Wednesday, October 20, 2010

Mula semula

Gara-gara semua dokumen penting dah hilang jadi bermulalah episod untuk saya membuat semuanya balik semula. Report polis pertama dah saya buat pada hari kejadian tapi kerana tempat berlakunya kejadian ialah di kawasan Negeri Sembilan jadi saya diarahkan untuk membuat report kedua di Balai Polis Nilai pulak.

Selepas habis kelas (sebenarnya saya keluar awal sikit, student saya suka aje..), saya terus bergegas ke balai polis yang agak dekat dalam perjalanan balik iaitu Balai Polis Sungai Besi. Nasib baik hal dekat situ settle sekejap aje sebab saya hanya kena sahkan laporan yang saya buat sebelum tu dengan bayaran RM2 sahaja.

Dah habis tu, saya diarahkan untuk pergi ke Balai Polis Nilai pulak sebab polis dekat sana nak saya datang untuk ambik lagi sekali keterangan. Disebabkan saya tak tahu jalan jadi saya telefon Rin mintak dia tolong tunjukkan jalan ke sana. Nasib baik la jugak ada sorang kawan yang duduk dekat sana. Masa sampai balai polis tu, rasa kesian pun ada, sedih pun ada. Apa taknya, rupa balai polis tu sangatlah sadisnya. Ada ke sarjan yang ditugaskan untuk ambik keterangan daripada saya biliknya terletak di bahagian belakang. Hampir-hampir saya dan Rin ingatkan bilik tu bilik stor! Jadi memang kiranya baguslah sarjan tu dapat bekerja dengan penuh dedikasi walaupun tempat kerjanya memanglah tidak begitu memberangsangkan.
Menurut sarjan tersebut, memang banyak kejadian macam saya ni dah jadi. Selapas kes saya aje ada lagi beberapa kes yang sama macam saya. Baru semalam tu ada kejadian pecah cermin kereta kerana nak mencuri laptop. Dahlah barang kita hilang, kereta kitapun rosak. Memang malang tak berbau la...

Saya balik dengan kepenatan sebab saya memikirkan masih ada banyak lagi kerja yang saya kena settlekan gara-gara si bedebah pencuri ini.hmmm.....

0 comments:

Post a Comment