Friday, August 6, 2010

Hypnotise

Semalam masa jumpa kak Ija ada satu perkara lagi yang dia kongsi bersama-sama saya. Ia berkaitan dengan kawan kak Ija yang telah berjaya menghipnosis anaknya sendiri. Bagaimana caranya? dan apakah hipnosis itu sendiri?

Hipnosis merupakan kaedah di bawah sedar ataupun cara untuk kita mengubah sikap seseorang itu. Kaedah ini telah banyak dibincangkan oleh pakar motivasi dalam ataupun luar negara sebelum-sebelum ini. Secara ringkasnya kaedah ini merupakan cara kita mengarahkan minda di bawah sedar kita untuk melakukakan apa jua tindakan ataupun apa-apa pun perkara yang kita mahukan. Memang perkara ini boleh dipraktikkan.

Berbalik pada kisah kawan kak Ija tadi, apa yang telah berjaya dia lakukan ialah dia telah menghipnosis anaknya selama seminggu secara berterusan. Semasa proses ini berlaku, anaknya ada masa seminggu sahaja lagi untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hasilnya, anaknya yang selama ini pernah gagal dalam mata pelajaran matematik tambahan dan juga matematik moden, telah berjaya mendapat keputusan cemerlang! A2 untuk matematik tambahan dan A1 untuk matematik moden. Macam tak percaya kan. Tapi itulah yang berlaku.

Caranya mudah sahaja. Semasa anak tengah tidur, cakaplah apa-apa sahaja yang kita mahu dia jadi. Kita nak dia rajin belajar, dengar cakap kita, rajin sembahyang, mengaji Quran, apa-apa saja. Insyaallah semuanya boleh kita lakukakan. Ini kerana minda bawah sedarnya akan memberi arahan kepada minda sedar untuk membuat semua tindakan yang telah kita minta yang telah sedia terakam semasa dia tidur tadi. Mungkin kita tertanya-tanya anak boleh dengar ke masa dia tidur, saya pun tak tahu.

Tapi Dr Fadzillah Kamsah pun cakap perkara yang sama jugak. Dia kata waktu anak nak tidur tulah waktu paling sesuai untuk menasihati anak. Ini kerana pada waktu itu otak akan menerima sahaja apa ayat-ayat terakhir yang diterima dan kalau dilakukan berulang-kali, hasil yang kita mahukan akan terhasil.

Macam senang kan. Tapi percaya atau tidak malam tadi saya dah cuba kepada Hanan. Hanan ni memang susah kalau nak kejutkan bangun pagi. Jadi malam tadi masa dia dah tidur, saya pun pegilah kat dia dan cakap, nanti pagi esok kalau mama kejut Hanan terus bangun ye. Ajaibnya pagi tadi lepas saya kejut dia terus bangun dan mandi tanpa membuang masa. Hehehe...berkesan rupa-rupanya...

0 comments:

Post a Comment