Wednesday, March 9, 2011

Renew permit maid

Tahun ni dah masuk tiga tahun Alfiyah a.k.a bibik rumah saya bekerja dengan saya. Bulan ni permit dia dah nak mati jadi saya terpaksa ke Imigresen untuk perbaharui permit dia.


Kelas saya habis pukul 3 jadi selepas tu saya bergegas ke Pusat Bandar Damansara. Mujur sampai sana dalam 3.30 petang. Terus saya ke blok I. Tak sangka orang masih ramai walaupun dah petang-petang macam ni. Pelajbat Imigresen tutup pukul 5. Mula-mula saya kena beratur ambik nombor. Punyalah panjang sebab kaunter 1 untuk ambil nombor ni juga merupakan kaunter untuk pertanyaan. Sepatutnya untuk mengelakkan perkara begini eloklah diasingkan kaunter pertanyaan dan juga kaunter untuk ambil nombor.

Ramai sungguh orang...


Nombor saya
Lepas dah ambil nombor kenalah tunggu sampai nombor kita dipanggil. Padahal dari masa saya ambil nombor cuma ada empat nombor sahaja di depan saya, tapi nak menunggu empat nombor tu pun memakan masa hampir setengah jam.

Lepas nombor kita dipanggil, tengok-tengok pasport Alfiyah akan mati bulan Januari tahun depan jadi tak boleh la nak renew 12 bulan. Terpaksa la saya renew selama 10 bulan sahaja. Selepas pegawai tu ambil kad pengenalans saya, saya kena tunggu lagi. Agaknya dalam 10 minit nama saya dipanggil dan saya kena beratur pula di kaunter 4 untuk membuat pembayaran. Jadi saya kena bayar kurang 400 sebab permit tu tak sampai setahun.

Selepas tu hantar pasport tu dekat kaunter 10 supaya pegawai di situ dapat lekatkan stiker dekat dalam pasport yang menyatakan permit bibik kita ni dah diperbaharui. Masa ni kena tunggu lagi. Tapi disebabkan ada seorang perempuan Cina tu dah mengamok, jadi proses nak melekatkan stiker ni jadi cepatlah sikit...

Lepas dah settlekan semua sekali, lega betul saya rasa. Lepas ni dalam bulan November saya kena perbaharui pula pasport Alfiyah dan kalau dia masih nak bekerja dengan saya, saya akan perbaharui pula permit dia selama setahun. Harap-harap kekal la lagi dia dengan saya. Rasanya masa depan saya cerah kot sebab hutang dia masih banyak yang belum langsai lagi....

sticker yang dah dilekatkan dalam pasport

ni resit dan jumlah yang saya dah bayar

0 comments:

Post a Comment