Saturday, October 30, 2010

Bila anak dah besar

Anak sulung dah habis UPSR dan dah nak masuk sekolah menengah dah. Kalau tengokkan perangai dia memang dah jauh berbeza sebab dia bukan lagi macam budak-budak kecik yang saya boleh sesuka hati marah dan pukul. Dalam kebanyakan buku yang saya baca semuanya kata kena gunakan kaedah psikologi dan juga berbincang secara kompromi. Berkesan ke kaedah tu?
Saya juga ada baca tentang bagaimana dunia ini tidak akan dapat ditawan dengan cara kekerasan melainkan dengan cara yang lebih diplomasi. Mana-mana negara yang pernah mengamalkan kaedah ataupun pemerintahan kuku besi akhirnya akan jatuh dan tewas juga akhirnya.
Demikianlah kaedah mendidik anak mungkin tidak kurang samanya juga. Kena guna kaedah diplomasi . Kalau kita berlembut sangat pun tak boleh tapi kalau kita berkeras sangat pun tak akan berkesan juga. Jadi sebagai ibu yang masih dalam fasa belajar, pembesaran dan perubahan anak saya dari alam kanak-kanak menjangkau ke alam remaja perlulah saya persiapkan diri. Ini kerana kalau saya salah dalam kaedah diplomasi maka dia akan beralih kepada orang lain yang kebanyakannya ialah kawan-kawannya daripada ibu bapanya. Jika keadaan ini berterusan maka saya bimbang banyak perkembangan dirinya saya akan ketinggalan dan tidak dapat dikongsi bersama. Namun begitu saya juga bukanlah jenis ibu bapa yang pakai terima sahaja apa-apa pun keadaan mendatang. Jauh di sudut hati, saya masih tetap mengamalkan pendidikan konservatif seperti yang pernah saya terima dalam proses pembesaran saya dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Mungkin ada sesetengah kaedah ini tidak lagi relevan tapi masih banyak yang boleh diaplikasikan dalam dunia dan zaman sekarang ini.
Saya berdoa dapat mendidik anak-anak saya supaya jadi manusia tapi saya tetap takut dan bimbang dengan dunia sekarang yang dah makin tua. Moga-moga apa yang dikatakan oleh penulis buku ini ada benarnya...

'If I had My Child to Raise Over Again'

If I had my child to raise all over again: I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd finger-paint more, and point the finger less.
I would do less correcting and more connecting.
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes. 
I would care to know less and know to care more.
I'd take hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious and seriously play.
I would run through more fields and gaze at more stars.
(Diane Lemons - Chicken Soup for the Soul)


0 comments:

Post a Comment