Saya sebenarnya nak cerita pasal Jakarta trip saya baru-baru ni dan juga pasal appraisal saya tapi sebab entry ni lagi best nak cite, so saya pun tak sabar-sabar la nak masukkan.
Anak saya baru masuk tingkatan 1 dan saya baru je tahu selama ni dia kena buli dengan kawan-kawan dia. Dia kena tumbuk, duit dia kena ambik dan macam-macam lagi benda yang selama ini dia sorokkan daripada saya. Bila saya ingat-ingat balik, benda ni sebenarnya dah lama jadi, masa dia sekolah rendah rendah lagi. Selipar dia yang tah berapa ringgit saya beli kat Bangkok pun hilang gara-gara ada budak mana tah pegi buang sebelah selipar tu. Tak cukup dengan itu, selipar cap buaya yang agak cantik saya belikan (walaupun sebenarnya cap ayam je...) pun tiba-tiba hilang. Yang dia bawak balik semula ialah selipar yang dah buruk. Agaknya mesti ada banyak lagi la kejadian lain yang saya pun sendiri dah tak terkesan.
Anak saya ni pun satu hal. Patut la saya dapat kesan perubahan sikap dia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dia semakin kasar dengan adik-adik dia. Dia cepat naik angin dan selalu membuatkan adik-adiknya kecut perut dengan peel dia. Walaupun dah beberapa kali saya tegur, tapi dia hanya berubah sekejap sahaja. Di depan saya mungkin saya tak berapa nak perasan perangai dia, tapi melalui aduan adik-adiknya,saya boleh baca macamana sikap dia yang sebenarnya. Pelajarannya juga makin merosot dan sebab itulah antara punca keputusannya tak begitu baik semasa peperiksaan UPSR yang lalu. Sekarang baru la saya sedar kenapa semua ni berlaku. Gara-gara salah bergaul! Dalam pada saya membataskan pergaulan dia, tapi saya masih lagi tak dapat nak mengelak unsur-unsur negatif masuk dan mempengaruhi anak saya.
Saya pun sebenarnya tak tahu apa masalah dia dengan kawan-kawan dia sekarang ni sampaikan mereka semua berdendam dengan anak saya. Saya tahu ada juga kesalahan pada pihak anak saya. Tapi tuhan memang nak tunjuk semua ni pada saya agaknya. Akhirnya semua telah terbongkar. Saya mendapat tahu sebenarnya semalam anak saya telahpun ditumbuk oleh salah seorang kawannya di sekolah. Dia ditumbuk bertalu-talu gara-gara salah faham dan beberapa orang kawan yang lain turut sama menyaksikan kejadian itu tanpa berbuat apa-apa. Selepas kejadian itulah anak saya mula menipu untuk mengelakkan diri hadir ke sekolah kerana dia telah diugut akan dibelasah lagi sekali.
Apabila anak saya tidak datang ke sekolah, kawan-kawan samsengnya dengan berani telah datang ke rumah. Memang nak cari pasal dengan sayalah agaknya. Apa lagi sorang-sorang saya kerjakan dengan kata-kata yang memang pedih la untuk didengar. Saya ingatkan dah habis di situ sahaja, rupa-rupanya keesokan harinya lagi anak saya tetap dibuli. Kali ini cermin matanya pula dirampas. Kebetulan pula saya nampak kejadian itu dan lagi sekali semua yang terlibat telah di'basuh' cukup-cukup oleh saya.
Namun demikian semua itu tak langsung menghalang sesiapapun untuk bertaubat sehinggalah perkara ini mendapat campur tangan dari pihak sekolah. Apabila sampai ke pengetahuan guru disiplin, maka alamatnya rotanlah yang menjadi habuan. Akhirnya penyelesaian dengan cara merotan nampaknya masih relevan dan mampu mengawal perbuatan buli walaupun mungkin bukan untuk satu tempoh jangka panjang...
Welcome to the blog!
-
Welcome to the Daniel Zain Photography blog. To view my professional work,
please click on the 'categories' section on the right.
For bookings in Malaysia ...
9 years ago
1 comments:
hmm..kadang2 sesetengah sekolah tu memang da ramai sangat kaki buli kot cikgu..
Post a Comment