Thursday, August 5, 2010

Kak Ija dan Kak Pah

Ni masa makan dekat Mid Valley. Dari kiri Liza, saya, akak, OT dan kak Ija
Selepas beberapa ketika tak berjumpa, petang tadi dapat juga berjumpa kak Ija. Masa akak konvo hari tu kak Ija tak dapat datang dan dia pun tak baca event yang saya tulis dalam fb. Jadi lepas kelas dan selepas balik dari berjumpa client, kami pun berjumpa di Supremo Coffee and Donut yang tak jauh dari rumah saya.

Sebabkan dah tak lama tak jumpa jadi saya ni tertinggal banyak perkara. Apa yang menariknya, kak Ija tak pasal-dapat berjumpa dengan Sharifah Aini!

Ceritanya begini.

Tak pasal-pasal satu hari kak Ija tertengok tv yang ada bagitahu pasal Sharifah Aini (kak Pah) nak buat satu majlis amal untuk anak-anak yatim. Tak penah-penah sebelum ambik hal tiba-tiba kak Ija tertarik pulak nak ambik no telefon yang tertera. Jadi kak Ija terus call dan dijawab oleh pembantu kak Pah. Kebetulan ada lagi tempat jadi kak Ija dan Hamidin pun pergilah kesana. Tujuan asal di samping beramal dan menderma kepada anak-anak yatim, kak Ija nak tengok kak Pah nyanyi la malam tu. Habis satu hal.

Satu hari tanpa diduga kak Ija mendapat call dari pembantu kak Pah. Kak Pah dengan baik hatinya telah menjemput beberapa tetamu perempuan (terpilih,dalam 16 orang dari majlis amal tersebut) untuk berjumpa sambil minum petang dengannya. Apa lagi meloncatlah kak Ija. Majlis dibuat di Palace of the Golden Horses. Kak Ija bagitahu kak Pah tersangat la ok orangnya dan kita tanyala apa saja dan dia akan jawab, termasuk hal-hal Datuk Darling. Hehehe...Habis satu hal.

Selang beberapa bulan kak Ija dapat lagisatu call. Kali ni untuk meraikan majlis hari jadi kak Pah pulak kat Concorde. Apa lagi kak Ija ambik kesempatan untuk bawak Hamidin sekali la. Sebabkan kak Pah ni baik dan pandai mengambil hati tetamu dia, jadi dia cuba melayan semua tetamu dari meja ke meja. Masa sampai dekat meja kak Ija, kawan-kawan dalam satu meja tu apa lagi dengan beraninya mintak nak datang rumah kak Pah. Yang lagi bestnya kak Pah bukan sahaja setuju tapi sanggup nak masak sendiri. Dia siap janji lagi nak jemput semua masa bulan puasa nanti. Waa...bestnya...Saya pun apa lagi ternganga ajelah mulut dengar cite kak Ija.

Lagi satu perkara yang saya rasa best pasal kak Pah ni ialah pasal anak dia. Dia kata dia ada sorang je anak jadi dia harap anak dia akan jadi anak-anak yang baik. Sekarang anak dia sedang belajar dekat Madinah. Dia kata kalau esok-esok anak dia dah tahfiz, sekurang-kurangnya dapatlah jugak dia tumpang sama.

Yelah kan walaupun dia macam tu, tapi sekurang-kurangnya dia dapat didik anak dia supaya tak jadi macam dia dan dia berjaya, insyaallah menjadikan anak dia anak yang soleh.

Itu ajelah kisah pasal kak Ija dan kawan baru dia kak Pah.

0 comments:

Post a Comment