Sebabkan nak tukar angin, saya bawa student saya ke CILLC. Tempat ni ialah pusat sumber di CELPAD. Apa lagi dorang suka aje la. Saya plan selain memperkenalkan tempat tu pada dorang, saya juga nak mereka semua tengok dokumentari tentang Tun Mahathir.
Oleh sebab semua pun baru pertama kali masuk, jadi tak tahu la peraturan nak masuk. Beg tak boleh nak bawa masuk dan mesti tinggalkan kad matrik. Apa lagi jadi bahan kemarahan la staff yang bertugas di kaunter tu. Apa yang saya tak sedap hati ialah hampir semua student saya ditegur secara kasar. Maka bermulakah bunga-bunga kemarahan di hati saya...
Esoknya, saya tempah juga tempat untuk kelas saya yang lain. Kali ni saya pula yang silap. Sepatutnya saya tempah pukul 12-1 tapi saya tak perasan telah tempah pukul 11-12. Jadi bila sampai memang macam saya dah lewat sejam dan masa yang saya sampai tu pun dah ada orang yang guna bilik tu.
Asalnya saya tak la marah sangat tapi disebabkan kakak masam tu (ini nama yang saya bagi sebab muka dia memang masam dan tak ada budi bahasa) membebel dekat saya jadi apa lagi saya pun teruslah naik angin dekat kaunter tu jugak.
Saya kata kalau nak tegur cakap elok-elok dan payah nak marah-marah. Dia pulak kata bila pulak dia marah. Saya kata kalau tak marah tak ada la sampai dekat semua student saya dari tiga kelas komplen kata kakak masam tu tegur dorang. Lepas tu mula la dia kata kenapa semua orang asik nak marahkan orang admin aje. Yang lagi best tu masa dia tengah syok-syok membebel dekat saya kata sepatutnya saya sampai awal dan kalau sampai lambat 15 minit student boleh keluar bla bla bla,saya dengan lagi bestnya selamba jalan je keluar dari situ dan dia dengan membelonya membebel la kat situ sorang-sorang.
Dah tak dapat masuk viewing room satu hal, pas tu dia kata semua student saya tak boleh masuk sebab tempat semua dah penuh. Saya yang memang tengah angin masa masuk balik tanyalah dekat sorang lagi staff boleh tak kalau student saya masuk, dia kata nanti nak kena tanya kakak masam tu. Apa lagi meluap-luap la saya lagi. Saya kata tak payah nak tanya dia, bukan dia punya tempat pun.
Lepas tu saya suruh semua student saya yang terkulat-kulat tak tahu apa ni masuk je. Kita orang bincang-bincang hal nak buat assignment dan macam-macam lagi la benda. Tak lama lepas tu sebab malas nak mangadap muka masam tu, saya pun teruslah kelaur.
Saya bukannya marah apa sangat tapi kalau dah duduk dekat kaunter dan berurusan dengan orang jadi muka dengan bahasa tu kenalah elok sikit. Kalau muka tak elok tapi ada budi bahasa memang orang dah tak nampak muka tu tapi kalau dah muka tak elok tambah lagi dengan tak ada budi bahasa, memang tak ada apa-apa lagi la yang tinggal. Betul la cakap student saya, kakak masam tu memang kena ambik course menggunakan bahasa berhemah dan santun berbahasa.

0 comments:
Post a Comment