik dapat tolong dan hantar saya ke pejabat keselamatan. Apa yang tambah menyedihkan, rupa-rupanya tuan punya tempat parking tersebut telah membuat aduan kerana saya telah masuk ke tempat parking dia. Agaknya punyalah marah sebab bila dia datang-datang aje, tengok-tengok entah sapa la pulak yang masuk tempat parking dia. Apa lagi dengan penuh sakit hatinya, terus la dia telefon pak guard mintak clampkan kereta saya. Sampai hati betul buat macam tu. Dahlah datang tak kira waktu. Kalau datang awal tak apa lah jugak, ni datang dah tengah hari masa semua parking dah penuh. Macamana lah saya tak naik bengang dibuatnya. Macam la harta sendiri, semua ni sementara aje tau. Agaknya kalau saya tanya dialah soalan macam ni, inilah jawapannya, "Parking siapa?, "Parking saya.!! Grrrrrr......

Wednesday, March 9, 2011

Kawan lama penulis hebat

Lily sedang diperkenalkan semasa sesi bermula

Lily Haslina Nasir merupakan sahabat saya semasa belajar di Universiti Malaya. Sekarang dia merupakan antara penulis novel yang berjaya kerana telah menghasilkan banyak novel untuk bacaan remaja mahupun dewasa. Karyanya juga telah diangkat sebagai karya-karya hebat kerana deretan anugerah yang diterimanya boleh dijadikan satu penanda aras betapa hasil penulisannya diiktiraf oleh banyak pihak.

Saya bertemu semula dengan Lily di alam maya semuanya gara-gara Facebook. Inikah antara perkara yang baik-baik dan jasa yang telah dilakukan oleh Facebook terhadap hubungan persahabatan kami.

Kebetulan CILLC di CELPAD bakal mengadakan pameran buku. Kali ini jemputan kepada penerbit-penerbit buku telah diluaskan daripada hanya satu penerbit kepada lebih ramai lagi undangan. Untuk itu kami sepakat mencadangkan diadakan satu slot bersama penulis. Tiada nama lain lagi yang saya fikrikan pada masa itu melainkan nama Lily.

Dipendekkan cerita, kami berjaya menjemput Lily untuk memberi dan menceritakan serba sedikit pengalamannya tentang dunia penulisan. Topik yang dibawa oleh Lily pada hari tersebut ialah Transformasi hobi kepada kerjaya berdasarkan pengalaman Lily sendiri yang menukar hobinya yang gemar menulis kepada kerjaya tetapnya kini.

Sesi yang dilangsungkan dalam keadaan santai itu bukan sahaja berjaya menarik minat pelajar malahan kami juga selaku pengajar. Dunia penulisan yang selama ini merupakan dunia yang agak asing kepada semua yang hadir, bertukar kepada satu dunia yang begitu menarik yang menjanjikan seribu kegembiraan seandainya betul-betul dimanfaatkan oleh mereka yang benar-benar cintakan bidang ini.

Saya sangat berbangga dengan kejayaan yang dikecapi Lily sementelah dia yang telah mempunyai 4 orang cahaya mata seusai perkahwinannya di alam universiti.

Saya dan Lily, pertemuan selepas hampir 15 tahun terpisah...


Lily bersama sebahagian daripada buku-bukunya. Semua buku tu saya dapat tau lepas tu...


Novel untuk remaja. Sapa lagi kalau bukan Husna yang dah cop buku sebab di akata macam sedap je nampak gambar tu. Pulak dah...


Saya rasa ini antara karya awalnya


Buku ini lebih berbentuk islamik. Lily merujuk banyak makalah dan hadis untuk menyiapkan penulisannya. Saya baca yang ni dulu...


sambungan novel Menunggu Cinta Tuhan

Syabas Lily! Moga karyamu akan terus dapat ditatap dan dikongsi bersama-sama...

p.s Saya dapat cenderahati berupa 6 buah novel hasil penulisannya sendiri...Melompat-lompat kesukaan saya.. hehehe... :)

Budaya Kurang Bertanya

Boleh dikatakan hampir semua pelajar saya, saya ulang HAMPIR SEMUA pelajar saya tidak akan bertanya soalan. Saya sebenarnya tak lah buat kajian tentang perkara ni. Saya pun kadang-kadang rasa agak pelik.Tak tahu kenapa mereka tak nak tanya soalan. Nak kata semua faham, tak jugak. Tapi nak kata semua faham,hmmm....musykil tu...

Kadang-kadang saya suka bincangkan isu yang di luar dari topik pembelajaran kami. Namun hasrat untuk berbuat demikan kadang-kala menimbulkan keraguan untuk saya kerana rata-ratanya pelajar kurang berminat dan tidak mahu melibatkan diri.

Hanya ada sesetengah kelas sahaja yang begitu cenderung untuk bertanya soalan atau bertanya perkara-perkara yang pada perkiraan mereka di dalam jangkauan saya. Selebihnya hanya mengambil sikap dan diam dan duduk.

Saya berharap budaya kurang bertanya ini dapat diatasi dengan adanya asas pendidikan dari peringkat rendah lagi. Guru-guru dan ibu bapa memainkan peranan penting kerana macam orang tua-tua cakap, KALAU TAK BERTANYA NANTI SESAT JALAN...harap-harap kita tak akan sesat jalan selama-lamanya...

Tuesday, March 8, 2011

Inspirasi Alam dan Haiwan

Semester ni saya beri tajuk tema untuk pelajar kejuruteraan saya satu tajuk yang saya rasa agak menarik. Tajuk ni secara tiba-tiba je terlintas di fikiran saya dan masa tu cepat-cepat saya tulis supaya saya tak lupa. Bila puan penyelaras kursus minta saya fikirkan tema apa yang kami perlu beri kepada pelajar untuk semester ni, apa lagi teruslah saya bagi tajuk tema ni dengan rasa bangganya (sebab memang dah peram lama kan...).

Seperti semester lepas, saya dapat 4 kelas untuk mengajar pelajar kejuruteraan. Cumanya semester ni pelajar lelaki lebih ramai berbanding pelajar perempuan. Dengan seramai 73 orang pelajar kulliyyah kejuruteraan saya, cuma 25 sahaja pelajar perempuan. Selebihnya seramai 42 orang ialah pelajar lelaki.

Pelajar lelaki mengikut pengalaman saya ada macam-macam perangai. Perangai pertama yang berjaya saya kesan ialah pelajar yang memang malas-malas sikit. Mereka ni kalau datang ke kelas selalunya memang muka pun nampak tak berminat tapi yang bagusnya mereka tetap jugak datang. Mereka ni bukanlah tak pandai, tapi entah kenapa motivasi mereka nak belajar ni berada pada tahap yang rendah. Agaknya dah terlalu bosan kot nak belajar BM sebab dah belajar dari sekolah-sekolah lagi...Yang kedua pulak ialah yang memang rajin dan berminat untuk belajar. Kategori yang kedua ni memang pelajar yang berminat pada setiap kali mereka masuk ke kelas saya. Biasanya pelajar ni bila buat pembentangan, mereka akan cemerlang. Tapi saya jarang dapat pelajar macam ni.

Perangai pelajar saya yang lain pula ialah pelajar yang biasa-biasa je. Mereka ni boleh kata tak banyak bawa masalah kepada saya. Datang ke kelas macam biasa dan kadang-kadang kumpulan pelajar macam ni boleh memeriahkan kelas. Mereka ni lebih berani dan bersikap terbuka. Saya suka pelajar macam ni sebab mereka buatkan saya tak kekok dan senang untuk mengajar mereka.

Ada satu lagi kategori pelajar saya yang nampak dari segi luarannya macam tak berminat dan tak akan beri banyak sumbangan dalam kelas tapi bila diberi satu-satu tanggung jawab seperti tugasan untuk pembentangan dalam kelas ke atau pembentangan dalam kumpulan, bakat mereka yang tersembunyi tiba-tiba terserlah. Boleh kata hampir dalam setiap semester saya akan dapat pelajar macam ni. Agaknya selagi tak dicungkil bakat mereka, memang selama-lamanya la kot duduk terperuk macam tu.

Berbalik pada tugasan pembentangan pelajar-pelajar saya untuk semester ni, saya sebenarnya agak kagum dan berbangga dengan hasilnya. Saya tidak sangka tema yang saya utarakan sebagai tajuk pembentangan ini membolehkan pelajar saya menerokai banyak ilmu yang selama ini saya sendiri pun tak pernah tahu. Adalah sesuatu yang membanggakan sekiranya pelajar-pelajar saya lebih mengetahui sesuatu perkara lebih daripada diri saya sendiri.  Saya kerap ingatkan kepada diri saya, sesi pembelajaran di dalam kelas ialah sesi perkongsian ilmu. Apa-apa ilmu yang saya lebih tahu akan saya kongsikan bersama pelajar saya dan apa-apa pun ilmu yang pelajar saya tahu, saya berharap saya dapat juga berkongsi bersama mereka.

Saya ucapkan syabas kepada semua pelajar Kulliyyah Kejuruteraan saya kerana berjaya melaksanakan tugas dengan baik dan cemerlang!

Monday, January 24, 2011

Batal pembentangan

Masa saya syok-syok2 duduk kat rumah tiba-tiba telefon saya berbunyi. Tengok nombor saya tak kenal. Ni mesti student saya ni. Tengok-tengok memang betul. Dia bagitahu tak dapat nak present esok masa kelas sebab alasan dia tak bersedia. Lepas tu bagi lagi alasan tak sempat nak jumpa la ahli kumpulan dan macam-macam lagi alasa-alasan yang lemah. Punyalah saya menyinga marah sebab kalau kumpulan ni batalkan presentation, maka kumpulan lain akan tertangguh juga.

Sebaik sampai ke kelas, saya tengok tiga ahli kumpulan yang nak bentang tu tak datang pulak...Apa lagi sikit lagi la nak naik angin. Hanya sorang aje ahli kumpulan yang terpaksa tahan telinga nak dengar soalan-soalan pedas saya. Tapi saya sabar aje...so sayapun teruslah mengajar macam biasa...

Bila saya balik ke bilik, tiba-tiba ada orang ketuk bilik saya, hmmm... sapa lagi kalau bukan tiga ahli yang dah buat kesalahan hari ni tu...Dengan muka takut-takut (nak tergelak sebenarnya saya...)beriya-iya mintak maaf sebab tak datang kelas. Rupanya dia orang takut nak masuk kelas sebab takut kena marah. Ha...rasakan...tahu takut..sapa suruh buat keja lambat pas tu tangguh-tangguh kan lagi masa nak bentang. Memang kenala dengan saya. Lepas daha bagi sikit-sikit, semua pun nampak puas hati....hai...tiap semester mesti ada je kes-kes macam ni...sabar je la cikgu...

Thursday, December 23, 2010

Semester 2

Semester 2 untuk sesi 2010/2011 dah bermula selama hampir dua minggu. Seperti semester lepas, saya mendapat 18 jam mengajar. Oleh kerana pada semester lepas saya telah terganggu emosi akibat sikap saya yang makin malas, maka pada semester ini bersamaam juga dengan tahun Hijrah yang baru berlalu, saya menanamkan azam untuk mempernaharui tekad. Saya berazam untuk memulihkan seluruh rasa jiwa dan perasaan terhadap apa jua pekerjaan yang sedang saya lalui kini.

Maka sebagai permulaannya, saya telah memulakan kelas saya seawal hari pertama lagi. Perasaan bersemangat saya kongsikan bersama-sama pelakjar saya yang rata-ratanya turut mempunyai perasaan yang sama seperti saya. Namun demikian, jauh di sudut hati saya tetap merasakan agak sedikit terkilan mengetahui ada terdapat segelintir rakan-rakan setugas yang mempunyai kurang jam mengajar. Ini berlaku kerana kelas mereka terpaksa ditutup akibat ketiadaan pelajar. Ada juga segelintir mereka mempunyai jadual seperti terlalu dan tersangat ideal. Macamana jadi begitu pun saya tak dapat nak pastikan. Ada juga jadual yang terang-terangan jam mengajarnya yang berderet-deret namun yang peliknya, ada sahaja mukanya di bilik tanpa perlu terkocoh-kocoh untuk kelas. Semua ini masih lagi misteri bagi saya.

Sebelum berangkat balik, saya semak lagi sekali bilangan pelajar di kelas saya. Jumlahnya bukan makin berkirang tapi ada yang meningkat kerana rayuan pelajar-pelajar yang ingin masuk ke kelas saya, sukar saya tolak. Jadi harapan untuk mendapat kurang jam mengajar pada semester ini hanyalah tinggal sebagai satu harapan yang kosong dan sia-sia belaka.

Apa yang dapat saya katakan sekarang ialah, terima ajelah Nurma...

Friday, August 20, 2010

Santun berbahasa

Sebabkan nak tukar angin, saya bawa student saya ke CILLC. Tempat ni ialah pusat sumber di CELPAD. Apa lagi dorang suka aje la. Saya plan selain memperkenalkan tempat tu pada dorang, saya juga nak mereka semua tengok dokumentari tentang Tun Mahathir. 

Oleh sebab semua pun baru pertama kali masuk, jadi tak tahu la peraturan nak masuk. Beg tak boleh nak bawa masuk dan mesti tinggalkan kad matrik. Apa lagi jadi bahan kemarahan la staff yang bertugas di kaunter tu. Apa yang saya tak sedap hati ialah hampir semua student saya ditegur secara kasar. Maka bermulakah bunga-bunga kemarahan di hati saya...

Esoknya, saya tempah juga tempat untuk kelas saya yang lain. Kali ni saya pula yang silap. Sepatutnya saya tempah pukul 12-1 tapi saya tak perasan telah tempah pukul 11-12. Jadi bila sampai memang macam saya dah lewat sejam dan  masa yang saya sampai tu pun dah ada orang yang guna bilik tu.

Asalnya saya tak la marah sangat tapi disebabkan kakak masam tu (ini  nama yang saya bagi sebab muka dia memang masam dan tak ada budi bahasa) membebel dekat saya jadi apa lagi saya pun teruslah naik angin dekat kaunter tu jugak.

Saya kata kalau nak tegur cakap elok-elok dan payah nak marah-marah. Dia pulak kata bila pulak dia marah. Saya kata kalau tak marah tak ada la sampai dekat semua student saya dari tiga kelas komplen kata kakak masam tu tegur dorang. Lepas tu mula la dia kata kenapa semua orang asik nak marahkan orang  admin aje. Yang lagi best tu masa dia tengah syok-syok membebel dekat saya kata sepatutnya saya sampai awal dan kalau sampai lambat 15 minit student boleh keluar bla bla bla,saya dengan lagi bestnya selamba jalan je keluar dari situ dan dia dengan membelonya membebel la kat situ sorang-sorang.

Dah tak dapat masuk viewing room satu hal, pas tu dia kata semua student saya tak boleh masuk sebab tempat semua dah penuh. Saya yang memang tengah angin masa masuk balik tanyalah dekat sorang lagi staff boleh tak kalau student saya masuk, dia kata nanti nak kena tanya kakak masam tu. Apa lagi meluap-luap la saya lagi. Saya kata tak payah nak tanya dia, bukan dia punya tempat pun.

Lepas tu saya suruh semua student saya yang terkulat-kulat tak tahu apa ni masuk je. Kita orang bincang-bincang hal nak buat assignment dan macam-macam lagi la benda. Tak lama lepas tu sebab malas nak mangadap muka masam tu, saya pun teruslah kelaur.

Saya bukannya marah apa sangat tapi kalau dah duduk dekat kaunter dan berurusan dengan orang jadi muka dengan bahasa tu kenalah elok sikit. Kalau muka tak elok tapi ada budi bahasa memang orang dah tak nampak muka tu tapi kalau dah muka tak elok tambah lagi dengan tak ada budi bahasa, memang tak ada apa-apa lagi la yang tinggal. Betul la cakap student saya, kakak masam tu memang kena ambik course menggunakan bahasa berhemah dan santun berbahasa.

Saturday, August 7, 2010

Cool Mom Super Dad

Buku karya pertamanya

Bersama Puan Jamilah selepas selesai sesi
Semalam di CILLC ada sesi perjumpaan bersama-sama penulis buku Cool Mum Super Dad. Kini buku-bukunya telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu. Pada mulanya saya kurang kenal dengan penulis ini kerana tidak  berpeluang untuk membaca buku-bukunya walaupun saya pernah melihat hasil karyanya. Sesi kami bermula agak terlewat daripada yang dijadualkan kerana muncul masalah-masalah kecil. Namun begitu semuanya berakhir dengan baik hasil kerjasama semua.

Kedatangan Puan Jamilah Samian bukanlah untuk berkongsi tips menulis buku mahupun mmepromosi buku-bukunya tapi lebih kepada memotivasikan kami yang hadir pada hari itu. Beliau telah lama berhenti bekerja dan menumpukan sepenuh masa mendidik kesemua enam orang anak-anaknya di samping menjadi penulis. Hasil karyanya dikutip sendiri daripada setiap pengalamannya sebagai ibu kepada 5 orang anak lelaki dan juga seorang perempuan.

Kedatangan beliau sebenarnya ialah kerana beliau sudi berkongsi kaedah, cara untuk kami semua keluar dari kotak pemikiran lama dan  usang untuk kembali menjadi diri yang baru bersama-sama cara berfikir yang lebih kehadapan. Apa yang tambah mengkagumkan saya ialah beliau memberikan maklumat yang selama ini saya percaya betul tetapi hakikatnya telahpun lama berubah yang tak sedar dan tahu pun. Sebagai contohnya, kajian berkaitan dengan proses perkembangan otak. Selama yang saya tahu dan belajar, otak kita akan pesat berkembang pada tahap-tahap usia tertentu dan pada sekian-sekian masa akan berhenti berkembang. Fakta ini sebenarnya telah lama berubah kerana hasil kajian sanintis terkini menyatakan bahawa otak akan tetap berkembang selagi kita menggunakannya dan cara untuk memesatkan lagi pertumbuhan dan perkembangan otak ialah dengan mempelajari perkara-perkara baru dalam hidup kita. Memang betul dan tepat sekali hasil penemuan terkini ini.

Saya begitu obses dengan apa-apa jua yang berkaitan dengan self-help kerana bagi saya ianya merupakan guru yang mujarab kala kita begitu sangat memerlukan bantuan. Jadi kedatangan Puan Jamilah sangat kena dengan apa yang saya cari dan pentingkan dalam hidup.

Saya tak sangka pada hari kedatangan saya ke tempat kerja yang bermula dengan kemalasan dan kehambaran berakhir dengan pengisisan yang betul-betul membantu saya. Terima kasih yang tak terhingga kepada Puan Jamilah.

Tuesday, August 3, 2010

Teater Hikayat Mencari Jodoh

Salah satu babak yang menghiburkan

Babak awal pementasan. Di depan sekali ialah Tok Dalang selaku tukang cerita
Siang saya ke konvo akak dan malam tu pulak saya kena berada di UIAM sebab saya dan dua kelas kejuruteraan saya bercadang menonton persembahan teater sempena minggu teater yang sedang berlangsung ketika itu. Kebanyakan pelajar saya tak pernah menonton teater. Di akhir persembahan rata-rata terhibur dengan teater ini.

Teater ini dilakonkan oleh pelajar-pelajar berbakat dari UIAM sendiri. Secara ringkas kisahnya berkisar perihal seorang lelaki yang mencari cinta daripada kekasih hatinya. Dalam perjalanan mencari cinta itu, dia bertemu dengan pelbagai dugaan yang akhirnya tanpa disedari cinta yang dicari rupa-rupanya ada di depan mata.

Saya bagi 3 bintang untuk pementasan ini. Ada ruang untuk penambahbaikan pada masa-masa akan datang.

Monday, July 12, 2010

Semester baru

Hari ni bermula la semester baru. Saya dah lama tak mengajar semasa short semester baru2 ni sbb saja nak luangkan masa pada perkara2 lain seperti hal2 diri sendiri, hal anak2 dan macam2 hal yang tak boleh buat masa semester dah mula. Kiranya dari bulan April lagi la saya ni dah dok mcm goyang kaki.Macam boss besar la plak ek!

Kelas saya pulak dapat 18 jam!Hmmm...mmg la banyak...tapi tak apa sbb saya bekerja pun kerana Allah. Rezeki yang saya dapat tu la nak dibagi makan kepada anak2 saya yg seramai 5 orang tu. Belanja sekarang besar. Bukan macam dulu. Dulu saya ingat lagi, masa belanja ke sekolah mak bagi saya 10 sen sahaja.Ya, 10 sen sahaja...Saya boleh beli 4 perkara.Hehehe...mcm tak percaya kan. Semuanya harga murah sbb saya boleh beli keropok lekor pada harga 5 sen sahaja. Lagipun pada waktu dulu mana ada pandai2 nak beli mcm2.

Seperti semester lepas saya kena mengajar student dari pelbagai latar belakang. Maksud saya pelbagai pengkhususan dalam bidang pengajian. Pelajar2 saya ni ada mcm2 peel. Kalau pelajar Kulliyyah Engineering selalunya mereka pandai2 dari segi penggunaan komputer. Selalunya saya akan beri tema untuk setiap semester. Contohnya pada semester lepas saya beri tajuk Teknologi Masa Depan dan juga Teknologi Mesra Alam. Jadi terpulanglah pada mereka nak bentangkan tajuk apapun asalkan mendapat persetujuan daripada saya.

Jadi masing2 akan berusaha untuk mengemukakan tajuk2 yang boleh mendapat purata markah yang tinggi. Dari segi pemilihan bahan dan isi, penggunaan alatan audio, perisisan komputer memang boleh dikatakan mereka tak boleh kalah tapi dari segi penggunaan bahasa yang baik dan berstatus tinggi, saya masih tetap tidak berpuas hati sehingga ke hari ini jarang saya jumpa pelajar yang betul2 menguasai sepenuhnya bahasa mereka sendiri.

Pandangan mereka kalau sekadar tahu bercakap dalam bahasa Melayu itu sudah dikira pandai berkomunikasi. Bagi saya pula tidak begitu. Selagi mereka tidak tahu membezakan dan tidak mampu mneggunakan bahasa yang mencerminkan status pengajian mereka, mereka masih belum mampu lagi untuk mengusai bahasa dengan sepenuhnya.

Seperkara lagi yang penting ialah santun berbahasa. Kalau kita pandai menggunakan bahasa yang bersopan dan pandai dalam pemilihan kata yang tepat maka kita dapat berkomunikasi dengan baik. Itu antara pandangan saya sahaja.

Setiap pelajar saya selalunya cemerlang tapi ada juga beberapa kes yang menyebabkan mereka kecundang lantaran alpa dan lalai dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

Saya berharap semester ini saya akan berjumpa dengan pelajar yang cemerlang dan mampu mengusai kedua2 disiplin iaitu mampu mengusai bahasa lisan dan tulisan dengan cemerlang.