Wednesday, August 18, 2010

Hidup Singkat Masa Terhad

Macam ni la lebih kurang setiap hari saya kena tempuh

Betul-betul buang masa kalau jem macam ni
Saya bangun pukul 5 untuk sahur. Dah habis sahur selalunya tak tidur balik. Jadi saya akan bukak komputer untuk check email, update blog, check fb dan sambung kerja-kerja tertangguh sampailah azan subuh dan bersiap-siap untuk pergi kerja.

Keluar rumah hantar Hanan dan Kina ke sekolah agama. Perjalanan selalunya sekarang akan ambil masa dalam satu jam setengah sebab dekat Pandan dorang tengah plan nak buat alternatif untuk uraikan kesesakan yang memang dah nazak dekat area tu.

Lepas dah separuh stress, saya dengan bersusah payah tercangak-cangak la pulak cari parking sebab semua orang termasuk student  akan main parking je walaupun tempat tu dah ditulis untuk staff. Saya pulak kalau dah darurat akan bedal je masuk dekat parking yang tertulis 'profesor' dan lepas tu dapatlah surat cinta. Hehe...jangan marah ye prof...

Masuk kelas akan tergesa-gesa sebab selalunya sampai memang ngam-ngam. Student semuanya dah faham tapi ada jugak saya lambat dan dorang dengan gembiranya akan isytiharkan hari tu sebagai cuti bonus.

Dalam seminggu saya kena mengajar 18 jam untuk 4 hari. Masa free hanyalah 1 jam sahaja dan lepas tu adakelas berturut-turut balik dan biasanya saya akan tergesa-gesa juga sebab antara satu kelas dengan kelas yang lain kadang-kadang akan ambil masa dekat 15 minit berjalan!

Masa lunch yang cuma satu jam pun selalunya hanya cukup-cukup nak sembahyang dan buat kerja sikit-sikit je dan sebab tu la selalunya memang tak ada harapan nak makan tengah hari. Sedar-sedar petang tu perut dah bunyi-bunyi dan baru tahu rupa-rupanya tadi lupa nak makan...So sekarang sebab puasa jadi senanglah sikit tak payah susah-susah nak kena cari makan.

Perjalanan balik pulak lebih kurang samalah macam nak datang tadi dan kadang-kadang lebih teruk lagi. Setiap hari ada kelas petang jadi saya akan sampai rumah pun lewat jugak.

Sampai je rumah selalunya memang dah asar ataupun lepas asar. Mandi dan bersiap nak masak untuk berbuka pulak. Bila dah sudah masak masa pun dah tak lama lagi nak berbuka. Lepas aje berbuka terus bersiap-siap nak ke surau pulak. Balik je dari surau memang terlepek la kat rumah. Kadang-kadang berjaya sambung kerja-kerja tapi kadang-kadang kecundang. Tapi disebabkan Maryam dan Husna memang rutin tidur siang jadi memang tak ada harapanlah nak tidur awal. Terpaksa la tunggu dorang dan layan dorang sampai dorang ngantuk dan letih.

Bila dah dapat tidur malam tu memang asyik terjaga aje sebab kalau tak Husna mesti Maryam yang akan tendang-tendang sebab semuanya tidur sekatil kan. Last-last sayalah yang mengalah tidur kat bawah aje...

Hmmm....memang padat perjalanan hidup saya dalam satu hari. Agaknya orang lain macamana ek? Entah-entah lagi teruk daripada saya ataupun lebih baik...

Kalau kita gagal merancang bermakna kita merancang untuk gagal....betullah agaknya kan....

0 comments:

Post a Comment