Wednesday, February 9, 2011

Glory Beach Resort

Lepas buat bbq kat Rumah Mak, saya bertolak ke PD pulak hari esoknya. Kat sana saya jumpa kawan-kawan, kak Idah dan juga kak Atie. Memulanya akak plan nak berkelah aje kat pantai tapi Sazli la nak tidur semalam kat sana. Jadi apa lagi saya dan akak macam apa cari hotel sebab kebanyakan hotel dah penuh sebab cuti raya Cina. Hotel dekat Ancasa ada lagi tapi tak cukup nak tampung kami anak beranak terutama saya yang memang perlukan paling kurang tiga bilik. So cari punya cari, dapatlah Glory Beach Resort. Apa lnak buat memang tak ada pilihan lain lagi.

Sampai dekat hotel tu boleh check up pukul 3. Bilik yang saya dapat apartment tiga bilik. Saya share dengan kak Atie. Dia duduk satu bilik yang ada satu je katil bujang. So anak-anak saya duduk dalam satu lagi bilik dan Haqim terpaksa la tidur luar kat sofa je. Kira ok la tu sebab semalam aje. Kalau kita book dekat internet harganya lebih murah tapi kalau book dengan hotel sendiri memang harga jauh lebih mahal. Hotel Ancasa contohnya harga dekat internet untuk apartment tiga bilik dapat dalam RM500 lebih tapi kalau kita book terus dekat hotel, harga naik sampai RM700! Bukan main jauh bezanya.

Lepas dah check in dekat hotel, kita orang pegi bilik akak sebab akak masak nasi lemak. Saya pulak bawak ayam yang dah goreng dari Rumah Mak lagi. Dah kenyang tu barulah pegi turun bawak minum kopi sambil borak-borak. Sebelum maghrib sempat bawak anak-anak saya pegi tengok-tengok dekat tepi pantai. Itupun lepas dia orang dah puas mandi kolam.

Malam tu seperti yang dijanjikan, kak Atie dan abang An belanja kita orang makan ikan bakar. Tak silap saya tempat tu namanya Medan Ikan Bakar. baru je bukak. Boleh tahan jugak tempatnya. Walaupun tunggu agak lama tapi berbaloi sebab sedap masakannya. Sebelum naik tidur ke bilik masing-masing malam tu, kita orang sempat berborak-borak kat coffee house.

Hari keesokannya pun tak ada aktiviti apa-apa pun melainkan anak-anak saya sambung mandi kolam lagi dan kita orang pun sambung bersembang dekat tempat sarapan tu je. Dah lunch semua balik tapi sampai rumah pukul tiga sebab semua highway jem akibat ramainya orang yang balik dari raya Cina...

2 comments:

anymz said...

akak selalu tido kat ancasa tu ngah..memang best kat situ..buat bbq pun terus kat tepi pantai tu jer.selalu nya akak booking 6 bulan lebih awal kalau kena peak season..memang mahal kat situ tapi berbaloi kan?..

Nurma said...

wah akak book lama betul tu...saya last minit punya rancangan kak tu yang jadi kelam kabut tu...tak pe next time leh wat plan mcm akak,booking setengah tahun awal!

Post a Comment