Tuesday, March 29, 2011

Dah 40 tahun...

Saya tempah kek ni supaya anak-anak saya seronok nak tiup kek tak kiralah birthday siapa...

Kek ni pemberian kawan saya, Sufiah...terima kasih su...

Kina beriya-iya buat kad istimewa ni utk saya

Ni macam pop-up card...


Buku Kina beli di sekolahnya selepas beberapa lama menyimpan duit...

Dalam beg ni ada getah rambut yang Kina bagi dekat saya juga..

Ni pulak Husna yang bagi. Note book kecik.

Hanan pun beli note book jugak.

Ini yg special sbb ni ialah music card...

Ada lagu happy birthday bila bukak kad tu...
Hari ni kalau ikut kiraan tahun Masihi ialah tarikh lahir saya. Tapi sebenarnya tarikh lahir saya dah lama berlalu iaitu pada 1 Rejab yang lalu mengikut tahun Hijrah. Seperti biasa saya dan anak-anak hanya potong kek sahaja dan kami meraikannya dengan penuh gembira walaupun secara sederhana...

Monday, March 28, 2011

i-city : tak berbaloinya...

Ni masa nak masuk ke area tu.Banyak kedai yg ada mainan ala2 nak berjudi la plak...

lampu2 yg cantik.

Byk lampu cantik tp saya ni tak pandai nak ambik gambar.


Haqim masuk pakai selipar je.lps tu kelam-kabut keluar sebab kaki dah jadi beku.

maryam dari awal masuk sampai la keluar senyap aje. Agaknya sebab takut tak pernah masuk tmpt2 mcm ni.

memang sah dia suspen sampai nak senyum pun tak nak.


Maid saya dan maryam. Happy bangat dia dapat masuk sini.Boleh tunjuk kat org kampung nnti.

sempat lagi Husna ni merasa ais tu.


 





Kina pun senyap je lepas kena marah sebab hilangkan telefon dia.










konon ala2 pokok ada ais la tu...




Hujung minggu lepas, saya bawak la anak-anak saya ke i-city Shah Alam. Dengar khabar tempat tu macam cantik sebab ada lampu-lampu dan yang menariknya sebab ada rumah salji.

Sampai aje kat sana, nak masuk parking kena bayar RM10. Tiket parking ni sebenarnya boleh digunakan untuk masuk ke rumah salji dengan ditolak semula sebanyak jumlah yang kita bayar tu malangnya saya tak la pula diberitahu terlebih dahulu. Jadi tiket tu tertinggal dalam kereta. Malas la saya nak pergi ambik semula sebab jauhnya boleh tahan.

Nak masuk parking tu agak menyeksakan terutama kalau kita bawak kereta mpv sebab tempat tu sempit. Jadi hampir di sepanjang jalan nak masuk dari satu tingkat ke satu tingkat, dapat la kita tengok bekas-bekas kereta yang dah bergesel dengan tepi-tepi dinding. Ini lagi satu perancangan yang tak bijaksana bagi saya. Zaman sekarang kan dah ramai orang pakai kereta besar-besar sebab anak pun dah ramai, jadi wajarlah kalau buat tempat nak membelok di kawasan parking tu agak luas supaya semasa kita nak naik ataupun nak turun tak la terasa cuak.

Sampai di kawasan tu saya dapati banyak lagi kedai-kedai yang masih belum bukak. Kebanyakan kedai di situ begitu agresif nak menarik pelanggan untuk berbelanja di kedai mereka. Ada juga disediakan permainan ala-ala di tempat fun fair. Cari punya cari jumpa la rumah salji. Nak masuk je kena bayar RM25 untuk dewasa dan kanak-kanak kena bayar RM20.

Yang menjadikan saya tak berapa tak puas hati ialah bayaran tu tak termasuk kasut macam Puah Chu Kang tu. Kalau pakai selipar memang sekejap je la kita masuk. Sebab kaki akan beku macam tak rasa apa-apa. Jadi nak tak nak memang kena sewa kasut. Tak kira kecik ke besar ke kaki kita, semua kena bayar RM10. Bayangkan kalau pergi ramai-ramai macam saya ni.

Lepas tu nak simpan kasut/selipar yang kita sedia pakai tu pun kena charge lagi RM2 untuk letak dalam plastik yang biasa-biasa tu je. Tak ke sakit hati dibuatnya. Tak cukup dengan tu kalau nak sarung tangan pulak kita kena beli sendiri. Untuk pakai macam tutup telinga tu pun kena beli jugak. Boleh dikatakan mereka yang menyewakan kasut (yang berapa sen je masa dia beli tu) dan juga meniaga sarung tangan, memang untung berlipat kali ganda la. Bagi saya memang tak berpatutan langsung harga tu kalau sekadar dapat baju sejuk semata-mata tanpa mendapat peralatan lain (seperti kasut dan juga sarung tangan).

Memang nampak sangat nak mengaut keuntungan tanpa mengambil kira dan memberi pertimbangan kepada pengunjung. Kalau macam ni la pihak berkaitan nak memulakan perniagaan, alamatnya saya rasa tak lama la akan bertahan...

Lepas dah masuk rumah salji ni, saya rasa bersyukur sangat dengan cuaca negara kita. Yelah sebab dah dari lahir duduk sini kan jadi badan ni dah biasa dengan cuaca tempat kita. Tak dapat nak dibayangkan kalau betul-betul saya pergi ke tempat sejuk macam tu. Memang rasanya tak berdaya nak bergerak pun agaknya. Apa-apa pun pengalaman di sana satu kenangan untuk saya dan anak-anak berkongsi masa terluang kami dan sebagai bayaran sebab tak membawa mereka kemana-mana semasa cuti sekolah yang lalu...

Saturday, March 26, 2011

Tips peperiksaan akhir


Semasa nak exam, macam-macam kaedah kita guna supaya cemerlang. Saya turunkan kaedah ini mengikut ilmu yang saya dapat dan melalui pengalaman selama saya mengajar.

1. Bila nak exam memang kena minta maaf dengan mak dan ayah. Lepas tu minta mereka doakan kita. Kalau mak atau ayah kita dah tak ada, mintalah doa dan berkat dari guru-guru kita ke atau orang yang kita hormati. Doa dari kedua ibu bapa ni memang selalunya tuhan makbulkan. Jadi, sesiapa yang terlepas peluang ini, cepat-cepatlah hubungi orang tua kita.

2. Jangan lupa sembahyang hajat sebab insyaallah tuhan juga akan makbulkan hajat kita selepas kita penat berusaha. (dengan syarat dah berusaha la...)

3.Semasa hari peperiksaan kita mestilah bersarapan terlebih dahulu. Sarapan ni umpama minyak kereta kita. Kalau pagi-pagi minyak tak ada, jadi kereta pun tak akan bergerak kan? Ramai pelajar mengabaikan perkara ini dan menganggapnya remeh. Kalau makan tengah hari nak tinggal tak apa, tapi jangan sarapan pagi. Ini penting untuk pergerakan dan kecergasan kita sepanjang hari tu. Amalkan makanan yang berkhasiat seperti susu dan bijirin. Tapi kalau nak makan nasi lemak ke, roti canai ke....hmmmm....ikut la....asal kenyang dan bertenaga badan tu....

4. Malam sebelum menjelang peperiksaan, tidurlah secukupnya. Rehat penting untuk otak kita bersedia pada hari keesokkannya. Ramai pelajar yang banyak berjaga malam dan tidur pada hari siang (kecuali kalau nak masuk kelas la...). Tabiat ini sebenarnya tak berapa sesuai untuk jantung yang sihat. Tuhan dah ciptakan malam dan siang dengan peranannya masing-masing. Siang untuk bekerja dan malam untuk berehat. Kalau kita melawan hukum alam, lama kelamaan kita juga yang akan mendapat akibat buruk daripadanya. Jantung tidak akan dapat menerima tekanan pada waktu malam kerana persekitaran malam sebenarnya untuk jantung berehat jadi jika kita masih berjaya dan perkara ini berterusan, lama kelamaan akan melibatkan masalah jantung. Ini melalui kajian yang telah saya dengar. Jadi, berjaya dan belajar di siang hari, tidur pada malam hari!

5. Untuk ketenangan dan supaya kita mudah nak menjawab soalan nanti, eloklah juga kalau kita minta air bacaan doa-doa. Saya rasa amalan ni  macam dah berkurangan dalam kalangan pelajar-pelajar sekarang. Perkara ni macam remeh, tapi tau tak kita bahawa air merupakan perakam yang paling baik sekali? Jadi kalau boleh pergilah sendiri kepada mereka yang cerdik pandai untuk minta air penerang hati. Air ni biasanya akan dibacakan ayat-ayat suci daripada Al-Quran. Masa nak minum tu kita pun turut sama berdoa pada air tersebut supaya kita mudah semasa nak menjawab soalan dan hati kita akan tenang semasa membaca setiap soalan-soalan nanti. Saya memang amalkan perkara ni sebab mak saya akan sediakan setiap kali saya dan adik-beradik saya exam. Saya percaya dan alhamdulillah memang menjadi...

6. Akhir sekali, berdoalah semoga kita akan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Tapi jika tak berjaya, berbanggalah sebab kita dah berusaha. Selebihnya rezeki daripada Allah. Kalau bukan sekarang insyaallah pada masa-masa yang lain...

Semester 2 dah berlalu

Diam tak diam dah habis dah semester 2. Minggu depan dah semua nak final exam. Maka bermulalah minggu exam untuk students dan bermulalah minggu marking untuk semua cikgu-cukgu dia...jadi...

selamat menduduki peperiksaan semua....

p/s Saya ni kata nak masukkan tips exam, hmmm...sampai sekarang pun masih lum masuk-masuk lagi....

Monday, March 21, 2011

Ex-Georgian


Antara kebaikan Facebook ialah telah berjaya menemukan rakan-rakan lama yang telah terpisah. Sebagai contohnya, saya telah berjaya menjejaki rakan-rakan sekolah semasa bersekolah di Seremban selepas terpisah hampir 24 tahun!

Baru-baru ini kami telah mengadakan pertemuan semula di sebuah restoran di Seremban. Walaupun perjumpaan semula itu hanya dihadiri oleh bekas pelajar perempuan Sekolah Menengah King George V sahaja, ianya telah memberikan kenangan indah dan tersendiri. Saya berpeluang berjumpa dengan rakan-rakan lama yang kebanyakannya telahpun mempunyai deretan anak. Rasa gembira tidak dapat dibayangkan apatah lagi semuanya seolah-olah kembali ke zaman silam, sewaktu di alam persekolahan. Boleh kata semua masih mengekalkan peribadi yang sama cuma saiz badan sahaja yang jauh berbeza...hehe...tak apalah. Itulah pengorbanan besar selepas semua berjaya melahirkan zuriat sendiri..

Insyaallah pertemuan seterusnya akan diatur kemudian. Kali ini katanya akan melibatkan kaum bapa pula selepas kaum mak-mak dah puas sembang-sembang, gelak-gelak dan makan-makan...

Sunday, March 20, 2011

Hot Air Balloons Putrajaya

Dua daripada kesemua lima belon yang ada. Saya baca penyertaan tahun ni sebanyak 29 buah belon...
Pagi tadi saya bawak anak-anak saya sebagai aktiviti terakhir sebelum semuanya mula bersekolah pada hari esok. Mula-mula tu boleh tak jumpa tempat ni padahal bukannya jauh sangat. Anak-anak saya teringin nak naik belon ni tapi saya difahamkan, kita kena ambik nombor dulu lepas tu barulah dapat naik belon ni secara percuma. Katanya kalau nak dapat nombor ni pun sekurang-kurangnya kena beratur sampai dua jam sebelum kaunter yang memberi nombor ni bukak. Alamatnya memang tak naiklah saya dan anak beranak...



Sebabkan kecewa tak dapat naik belon,jadi beli belon kecik pun jadi la...


Maryam baru nak warming up








Semasa di sini,kejadian yang tak disangka-sangka telah berlaku iaitu salah seorang paraglider (saya rasa itulah nama benda yang terbang tu) telah tersangkut dekat tiang lampu semasa hendak mendarat. Mujur dia tak cedera dan dia dapat diselamatkan dengan bantuan yang datang sebaik selepas itu. Saya berjaya merakamkan kesemua aksi tersebut. 
Kami semua terkejut bila tiba-tiba dengar bunyi bising, rupa-rupanya encik ini telah tersangkut






selepas diselamatkan saya suruh anak-anak saya bergambar dengannya. Dia malu-malu sambil ketawa...

 
Disebabkan terlalu panas, saya hanya menghabiskan kira-kira dua jam sahaja di situ. Sebelum balik, kami menikmati hidangan nasi ayam di Alamanda. Ingatkan dapat jumpa belon Dark Vader..rupanya tak kesampaian jugak...Acara belon panas ini akan diadakan setiap dua tahun sekali. Jumpa lagi pada tahun 2013!