Saturday, August 21, 2010

Memasak di rumah atau juadah di bazar?

Tahun ini setakat hari ini, sekalipun saya tak pernah lagi pegi ke pasar Ramadhan. Selalunya sampai rumah memang dah lambat. Badan letih jangan cakaplah. Tapi siang-siang lagi saya dah bagitahu Alfiyah plan apa nak masak. Jadi dia akan readykan semua bahan. Kalau saya sampai lambat sangat dia yang akan masak tapi kalau saya sampai awal sikit saya masaklah untuk kami semua berbuka.

Kos untuk membeli semua makanan berbuka sekarang ni memanglah mahal. Kalau saya ke pasar borong, untuk RM50 saya boleh jamu seisi keluarga saya makan untuk tempoh seminggu! Bayangkan betapa jauhnya beza makan di rumah dengan makan di kedai ataupun sekadar membeli sahaja.

Semasa saya kecik-kecik dulu, boleh dikatakan saya tak pernah makan di kedai. Mak akan masak untuk semua waktu. Sama ada makan pagi, tengah hari, minum petang termasuklah jugak makan malam. Kalau kita orang travel balik ke kampung, mak akan bangun awal untuk sediakan semua makanan. Selalunya kita orang akan singgah makan dekat mana-mana tempat yang boleh makan. Masa tu R&R tak ada lagi.

Agaknya sebab dah terbiasa ikut perangai keluarga saya, akhirnya saya balik jadi seperti dulu. Memang masa anak-anak saya kecik dulu, saya selalu makan di kedai. Ayah saya selalu pesan dan kadang-kadang marah sebab asyik makan di kedai sahaja. Tapi sekarang bila anak-anak saya dah besar dan semuanya memang makan dengan maha banyaknya, maka memasak di rumah adalah pilihan yang tepat!

2 comments:

anymz said...

kita banyak makan kat kedai tu bukan apa ngah..sbb masa kecik2 kita tak merasa..bila anak2 dah besar selera dah berubah kan..?

Nurma said...

dulu masa anak2 kecik mmg angah pun cam tu. kadang2 langsung tak makan kat umah.mmg tul la akak cakap masa kecik2 kita tak mcm tu sbb tu bila dah besar mmg betul2 kita pekena sakan.. tapi bila dah tua ni jadik balik mcm mak kita ajar dulu...so harap2 anak2 akan ikut jugak bila dorang dah besar nnti kan...

Post a Comment