Monday, August 30, 2010

Saya yang emosi?

Sepanjang hidup, kita akan berjumpa dengan macam-macam masalah dan dengan macam-macam perangai orang. Saya ada seorang kawan yang sekarang sedang berdepan dengan masalah besar dalam hidupnya. Dia langsung tak cerita apakah masalahnya pada saya tapi malang sekali saya tahu juga. Sebelum meluahkan isi masalahnya, dia telah terlebih dahulu membuat penilaiaan tentang persahabatan saya dengannya.


Menurutnya, dia tak mahu berkongsi masalah dengan saya kerana saya akan jadi emosi. Saya sebenarnya tak berapa nak faham apa maksud 'saya akan jadi emosi'. Rasa-rasanya kalau hidup kita tak ada emosi maknanya kita bukan jadi orang la kan. Sebelum mencuba apa-apa dia telah terlebih dahulu mengenepikan saya dan mempersendakan nilai persahabatan kami yang telah terjalin selama lebih 20 tahun.

Saya tak nak cakap banyak-banyak sebab saya rasa kecewa, kecik hati dan sakit hati dengan tindakan dia. Satu sahaja yang saya boleh simpulkan, kadang-kadang kita hanya mahu mendengar apa yang kita MAHU dengar dan mengenepikan apa yang kita PATUT dengar. Saya doakan semoga dia berjaya keluar hidup-hidup dari masalahnya ....

0 comments:

Post a Comment