Tahun ni diam tak diam dah 2 tahun mak saya meninggal. Saya dengan along dan Huda memang dah lama plan nak buat kenduri untuk mak. Lagipun kita orang belum lagi balik rumah mak untuk berbuka sesama semenjak puasa tahun ni.
Disebabkan semua pun balik tak la awal sangat jadi apa lagi catering jadi pilihan. Sebab kagum dengan Mat Dan yang masak masa kenduri Huda hari tu jadi kali ni pun kita orang tanpa ragu-ragu tempah makanan kat dia jugak. Kuih plak satu Huda tempah kat kampung Azlan dan satu lagi kita orang la buat iaitu popia. Walaupun buat satu kuih aje tapi boleh tahan ambik masa lama jugak sebab kerja-kerjanya agak renyah iaitu kena sediakan bahan-bahan inti untuk popia dulu pas tu kena koyakkan kulit popia satu-satu dan last sekali masukkan inti dan lipat.
Tetamu kita orang jemput semua jiran terdekat dan saudara mara yang duduk dekat-dekat kawasan tu jugak. Alhamdulillah makanan pun sedap dan yang lebih pun tak la banyak sangat jadi sedara-sedara yang dekat-dekat tu pun tapaw bawak balik untuk nak bersahur nanti...
Saya selalu teringatkan mak walaupun dah agak lama mak tak ada. Apa yang menarik tiap kali kami bercakap adik-beradik mesti akan sebut nama nama mak. Walaupun kadang-kadang masih lagi bersedih, saya selalu berdoa semoga roh mak ditempatkan di kalangan mereka yang diterima amalannya...al-fatihah....
Welcome to the blog!
-
Welcome to the Daniel Zain Photography blog. To view my professional work,
please click on the 'categories' section on the right.
For bookings in Malaysia ...
9 years ago
0 comments:
Post a Comment