Saturday, August 7, 2010

Cool Mom Super Dad

Buku karya pertamanya

Bersama Puan Jamilah selepas selesai sesi
Semalam di CILLC ada sesi perjumpaan bersama-sama penulis buku Cool Mum Super Dad. Kini buku-bukunya telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu. Pada mulanya saya kurang kenal dengan penulis ini kerana tidak  berpeluang untuk membaca buku-bukunya walaupun saya pernah melihat hasil karyanya. Sesi kami bermula agak terlewat daripada yang dijadualkan kerana muncul masalah-masalah kecil. Namun begitu semuanya berakhir dengan baik hasil kerjasama semua.

Kedatangan Puan Jamilah Samian bukanlah untuk berkongsi tips menulis buku mahupun mmepromosi buku-bukunya tapi lebih kepada memotivasikan kami yang hadir pada hari itu. Beliau telah lama berhenti bekerja dan menumpukan sepenuh masa mendidik kesemua enam orang anak-anaknya di samping menjadi penulis. Hasil karyanya dikutip sendiri daripada setiap pengalamannya sebagai ibu kepada 5 orang anak lelaki dan juga seorang perempuan.

Kedatangan beliau sebenarnya ialah kerana beliau sudi berkongsi kaedah, cara untuk kami semua keluar dari kotak pemikiran lama dan  usang untuk kembali menjadi diri yang baru bersama-sama cara berfikir yang lebih kehadapan. Apa yang tambah mengkagumkan saya ialah beliau memberikan maklumat yang selama ini saya percaya betul tetapi hakikatnya telahpun lama berubah yang tak sedar dan tahu pun. Sebagai contohnya, kajian berkaitan dengan proses perkembangan otak. Selama yang saya tahu dan belajar, otak kita akan pesat berkembang pada tahap-tahap usia tertentu dan pada sekian-sekian masa akan berhenti berkembang. Fakta ini sebenarnya telah lama berubah kerana hasil kajian sanintis terkini menyatakan bahawa otak akan tetap berkembang selagi kita menggunakannya dan cara untuk memesatkan lagi pertumbuhan dan perkembangan otak ialah dengan mempelajari perkara-perkara baru dalam hidup kita. Memang betul dan tepat sekali hasil penemuan terkini ini.

Saya begitu obses dengan apa-apa jua yang berkaitan dengan self-help kerana bagi saya ianya merupakan guru yang mujarab kala kita begitu sangat memerlukan bantuan. Jadi kedatangan Puan Jamilah sangat kena dengan apa yang saya cari dan pentingkan dalam hidup.

Saya tak sangka pada hari kedatangan saya ke tempat kerja yang bermula dengan kemalasan dan kehambaran berakhir dengan pengisisan yang betul-betul membantu saya. Terima kasih yang tak terhingga kepada Puan Jamilah.

0 comments:

Post a Comment