Thursday, December 23, 2010

Semester 2

Semester 2 untuk sesi 2010/2011 dah bermula selama hampir dua minggu. Seperti semester lepas, saya mendapat 18 jam mengajar. Oleh kerana pada semester lepas saya telah terganggu emosi akibat sikap saya yang makin malas, maka pada semester ini bersamaam juga dengan tahun Hijrah yang baru berlalu, saya menanamkan azam untuk mempernaharui tekad. Saya berazam untuk memulihkan seluruh rasa jiwa dan perasaan terhadap apa jua pekerjaan yang sedang saya lalui kini.

Maka sebagai permulaannya, saya telah memulakan kelas saya seawal hari pertama lagi. Perasaan bersemangat saya kongsikan bersama-sama pelakjar saya yang rata-ratanya turut mempunyai perasaan yang sama seperti saya. Namun demikian, jauh di sudut hati saya tetap merasakan agak sedikit terkilan mengetahui ada terdapat segelintir rakan-rakan setugas yang mempunyai kurang jam mengajar. Ini berlaku kerana kelas mereka terpaksa ditutup akibat ketiadaan pelajar. Ada juga segelintir mereka mempunyai jadual seperti terlalu dan tersangat ideal. Macamana jadi begitu pun saya tak dapat nak pastikan. Ada juga jadual yang terang-terangan jam mengajarnya yang berderet-deret namun yang peliknya, ada sahaja mukanya di bilik tanpa perlu terkocoh-kocoh untuk kelas. Semua ini masih lagi misteri bagi saya.

Sebelum berangkat balik, saya semak lagi sekali bilangan pelajar di kelas saya. Jumlahnya bukan makin berkirang tapi ada yang meningkat kerana rayuan pelajar-pelajar yang ingin masuk ke kelas saya, sukar saya tolak. Jadi harapan untuk mendapat kurang jam mengajar pada semester ini hanyalah tinggal sebagai satu harapan yang kosong dan sia-sia belaka.

Apa yang dapat saya katakan sekarang ialah, terima ajelah Nurma...

0 comments:

Post a Comment