Lily sedang diperkenalkan semasa sesi bermula |
Lily Haslina Nasir merupakan sahabat saya semasa belajar di Universiti Malaya. Sekarang dia merupakan antara penulis novel yang berjaya kerana telah menghasilkan banyak novel untuk bacaan remaja mahupun dewasa. Karyanya juga telah diangkat sebagai karya-karya hebat kerana deretan anugerah yang diterimanya boleh dijadikan satu penanda aras betapa hasil penulisannya diiktiraf oleh banyak pihak.
Saya bertemu semula dengan Lily di alam maya semuanya gara-gara Facebook. Inikah antara perkara yang baik-baik dan jasa yang telah dilakukan oleh Facebook terhadap hubungan persahabatan kami.
Kebetulan CILLC di CELPAD bakal mengadakan pameran buku. Kali ini jemputan kepada penerbit-penerbit buku telah diluaskan daripada hanya satu penerbit kepada lebih ramai lagi undangan. Untuk itu kami sepakat mencadangkan diadakan satu slot bersama penulis. Tiada nama lain lagi yang saya fikrikan pada masa itu melainkan nama Lily.
Dipendekkan cerita, kami berjaya menjemput Lily untuk memberi dan menceritakan serba sedikit pengalamannya tentang dunia penulisan. Topik yang dibawa oleh Lily pada hari tersebut ialah Transformasi hobi kepada kerjaya berdasarkan pengalaman Lily sendiri yang menukar hobinya yang gemar menulis kepada kerjaya tetapnya kini.
Sesi yang dilangsungkan dalam keadaan santai itu bukan sahaja berjaya menarik minat pelajar malahan kami juga selaku pengajar. Dunia penulisan yang selama ini merupakan dunia yang agak asing kepada semua yang hadir, bertukar kepada satu dunia yang begitu menarik yang menjanjikan seribu kegembiraan seandainya betul-betul dimanfaatkan oleh mereka yang benar-benar cintakan bidang ini.
Saya sangat berbangga dengan kejayaan yang dikecapi Lily sementelah dia yang telah mempunyai 4 orang cahaya mata seusai perkahwinannya di alam universiti.
Saya dan Lily, pertemuan selepas hampir 15 tahun terpisah... |
Lily bersama sebahagian daripada buku-bukunya. Semua buku tu saya dapat tau lepas tu... |
Novel untuk remaja. Sapa lagi kalau bukan Husna yang dah cop buku sebab di akata macam sedap je nampak gambar tu. Pulak dah... |
Saya rasa ini antara karya awalnya |
Buku ini lebih berbentuk islamik. Lily merujuk banyak makalah dan hadis untuk menyiapkan penulisannya. Saya baca yang ni dulu... |
sambungan novel Menunggu Cinta Tuhan |
Syabas Lily! Moga karyamu akan terus dapat ditatap dan dikongsi bersama-sama...
p.s Saya dapat cenderahati berupa 6 buah novel hasil penulisannya sendiri...Melompat-lompat kesukaan saya.. hehehe... :)
0 comments:
Post a Comment