Thursday, August 26, 2010

Friends last forever

Hari ini saya tak sangka langsung dapat contact semula kawan sekolah lama saya selepas dekat 10 tahun tak jumpa. Yang lagi bestnya dia siap suruh anak dia carikan saya di fb dan yang lagi bertambah best ialah dia duduk dekat dengan rumah saya aje. Memang dah ditakdirkan macam tu. Dulu kami satu sekolah dan seleps habis tingkatan lima masing-masing buat hal sendiri la. tak sabar saya nak jumpa dengan dia yang khabarnya masih slim macam dulu jugak.

Lagi satu kawan saya masa sekolah dekat Seremban. Yang ni lagilah hebat sebab sekarang dia dah jadi penulis skrip. Rupa-rupanya banyak drama, telemovie dan cerita yang best-best ada kat tv yang selama-lama ni saya tengok ditulis olehnya. Memang tak sangka rupa-rupanya dia ada bakat terpendam...saya tumpang bangga dengan dia...

Apa-apa pun sahabat tetap penting dalam hidup saya sama ada semasa senang ataupun susah. Ada kawan yang tinggalkan kita masa susah tapi apa yang berlaku pada saya baru-baru ini ialah kawan tinggalkan saya masa dia susah....hmmm...pelik betullah....macamana pun saya tetap doakan dia dalam keadaan yang baik-baik sentiasa walau macamana teruk pun keadaan dia masa ni...

1 comments:

Faznita said...

hoi Nurma! (ni cara kita panggil kawan-kawan masa kat King George dulu, pakai hoi je). Ita mula balik ya.

Assalamualaikum wbt Nurma kawan lama ku,

Terimakasih tinggalkan komen kat blog ita. Senyum pagi-pagi baca komen Nurma. Nurma pun ada blog ha. Nanti ita follow blog ni. Bahagia habis Nurma dgn famili. Anak-anak pun dah besar-besar. Mesti budak-budak lelaki KGV nangis tengok, hahaha.

Utk pengetahuan Nurma, ramai bebudak lelaki kat sekolah kita dulu syok kat Nurma, hohoho. Kelakar bila Nurma masuk fb dulu jadi benda hangat diperkatakan oleh bebudak lelaki. Nakal diaorang masa kat sekolah tu tak habis-habis kan.

Nanti kita berutusan lebih kerap ya. Ita ada fb baru - Nor Faznita jugak. Cuma lebih digunakan berhubungan dengan untuk kerja-kerja penulisan.

Selamat berpuasa Nurma & keluarga. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa. Tengoklah drama-drama tulisan ita kalau ada kesempatan ya.

Post a Comment