Sunday, March 20, 2011

Hot Air Balloons Putrajaya

Dua daripada kesemua lima belon yang ada. Saya baca penyertaan tahun ni sebanyak 29 buah belon...
Pagi tadi saya bawak anak-anak saya sebagai aktiviti terakhir sebelum semuanya mula bersekolah pada hari esok. Mula-mula tu boleh tak jumpa tempat ni padahal bukannya jauh sangat. Anak-anak saya teringin nak naik belon ni tapi saya difahamkan, kita kena ambik nombor dulu lepas tu barulah dapat naik belon ni secara percuma. Katanya kalau nak dapat nombor ni pun sekurang-kurangnya kena beratur sampai dua jam sebelum kaunter yang memberi nombor ni bukak. Alamatnya memang tak naiklah saya dan anak beranak...



Sebabkan kecewa tak dapat naik belon,jadi beli belon kecik pun jadi la...


Maryam baru nak warming up








Semasa di sini,kejadian yang tak disangka-sangka telah berlaku iaitu salah seorang paraglider (saya rasa itulah nama benda yang terbang tu) telah tersangkut dekat tiang lampu semasa hendak mendarat. Mujur dia tak cedera dan dia dapat diselamatkan dengan bantuan yang datang sebaik selepas itu. Saya berjaya merakamkan kesemua aksi tersebut. 
Kami semua terkejut bila tiba-tiba dengar bunyi bising, rupa-rupanya encik ini telah tersangkut






selepas diselamatkan saya suruh anak-anak saya bergambar dengannya. Dia malu-malu sambil ketawa...

 
Disebabkan terlalu panas, saya hanya menghabiskan kira-kira dua jam sahaja di situ. Sebelum balik, kami menikmati hidangan nasi ayam di Alamanda. Ingatkan dapat jumpa belon Dark Vader..rupanya tak kesampaian jugak...Acara belon panas ini akan diadakan setiap dua tahun sekali. Jumpa lagi pada tahun 2013!

3 comments:

Iylia said...

hi, sy pinjam gambar org yg tersangkut tu kt blog sy ye :)

Nurma said...

Boleh, silakan. sebenarnya saya nak masukkan video jugak semasa proses dia diselamatkan tapi tak berjaya pula...

cimöt said...

hahaha..serius..lawaklah cikgu dok pi suruh anak2 cikgu bergambar ngan org tersangkut tu..

Post a Comment