Thursday, December 23, 2010

Taska Gugu Gaga


Saya rasa nama ini sangat sesuai, unik, tersendiri dan ada ciri-ciri kelucuan yang mungkin akan dikenali, diingati dan menjadi pilihan ibu bapa dan juga anak-anak mereka sebagai sebahagian daripada tempat untuk mereka berkongsi masa dan proses tumbesaran anak-anak mereka.

Semester 2

Semester 2 untuk sesi 2010/2011 dah bermula selama hampir dua minggu. Seperti semester lepas, saya mendapat 18 jam mengajar. Oleh kerana pada semester lepas saya telah terganggu emosi akibat sikap saya yang makin malas, maka pada semester ini bersamaam juga dengan tahun Hijrah yang baru berlalu, saya menanamkan azam untuk mempernaharui tekad. Saya berazam untuk memulihkan seluruh rasa jiwa dan perasaan terhadap apa jua pekerjaan yang sedang saya lalui kini.

Maka sebagai permulaannya, saya telah memulakan kelas saya seawal hari pertama lagi. Perasaan bersemangat saya kongsikan bersama-sama pelakjar saya yang rata-ratanya turut mempunyai perasaan yang sama seperti saya. Namun demikian, jauh di sudut hati saya tetap merasakan agak sedikit terkilan mengetahui ada terdapat segelintir rakan-rakan setugas yang mempunyai kurang jam mengajar. Ini berlaku kerana kelas mereka terpaksa ditutup akibat ketiadaan pelajar. Ada juga segelintir mereka mempunyai jadual seperti terlalu dan tersangat ideal. Macamana jadi begitu pun saya tak dapat nak pastikan. Ada juga jadual yang terang-terangan jam mengajarnya yang berderet-deret namun yang peliknya, ada sahaja mukanya di bilik tanpa perlu terkocoh-kocoh untuk kelas. Semua ini masih lagi misteri bagi saya.

Sebelum berangkat balik, saya semak lagi sekali bilangan pelajar di kelas saya. Jumlahnya bukan makin berkirang tapi ada yang meningkat kerana rayuan pelajar-pelajar yang ingin masuk ke kelas saya, sukar saya tolak. Jadi harapan untuk mendapat kurang jam mengajar pada semester ini hanyalah tinggal sebagai satu harapan yang kosong dan sia-sia belaka.

Apa yang dapat saya katakan sekarang ialah, terima ajelah Nurma...

Tahun Hijrah

Saya mendapat email daripada komuniti saya berkaitan dengan tahun Hijrah ini. Menurut si pengirim, kita digalakkan untuk mengikut tarikh tahun Hijrah terutamanya untuk tarikh lahir kerana tahun Islam ini lebih tepat kiraannya berbanding dengan kiraan tahun Masihi. Tahun Hijrah mengikut kiraan putaran bulan selama lebih kurang 354 hari dalam setahun manakala kiraan tahun Masihi berbeza. Dengan sebab itu pada setiap tanggal 15 hari bulan dalam tahun Hijrah, kita akan dapat lihat bulan betul-betul dalam keadaan penuh. Bacaan lanjut boleh rujuk blog ini.

Akibat terlalu ingin mengetahui berapakah umur saya mengikut tahun Hijrah, maka saya telah menggunakan kalkulator untuk menukar tarikh lahir saya mengikut tahun Islam ini. Apa lagi terkejut la saya kerana umur saya sebenarnya dah pun meningkat 40 tahun dan pada bulan Safar 1432 ini, iaitu bersamaan dengan 4 Januari 2011, saya akan meningkat usia ke 41 tahun. Macam tu rupanya...maknanya saya ni memang la dah masuk kelab 40 dan tak payah lagi saya mengaku saya ni masih dalam era 30 an lagi...hmmm......

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah


Tahun Hijrah

Berikut merupakan kelebihan pada 10 Muharam.

Thursday, November 25, 2010

Cuti sekolah dan faedahnya

Sepanjang cuti sekolah ni banyak perkara saya cuba gunakan supaya cuti mereka tidak akan menjadi sia-sia. Saya dapati sepanjang cuti sekolah akan ada banyak program yang diwujudkan supaya ibu bapa dapat menghantar anak-anak mereka untuk berkursus. Salah satu program yang agak popular ialah Kem Ibadat.
Saya pernah menghantar Haqim mengikuti satu kem seperti ini pada akhir tahun lepas. Program ini anjuran Dr Fadzilah Kamsah.

Saya sukakan suasana tempat tersebut kerana dibina di kawasan jauh dari hiruk-pikuk kota. Terletak di pinggir hutan di Semenyeh, tempat tersebut bagi saya merupakan satu kawasan yang sesuai untuk siri penerapan dan terbiah kepada sesiapapun yang perlukan perubahan dalam diri mereka. Peluang cuti sekolah saya gunakan untuk menghantar Haqim ke sini tanpa disedari telah meninggalkan impak yang besar kepada dirinya. Sebaik balik dari program tersebut, waktu sembahyangnya tidak bertangguh dan dia seringkali berbincang dan bercerita betapa takutnya jika melakukan sesuatu kesalahan yang dipanggil dosa. Ada juga pernah dia menangis teresak-esak kerana menyesali kesalahannya kepada saya. Dalam keadaan agak terkejut, saya memuji akan keberkesanan program yang telah diikuti olehnya.

Hampir setahun telahpun berlalu. Nampak gayanya Haqim tidaklah seperti setahun yang lepas. Walaupun ada kala sembahyangnya culas, tapi saya bersyukur kerana dia lebih faham dan tahu banyak perkara dan banyak banyak pengalaman. Saya mencari-cari peluang jika ada anjuran mana-mana pihak lain untuk kem-kem bermanfaat seperti ini kerana pengisian sewaktu cuti sekolah akan terbuang dan sia-sia terutama apabila berdepan dengan cabaran dunia siber yang memang tiada tandingannya.

Saturday, October 30, 2010

Bila anak dah besar

Anak sulung dah habis UPSR dan dah nak masuk sekolah menengah dah. Kalau tengokkan perangai dia memang dah jauh berbeza sebab dia bukan lagi macam budak-budak kecik yang saya boleh sesuka hati marah dan pukul. Dalam kebanyakan buku yang saya baca semuanya kata kena gunakan kaedah psikologi dan juga berbincang secara kompromi. Berkesan ke kaedah tu?
Saya juga ada baca tentang bagaimana dunia ini tidak akan dapat ditawan dengan cara kekerasan melainkan dengan cara yang lebih diplomasi. Mana-mana negara yang pernah mengamalkan kaedah ataupun pemerintahan kuku besi akhirnya akan jatuh dan tewas juga akhirnya.
Demikianlah kaedah mendidik anak mungkin tidak kurang samanya juga. Kena guna kaedah diplomasi . Kalau kita berlembut sangat pun tak boleh tapi kalau kita berkeras sangat pun tak akan berkesan juga. Jadi sebagai ibu yang masih dalam fasa belajar, pembesaran dan perubahan anak saya dari alam kanak-kanak menjangkau ke alam remaja perlulah saya persiapkan diri. Ini kerana kalau saya salah dalam kaedah diplomasi maka dia akan beralih kepada orang lain yang kebanyakannya ialah kawan-kawannya daripada ibu bapanya. Jika keadaan ini berterusan maka saya bimbang banyak perkembangan dirinya saya akan ketinggalan dan tidak dapat dikongsi bersama. Namun begitu saya juga bukanlah jenis ibu bapa yang pakai terima sahaja apa-apa pun keadaan mendatang. Jauh di sudut hati, saya masih tetap mengamalkan pendidikan konservatif seperti yang pernah saya terima dalam proses pembesaran saya dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Mungkin ada sesetengah kaedah ini tidak lagi relevan tapi masih banyak yang boleh diaplikasikan dalam dunia dan zaman sekarang ini.
Saya berdoa dapat mendidik anak-anak saya supaya jadi manusia tapi saya tetap takut dan bimbang dengan dunia sekarang yang dah makin tua. Moga-moga apa yang dikatakan oleh penulis buku ini ada benarnya...

'If I had My Child to Raise Over Again'

If I had my child to raise all over again: I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd finger-paint more, and point the finger less.
I would do less correcting and more connecting.
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes. 
I would care to know less and know to care more.
I'd take hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious and seriously play.
I would run through more fields and gaze at more stars.
(Diane Lemons - Chicken Soup for the Soul)


Friday, October 22, 2010

Satu hari dalam perjalanan yang cukup panjang dan padat

Saya tak nak stress jadi saya hanya fikir yang positif aje. hari saya bermula dengan penuh tragik tapi apa-apa pun saya tetap bersyukur.

Satu
Masa tengah driving tak pasal-pasal tayar kereta Naza saya pecah jadi kempislah tayar kereta saya. Dalam terkial-kial tu saya telefon suami. Dia mintak kawan kami yang juga tinggal satu lorong untuk tolong beri bantuan kecemasan pada saya. Sambil tunggu dia sampai dan tunggu kedai tayar bukak, sempat saya sarapan dalam kereta dengan bekal yang memang dah sedia dibawa dari rumah.

Dua
Selesai ganti tayar kereta Naza, saya bergegas ke stesen komuter sebab nak mengambil kereta Honda yang masih tersadai di bengkel. Disebabkan bengkel terletak di Bandar Tasek Selatan, jadi saya ke sana dengan menaiki komuter.

Tiga
Selesai ambik kereta, bergegas pula balik ke rumah sebab saya memang dah tak cukup duit. Maklumlah beg duit dah kena kebas jadi mananya nak dapat keluarkan duit. Cari punya cari, agaknya memang dah rezeki terjumpa la duit terselit celah-celah buku. RM160...cukuplah untuk saya yang memang betul-betul ciput sekarang ni...

Empat
Disebabkan dah tengah hari jadi saya kenalah cepat sebab takut nanti JPN ramai orang. Lagipun saya tak pernah pergi ke JPN di Putrajaya jadi saya kena la panjangkan leher. Lepas dah berpusing-pusing sebanyak dua kali, jumpa jugak tempat yang nak dituju. Rasanya pertama kali saya berurusan di kaunter kerajaan di Putrajaya ni. Kagum jugak sebab banyak dah berubah dalam perkhidmatan kerajaan ni seiring dengan pembangunannya. Dalam tak sampai sejam semua urusan di JPN siap. Saya diminta untuk mengambil Mycard pada hari keesokannya.

Lima
Disebabkan saya dah dapat kad pengenalan sementara jadi saya terus plan nak buat kad. Mula-mula kad Maybank dulu. Sampai di sana hampa sebab mereka perlukan Mycard yang asal dan bukannya yang sementara.

Enam
Dalam perjalanan ke Kajang saya singgah ke JPJ Bangi. Saya rasa di sini tempat yan gpaling efisyen kerana kaki tangannya membuat kerja dengan cekap dan dalam masa tak sampai 15 minit semua urusan saya selesai! Saya betul-betul puas hati.

Tujuh
Waktu hampir petang tapi saya masih ada masa ke Kajang untuk menggantikan sim card telefon saya pula. Hampir tak berjaya juga saya untuk menggantikannya kerana Digi Servis Center memang tempat yang paling tak pandai nak melayan setiap pelanggannya.Saya memang hampir-hampir hilang sabar tapi akhirnya dapat juga saya menyelesaikan urusan yang sebenarnya sangat remeh ini.

Lapan
Atas nasihat suami, saya ke Maybank Taman Serdang dengan harapan masih dapat membuat kad ATM, tapi malang sekali memang tak berjaya juga. Namun begitu pegawai bertugas pada waktu itu, iaitu seorang perempuan Cina mempunyai pekerti yang sangat disenangi. Oleh kerana kesiankan saya yang datang dari jauh, dia bersetuju membantu saya mengeluarkan duit dengan menggunakan buku akaun. Kerja saya jadi mudah dan perjalanan yang jauh rasanya agak berbaloi juga...

Sembilan
Waktu berurusan di bank masih ada, jadi saya balik semula ke Bangi untuk ke Bank Islam pula. Di sini saya terpaksa menunggu hampir satu jam hanya kerana bank cawangan ini perlu mendapatkan pengesahan daripada bank asal akaun saya dibuka. Nasib baik suasana di dalam bank terasa nyaman dan selesa...

Saya balik kerumah dengan penuh longlai dan lelah...

Sepuluh
Pada sebelah malam saya minta Kak Ani hantarkan saya ke stesen komuter kerana kereta Naza masih lagi di sana. Akhirnya saya bawa Naza balik dan meletakkannya di dalam garaj dengan tayar yang pecah masih lagi di dalam boot belakang...

Sebelas
Saya tidur dengan nyenyak sambik bermimpi cerita yang bukan-bukan...

Kisah saya dalam satu hari yang sangat panjang dan sangat padat...what a day!!!

Wednesday, October 20, 2010

Mula semula

Gara-gara semua dokumen penting dah hilang jadi bermulalah episod untuk saya membuat semuanya balik semula. Report polis pertama dah saya buat pada hari kejadian tapi kerana tempat berlakunya kejadian ialah di kawasan Negeri Sembilan jadi saya diarahkan untuk membuat report kedua di Balai Polis Nilai pulak.

Selepas habis kelas (sebenarnya saya keluar awal sikit, student saya suka aje..), saya terus bergegas ke balai polis yang agak dekat dalam perjalanan balik iaitu Balai Polis Sungai Besi. Nasib baik hal dekat situ settle sekejap aje sebab saya hanya kena sahkan laporan yang saya buat sebelum tu dengan bayaran RM2 sahaja.

Dah habis tu, saya diarahkan untuk pergi ke Balai Polis Nilai pulak sebab polis dekat sana nak saya datang untuk ambik lagi sekali keterangan. Disebabkan saya tak tahu jalan jadi saya telefon Rin mintak dia tolong tunjukkan jalan ke sana. Nasib baik la jugak ada sorang kawan yang duduk dekat sana. Masa sampai balai polis tu, rasa kesian pun ada, sedih pun ada. Apa taknya, rupa balai polis tu sangatlah sadisnya. Ada ke sarjan yang ditugaskan untuk ambik keterangan daripada saya biliknya terletak di bahagian belakang. Hampir-hampir saya dan Rin ingatkan bilik tu bilik stor! Jadi memang kiranya baguslah sarjan tu dapat bekerja dengan penuh dedikasi walaupun tempat kerjanya memanglah tidak begitu memberangsangkan.
Menurut sarjan tersebut, memang banyak kejadian macam saya ni dah jadi. Selapas kes saya aje ada lagi beberapa kes yang sama macam saya. Baru semalam tu ada kejadian pecah cermin kereta kerana nak mencuri laptop. Dahlah barang kita hilang, kereta kitapun rosak. Memang malang tak berbau la...

Saya balik dengan kepenatan sebab saya memikirkan masih ada banyak lagi kerja yang saya kena settlekan gara-gara si bedebah pencuri ini.hmmm.....

Sunday, October 17, 2010

Pencuri di surau

Semalam saya dalam perjalanan balik ke rumah dari Seremban selepas pergi ke rumah terbuka Harun di Seremban 2. Dalam perjalan balik sebabkan dah pukul enam lebih jadi saya singgahlah dekat Kawasan Rehat Seremban arah Utara. Hanan, Kina dan Husna saya minta jagakan beg saya sementara saya sembahyang. Tapi sebelum saya habis sembahyangpun mereka dah datang kepada saya dengan meninggalkan beg saya terbiar tanpa jagaan.
Seperti yang ditakutkan oleh semua orang bila saya bergegas pergi ke beg saya, memang dah lesap semua barang berharga saya. Purse saya yang memang di dalamnya ada semua benda yang maha penting, telefon yang tak sampai sebulan baru saya pakai, telefon lama yang dalam proses untuk jual balik dan satu purse kecil yang di dalamnya ada dua thumb drive yang ada semua dokumen kerja saya.
Hanan beritahu ada seorang perempuan yang bertudung dan memakai baju hitam dan tudung hitam menyuruh anak-anak saya keluar kerana anak-anak saya memakan gula-gula. Rupa-rupanya itu akal dia untuk melaksanakan kerjanya kerana tahu budak-budak akan takut dan dengan tak sengaja meninggalkan hand bag saya.
Saya akui saya cuai tapi saya kesal dengan sikap perempuan yang masuk ke dalam surau yang entah sembahyang atau tidak dan ambil kesempatan untuk mencuri barang orang lain yang kadang-kalanya terlepa secara tidak sengaja.
Saya menggigil satu badan dan menangis macam orang tak tentu hala kerana mengenangkan semua barang berharga saya. Saya doakan pencuri itu dapat balasan setimpal atas semua perbuatan jahatntya.


Insyaallah, kalau ada rezeki saya akan dapat semula barang-barang saya. Kalau tak pun mana tahu tuhan nak gantikan dengan sesuatu yang lebih baik lagi...hmmmm.....

Tuesday, October 12, 2010

Akhirnya...

Kereta saya dah lebih dua minggu masuk bengkel untuk cat baru. Memang betul-betul parah kereta saya sebab catnya dah makan bahagian-bahagian besi yang lain terutamanya di bahagian bumbung. Sebabkan ada orang bayar untuk cat jadi suami saya bolehlah tukar kerusi. Kerusi boleh kata dah lusuh betul sebab dah lama kan. Jadilah,nak tukar kereta baru memang tak sesuai buat masa sekarang. Lagipun dah habis bayar jadi guna ajelah. Perjalanan ke tempat kerja jauh jadi perlukan kereta yang boleh diharapkan. Bukan nakkan yang mewah asalkan saya selesa cukup la..memang tak sabar nak tunggu kereta saya siap...

Bila orang atas emo

Lama betul tak menulis sejak-sejak lepas raya ni. Ntah apa yang sibuk pun tak tahu la. Tapi yang pastinya kelas saya dah tinggal lagi dua minggu jadi memang tak sabar-sabar la cuti berehat minda dan tenaga sebab dah rasa letih sangat mengajar semester ni.

Baru-baru ni saya telah pergi ke satu program anjuran tempat kerja saya. Saya dilantik jadi komiti la. Jawatan kecik-kecik je. Ntah sapa yang lantik saya pun tak tahulah. Ketua komiti saya sangat efisyen. Kami selalu ada mesyuarat dan dia selalu hantar email untuk update perkembangan semasa. Jadi kerja saya ni tak la teruk sangat.

Saya jarang turun ke pejabat bawah kerana tak ada apa-apa urusan. Jadi beberapa hari sebelum ke program tersebut saya diminta oleh ketua komiti untuk buat sedikit kerja jadi sayapun turun ke pejabat bawah. Semasa saya masuk ke bilik orang-orang besar ni, saya tengok muka dan body language dia dah lain macam. Saya pun buat tak heran la dan terus buat kerja saya sampai habis.

Tibalah hari yang dinantikan. Saya ke program tu dan kali ni bawak semua anak saya. Masa kat situ nasib baik la ada kawan-kawan yang memang tak pilih bulu ni so senang skit nak berkawan dengan orang macam ni. masa kat situ pun dia buat muka jugak. Siap buat tak pandang lagi. Masa dia tengan tak ada kawan nak makan sama, langsung tak heran nak ajak kita sama makan dengan dia ke. Bukan main sombon lagi dan akhirnya dia makan sorang-sorang. Ha kan dah kena. Masa program kemuncak tu pun sama jugak. Keadaan agak kelam-kabut skit sebab VIP lambat sampai dan meja tak cukup untuk tampung semua staf yang bawak ramai family. Jadi dia pun terpaksa la settle hal tu. Memang agak tertekan kot keadaan dia tapi aura dia masih lagi tidak positif.

Sepanjang di sana memang betul-betul dia tunjukkan sikap ketidakprofesionalan dia. Keadaan ini terbawak-bawak sampailah selepas balik bila dia dengan muka dan aura yang sama. Hai...tak paham betullah saya dengan orang yang macam ni. Nak pegang jawatan tinggi tapi bab-bab emo ni mengalahkan budak kecik. Budak kecik pun sekejap aje tapi kalau dah tua macam ni alamat memang susah la nak ubah. Ntah apa yang dia tak puas hati pun saya tak tahu. Sorry saya pun jenis kaki ampu dan saya tak akan buat macam tu...

Sunday, September 12, 2010

Beraya rumah Tun Dr Mahathir

Saya bawak 4 orang anak saya nak pergi beraya rumah Tun Mahathir. Tahun lepas tak sempat jadi tahun ni saya tak nak lepaskan peluang la. Pagi-pagi lagi saya dah sampai. Masa tu ada sikit aje orang yang tengah tunggu tram. Tapi lepas tu sekejap je dah penuh orang beratur. Yang sakit hatinya bila ada orang yang potong q. Masa sampai rumah Tun dia baru nak keluar. Disebabkan masih awal dan orang beratur tak panjang sangat jadi saya berpeluang untuk ambil gambar sesama Tun. Saya jumpa jugak Mukhriz. Boleh tahan jugak segak orangnya. Marina pun ada tapi di tak lah peramah sangat macam Mukhriz.

masa ni baru sampai jadi orang pun tak ramai
VIP yang lain saya tak jumpa pun mungkin sebab masih awal lagi kot. Sebenarnya bukanlah nak makan sangat pegi sana tapi saja nak jumpa dengan Tun sebab kita pun tak tahu sampai bila lagi berpeluang berhari raya macam ni...
orang beratur pun tak panjang lagi
jalan ke rumah Tun
dalam tram.kat belakang tu sejekap je dah panjang orang beratur
masa sampai pun tak ramai lagi orang
saja ambik gambar ni sebab kat depan rumah Tun banyak pokok bunga kertas yang pelbagai warna
sempat ambik muka Tun kat celah-celah orang ramai
sempat ambik gambar walaupun kelam-kabut sikit
dengan Mukhriz yang sama warna plak baju kita orang
dorang makan tak la banyak sangat
masa ni dah penuh khemah
cantik baju Hasmah
ni lagi pokok bunga yang macam-macam warna
khemah dekat luar rumah Tun

Friday, September 10, 2010

Aidil Fitri 2010

akhirnya Najla join the group lps dah habis merajuk dia

11 orang sumanya dan tmbh lagi sorang thn ni

suma nak sama tema la plak kecuali Huda

Husna baru bangun so moody la skit
Semua sepupu
My whole family
Ni saja cousin lelaki dorang
Huda dn Azlan 1st time raya as a husband and wife
Hmm...anyone missing...
ni rendang yg saya buat dalam proses
nasi impit
Ketupat daun palas yg Mila buat mendapat sambutan hangat
suma mak2 dan bakal mak
Kami merayakan kedatangan Syawal tahun ini dengan agak meriah walaupun terdapat beberapa kekurangan. Hampir semua kerja dapat saya dan adik-beradik yang lain lakukan sendiri. Saya kongsikan kemeriahan sambuatan hari raya tahun ini bersama seisi keluarga saya.

Salam Lebaran


Wednesday, September 8, 2010

Balik rumah mak

Tahun ni kali ketiga kami beraya tanpa mak. So saya dan Huda plan balik sama-sama. Kali ni Alfiyah bawak sama suami dia. Kesian la pulak sebab nanti masa pagi raya tak la dia rasa sedih sangat ingatkan anak dia dam semua family dia kat kampung.

Bertolak lepas tarawikh dan sampai tengah malam. Ayah dah siap-siap tunggu kat rumah.Kesian tengok ayah. Sejak mak tak ada bukan saja ayah dah susut berat badan tapi makan pun macam dia tak berapa nak berkenan sangat jadi bila kita orang kata esok kira orang nak masak nasi ayam, dia kata nak join sekali berbuka puasa dengan kita orang.

Pagi tu saya dengan Huda pergi Mydin dekat Melaka. Sampai pukul 10 lebih dan balik dekat pukul 3 petang! Memang sakan la kita orang beli sebab banyak yang nak disediakan esok, malam raya sebab ada orang datang takbir, raya pertama dan juga raya kedua.

Harap-harap raya tahun ini akan lebih meriah sebab dah rancang awal-awal persiapan. Lagipun langsir masa Huda kahwin dulupun masih tak tanggal lagi jadi memang gerenti lagi elok la berbanding tahun lepas yang silap-silap pandang tengok-tengok ada sawang...hehehe...teruk betul...

Thursday, September 2, 2010


Bila tak faham dan tak nak faham

Memang susah kalau kita jumpa orang yang  tak nak faham keadaan kita dan tak nak berusaha untuk faham keadaan kita. Tambahan pula bila dia tak pernah alami keadaan macam tu jadi dia tak akan peduli apa-apa pun keadaan  yang orang lain alami.

Nampak gayanya terpaksa la saya hidup dengan keadaan orang yang macam ni melainkan saya angkat kaki dan cari jalan lain supaya tak jumpa lagi orang yang macam ni.

Wednesday, September 1, 2010

Tak sabarnya...

Kalau dapat bilik dkt taska saya macam ni kan ke best...
Masa lepas habis kelas tadi, tiba-tiba saya terdengar suara budak kecik menangis dengan kuatnya. Bila saya tengok-tengok rupa-rupanya ada sorang lelaki muda tengah dukung anaknya sambil mundar-mandir di tepi koridor masjid. Kebetulan Razman dan Harun ada jugak di masjid tu jadi saya suruh dorang berdua jaga beg-beg saya. Saya pun terus pegi kat lelaki tadi dan mintak nak dukung anaknya. Yang bestnya anak dia terus berhenti menangis serta-merta bila saya mula dukung dia. Apa lagi terus saya panggil Razman untuk tunjukkan budak yang menangis tadi yang dah pun diam. Razman kata saya ada aura seorang ibu. Yelah kalau sampai anak pun dah lima , kalau masih tak ada aura seorang ibu lagi tak tahulah nak cakap apa...


Bila pegang je budak kecik tu tadi barulah saya perasan yang saya ni dah lama tak pegang budak-budak kecik. Apa lagi teruslah timbul satu perasaan tak sabar-sabar saya nak bukak taska impian saya. Kalau saya ada taska sendiri nanti dapatlah saya pegang dan dukung budak-budak selalu. Saya pun dapat didik budak-budak tu nanti dengan cara yang pernah mak saya ajar saya masa saya kecik-kecik. Semuanya perkara-perkara yang baik-baik la. Lepas tu bila petang mak ayah dorang akan datang ambik semuanya balik jadi saya juga tak lah rasa terbeban cuma berkongsi masa mereka membesar tanpa saya perlu melahirkan anak-anak lagi.Hehehe....mesti seronok dan meriah hidup saya kalau betul-betul saya melibatkan diri dalam bidang ini nanti...eeiii tak sabarnya....

Monday, August 30, 2010

Maka bermulalah 10 malam terakhir...

Lega lepas dah seminggu bercuti akhirnya dapat sambung semula berpuasa. Di surau rumah saya pada tahun ini dah mula anjurkan qiamullail. Insyaallah semoga saya dikurniakan kesihatan dan kekuatan supaya dapat terus beramal untuk mencari malam yang lebih baik dari seribu malam...

Saya yang emosi?

Sepanjang hidup, kita akan berjumpa dengan macam-macam masalah dan dengan macam-macam perangai orang. Saya ada seorang kawan yang sekarang sedang berdepan dengan masalah besar dalam hidupnya. Dia langsung tak cerita apakah masalahnya pada saya tapi malang sekali saya tahu juga. Sebelum meluahkan isi masalahnya, dia telah terlebih dahulu membuat penilaiaan tentang persahabatan saya dengannya.


Menurutnya, dia tak mahu berkongsi masalah dengan saya kerana saya akan jadi emosi. Saya sebenarnya tak berapa nak faham apa maksud 'saya akan jadi emosi'. Rasa-rasanya kalau hidup kita tak ada emosi maknanya kita bukan jadi orang la kan. Sebelum mencuba apa-apa dia telah terlebih dahulu mengenepikan saya dan mempersendakan nilai persahabatan kami yang telah terjalin selama lebih 20 tahun.

Saya tak nak cakap banyak-banyak sebab saya rasa kecewa, kecik hati dan sakit hati dengan tindakan dia. Satu sahaja yang saya boleh simpulkan, kadang-kadang kita hanya mahu mendengar apa yang kita MAHU dengar dan mengenepikan apa yang kita PATUT dengar. Saya doakan semoga dia berjaya keluar hidup-hidup dari masalahnya ....

Sunday, August 29, 2010

Kenduri Arwah

Tahun ni diam tak diam dah 2 tahun mak saya meninggal. Saya dengan along dan Huda memang dah lama plan nak buat kenduri untuk mak. Lagipun kita orang belum lagi balik rumah mak untuk berbuka sesama semenjak puasa tahun ni.

Disebabkan semua pun balik tak la awal sangat jadi apa lagi catering jadi pilihan.  Sebab kagum dengan Mat Dan yang masak masa kenduri Huda hari tu jadi kali ni pun kita orang tanpa ragu-ragu tempah makanan kat dia jugak. Kuih plak satu Huda tempah kat kampung Azlan dan satu lagi kita orang la buat iaitu popia. Walaupun buat satu kuih aje tapi boleh tahan ambik masa lama jugak sebab kerja-kerjanya agak renyah iaitu kena sediakan bahan-bahan inti untuk popia dulu pas tu kena koyakkan kulit popia satu-satu dan last sekali masukkan inti dan lipat.

Tetamu kita orang jemput semua jiran terdekat dan saudara mara yang duduk dekat-dekat kawasan tu jugak. Alhamdulillah makanan pun sedap dan yang lebih pun tak la banyak sangat jadi sedara-sedara yang dekat-dekat tu pun tapaw bawak balik untuk nak bersahur nanti...

Saya selalu teringatkan mak walaupun dah agak lama mak tak ada. Apa yang menarik tiap kali kami bercakap  adik-beradik mesti akan sebut nama nama mak.  Walaupun kadang-kadang masih lagi bersedih, saya selalu berdoa semoga roh mak ditempatkan di kalangan mereka yang diterima amalannya...al-fatihah....

Thursday, August 26, 2010

Friends last forever

Hari ini saya tak sangka langsung dapat contact semula kawan sekolah lama saya selepas dekat 10 tahun tak jumpa. Yang lagi bestnya dia siap suruh anak dia carikan saya di fb dan yang lagi bertambah best ialah dia duduk dekat dengan rumah saya aje. Memang dah ditakdirkan macam tu. Dulu kami satu sekolah dan seleps habis tingkatan lima masing-masing buat hal sendiri la. tak sabar saya nak jumpa dengan dia yang khabarnya masih slim macam dulu jugak.

Lagi satu kawan saya masa sekolah dekat Seremban. Yang ni lagilah hebat sebab sekarang dia dah jadi penulis skrip. Rupa-rupanya banyak drama, telemovie dan cerita yang best-best ada kat tv yang selama-lama ni saya tengok ditulis olehnya. Memang tak sangka rupa-rupanya dia ada bakat terpendam...saya tumpang bangga dengan dia...

Apa-apa pun sahabat tetap penting dalam hidup saya sama ada semasa senang ataupun susah. Ada kawan yang tinggalkan kita masa susah tapi apa yang berlaku pada saya baru-baru ini ialah kawan tinggalkan saya masa dia susah....hmmm...pelik betullah....macamana pun saya tetap doakan dia dalam keadaan yang baik-baik sentiasa walau macamana teruk pun keadaan dia masa ni...

Saturday, August 21, 2010

Memasak di rumah atau juadah di bazar?

Tahun ini setakat hari ini, sekalipun saya tak pernah lagi pegi ke pasar Ramadhan. Selalunya sampai rumah memang dah lambat. Badan letih jangan cakaplah. Tapi siang-siang lagi saya dah bagitahu Alfiyah plan apa nak masak. Jadi dia akan readykan semua bahan. Kalau saya sampai lambat sangat dia yang akan masak tapi kalau saya sampai awal sikit saya masaklah untuk kami semua berbuka.

Kos untuk membeli semua makanan berbuka sekarang ni memanglah mahal. Kalau saya ke pasar borong, untuk RM50 saya boleh jamu seisi keluarga saya makan untuk tempoh seminggu! Bayangkan betapa jauhnya beza makan di rumah dengan makan di kedai ataupun sekadar membeli sahaja.

Semasa saya kecik-kecik dulu, boleh dikatakan saya tak pernah makan di kedai. Mak akan masak untuk semua waktu. Sama ada makan pagi, tengah hari, minum petang termasuklah jugak makan malam. Kalau kita orang travel balik ke kampung, mak akan bangun awal untuk sediakan semua makanan. Selalunya kita orang akan singgah makan dekat mana-mana tempat yang boleh makan. Masa tu R&R tak ada lagi.

Agaknya sebab dah terbiasa ikut perangai keluarga saya, akhirnya saya balik jadi seperti dulu. Memang masa anak-anak saya kecik dulu, saya selalu makan di kedai. Ayah saya selalu pesan dan kadang-kadang marah sebab asyik makan di kedai sahaja. Tapi sekarang bila anak-anak saya dah besar dan semuanya memang makan dengan maha banyaknya, maka memasak di rumah adalah pilihan yang tepat!