Monday, August 30, 2010

Maka bermulalah 10 malam terakhir...

Lega lepas dah seminggu bercuti akhirnya dapat sambung semula berpuasa. Di surau rumah saya pada tahun ini dah mula anjurkan qiamullail. Insyaallah semoga saya dikurniakan kesihatan dan kekuatan supaya dapat terus beramal untuk mencari malam yang lebih baik dari seribu malam...

Saya yang emosi?

Sepanjang hidup, kita akan berjumpa dengan macam-macam masalah dan dengan macam-macam perangai orang. Saya ada seorang kawan yang sekarang sedang berdepan dengan masalah besar dalam hidupnya. Dia langsung tak cerita apakah masalahnya pada saya tapi malang sekali saya tahu juga. Sebelum meluahkan isi masalahnya, dia telah terlebih dahulu membuat penilaiaan tentang persahabatan saya dengannya.


Menurutnya, dia tak mahu berkongsi masalah dengan saya kerana saya akan jadi emosi. Saya sebenarnya tak berapa nak faham apa maksud 'saya akan jadi emosi'. Rasa-rasanya kalau hidup kita tak ada emosi maknanya kita bukan jadi orang la kan. Sebelum mencuba apa-apa dia telah terlebih dahulu mengenepikan saya dan mempersendakan nilai persahabatan kami yang telah terjalin selama lebih 20 tahun.

Saya tak nak cakap banyak-banyak sebab saya rasa kecewa, kecik hati dan sakit hati dengan tindakan dia. Satu sahaja yang saya boleh simpulkan, kadang-kadang kita hanya mahu mendengar apa yang kita MAHU dengar dan mengenepikan apa yang kita PATUT dengar. Saya doakan semoga dia berjaya keluar hidup-hidup dari masalahnya ....

Sunday, August 29, 2010

Kenduri Arwah

Tahun ni diam tak diam dah 2 tahun mak saya meninggal. Saya dengan along dan Huda memang dah lama plan nak buat kenduri untuk mak. Lagipun kita orang belum lagi balik rumah mak untuk berbuka sesama semenjak puasa tahun ni.

Disebabkan semua pun balik tak la awal sangat jadi apa lagi catering jadi pilihan.  Sebab kagum dengan Mat Dan yang masak masa kenduri Huda hari tu jadi kali ni pun kita orang tanpa ragu-ragu tempah makanan kat dia jugak. Kuih plak satu Huda tempah kat kampung Azlan dan satu lagi kita orang la buat iaitu popia. Walaupun buat satu kuih aje tapi boleh tahan ambik masa lama jugak sebab kerja-kerjanya agak renyah iaitu kena sediakan bahan-bahan inti untuk popia dulu pas tu kena koyakkan kulit popia satu-satu dan last sekali masukkan inti dan lipat.

Tetamu kita orang jemput semua jiran terdekat dan saudara mara yang duduk dekat-dekat kawasan tu jugak. Alhamdulillah makanan pun sedap dan yang lebih pun tak la banyak sangat jadi sedara-sedara yang dekat-dekat tu pun tapaw bawak balik untuk nak bersahur nanti...

Saya selalu teringatkan mak walaupun dah agak lama mak tak ada. Apa yang menarik tiap kali kami bercakap  adik-beradik mesti akan sebut nama nama mak.  Walaupun kadang-kadang masih lagi bersedih, saya selalu berdoa semoga roh mak ditempatkan di kalangan mereka yang diterima amalannya...al-fatihah....

Thursday, August 26, 2010

Friends last forever

Hari ini saya tak sangka langsung dapat contact semula kawan sekolah lama saya selepas dekat 10 tahun tak jumpa. Yang lagi bestnya dia siap suruh anak dia carikan saya di fb dan yang lagi bertambah best ialah dia duduk dekat dengan rumah saya aje. Memang dah ditakdirkan macam tu. Dulu kami satu sekolah dan seleps habis tingkatan lima masing-masing buat hal sendiri la. tak sabar saya nak jumpa dengan dia yang khabarnya masih slim macam dulu jugak.

Lagi satu kawan saya masa sekolah dekat Seremban. Yang ni lagilah hebat sebab sekarang dia dah jadi penulis skrip. Rupa-rupanya banyak drama, telemovie dan cerita yang best-best ada kat tv yang selama-lama ni saya tengok ditulis olehnya. Memang tak sangka rupa-rupanya dia ada bakat terpendam...saya tumpang bangga dengan dia...

Apa-apa pun sahabat tetap penting dalam hidup saya sama ada semasa senang ataupun susah. Ada kawan yang tinggalkan kita masa susah tapi apa yang berlaku pada saya baru-baru ini ialah kawan tinggalkan saya masa dia susah....hmmm...pelik betullah....macamana pun saya tetap doakan dia dalam keadaan yang baik-baik sentiasa walau macamana teruk pun keadaan dia masa ni...

Saturday, August 21, 2010

Memasak di rumah atau juadah di bazar?

Tahun ini setakat hari ini, sekalipun saya tak pernah lagi pegi ke pasar Ramadhan. Selalunya sampai rumah memang dah lambat. Badan letih jangan cakaplah. Tapi siang-siang lagi saya dah bagitahu Alfiyah plan apa nak masak. Jadi dia akan readykan semua bahan. Kalau saya sampai lambat sangat dia yang akan masak tapi kalau saya sampai awal sikit saya masaklah untuk kami semua berbuka.

Kos untuk membeli semua makanan berbuka sekarang ni memanglah mahal. Kalau saya ke pasar borong, untuk RM50 saya boleh jamu seisi keluarga saya makan untuk tempoh seminggu! Bayangkan betapa jauhnya beza makan di rumah dengan makan di kedai ataupun sekadar membeli sahaja.

Semasa saya kecik-kecik dulu, boleh dikatakan saya tak pernah makan di kedai. Mak akan masak untuk semua waktu. Sama ada makan pagi, tengah hari, minum petang termasuklah jugak makan malam. Kalau kita orang travel balik ke kampung, mak akan bangun awal untuk sediakan semua makanan. Selalunya kita orang akan singgah makan dekat mana-mana tempat yang boleh makan. Masa tu R&R tak ada lagi.

Agaknya sebab dah terbiasa ikut perangai keluarga saya, akhirnya saya balik jadi seperti dulu. Memang masa anak-anak saya kecik dulu, saya selalu makan di kedai. Ayah saya selalu pesan dan kadang-kadang marah sebab asyik makan di kedai sahaja. Tapi sekarang bila anak-anak saya dah besar dan semuanya memang makan dengan maha banyaknya, maka memasak di rumah adalah pilihan yang tepat!

Sembahyang Hajat UPSR


Sekolah Haqim buat sembahyang hajat untuk budak-budak yang nak ambik UPSR tahun ni. Saya pun beriya-iya lah nak pegi. Masa nak sembahyang asar tengok-tengok...hmmm tak kesampaian la hajat saya...terpaksa bukak puasa awal.

Tapi sebabkan Haqim dah bagitahu cikgu dia yang dia akan pegi dengan saya jadi kenalah jugak dia pegi. Di surau selepas baca yasin, semua mak ayah yang datang bersama-sama dengan budak-budak yang nak ambik UPSR tahun ni sama-sama berbuka puasa. Selepas tu sembahyang hajat berjemaah juga.

Walaupun tak dapat bersama-sama dengan cikgu-cikgu Haqim dan juga mak ayah yang datang, saya tetap berdoa siang dan malam supaya dalam peperiksaan kali ni dia akan berjaya sepertimana yang semua mak ayah mahukan. Insyaallah...

Friday, August 20, 2010

E-learning

Kalau kita nak belajar bahasa-bahasa utama di dunia kebanyakkannya memang dah ada termasukla bahasa Indonesia. Cuma kalau nak belajar bahasa Melayu secara online buat masa ni memang tak ada lagi.

Nak dipendekkan cerita, sekarang saya dan Mardian (tak lama lagi akan dapat pangkat doktor sebab tesis Phd dia dah siap buat pembetulan) telah dipanggil oleh DBP untuk terlibat dengan projek ini. jadi sekarang ni semuanya masih lagi dalam peringkat awal.

Bekerjasama dengan Mardian memang menyeronokkan sebab pengalamannya luas. Sebelum ni saya pernah berjumpa dengannya di ATMA. Sekarang dia dah bekerja di Uniten.

Insyaallah kalau projek ini siap, ia akan membantu ramai peminat bahasa Melayu yang berminat untuk menggunakan  dan mempelajari bahasa Melayu. Harap-harap tak ada orang yang akan mempertikaikan penglibatan saya dalam kerja-kerja ini...

Santun berbahasa

Sebabkan nak tukar angin, saya bawa student saya ke CILLC. Tempat ni ialah pusat sumber di CELPAD. Apa lagi dorang suka aje la. Saya plan selain memperkenalkan tempat tu pada dorang, saya juga nak mereka semua tengok dokumentari tentang Tun Mahathir. 

Oleh sebab semua pun baru pertama kali masuk, jadi tak tahu la peraturan nak masuk. Beg tak boleh nak bawa masuk dan mesti tinggalkan kad matrik. Apa lagi jadi bahan kemarahan la staff yang bertugas di kaunter tu. Apa yang saya tak sedap hati ialah hampir semua student saya ditegur secara kasar. Maka bermulakah bunga-bunga kemarahan di hati saya...

Esoknya, saya tempah juga tempat untuk kelas saya yang lain. Kali ni saya pula yang silap. Sepatutnya saya tempah pukul 12-1 tapi saya tak perasan telah tempah pukul 11-12. Jadi bila sampai memang macam saya dah lewat sejam dan  masa yang saya sampai tu pun dah ada orang yang guna bilik tu.

Asalnya saya tak la marah sangat tapi disebabkan kakak masam tu (ini  nama yang saya bagi sebab muka dia memang masam dan tak ada budi bahasa) membebel dekat saya jadi apa lagi saya pun teruslah naik angin dekat kaunter tu jugak.

Saya kata kalau nak tegur cakap elok-elok dan payah nak marah-marah. Dia pulak kata bila pulak dia marah. Saya kata kalau tak marah tak ada la sampai dekat semua student saya dari tiga kelas komplen kata kakak masam tu tegur dorang. Lepas tu mula la dia kata kenapa semua orang asik nak marahkan orang  admin aje. Yang lagi best tu masa dia tengah syok-syok membebel dekat saya kata sepatutnya saya sampai awal dan kalau sampai lambat 15 minit student boleh keluar bla bla bla,saya dengan lagi bestnya selamba jalan je keluar dari situ dan dia dengan membelonya membebel la kat situ sorang-sorang.

Dah tak dapat masuk viewing room satu hal, pas tu dia kata semua student saya tak boleh masuk sebab tempat semua dah penuh. Saya yang memang tengah angin masa masuk balik tanyalah dekat sorang lagi staff boleh tak kalau student saya masuk, dia kata nanti nak kena tanya kakak masam tu. Apa lagi meluap-luap la saya lagi. Saya kata tak payah nak tanya dia, bukan dia punya tempat pun.

Lepas tu saya suruh semua student saya yang terkulat-kulat tak tahu apa ni masuk je. Kita orang bincang-bincang hal nak buat assignment dan macam-macam lagi la benda. Tak lama lepas tu sebab malas nak mangadap muka masam tu, saya pun teruslah kelaur.

Saya bukannya marah apa sangat tapi kalau dah duduk dekat kaunter dan berurusan dengan orang jadi muka dengan bahasa tu kenalah elok sikit. Kalau muka tak elok tapi ada budi bahasa memang orang dah tak nampak muka tu tapi kalau dah muka tak elok tambah lagi dengan tak ada budi bahasa, memang tak ada apa-apa lagi la yang tinggal. Betul la cakap student saya, kakak masam tu memang kena ambik course menggunakan bahasa berhemah dan santun berbahasa.

Wednesday, August 18, 2010

Hidup Singkat Masa Terhad

Macam ni la lebih kurang setiap hari saya kena tempuh

Betul-betul buang masa kalau jem macam ni
Saya bangun pukul 5 untuk sahur. Dah habis sahur selalunya tak tidur balik. Jadi saya akan bukak komputer untuk check email, update blog, check fb dan sambung kerja-kerja tertangguh sampailah azan subuh dan bersiap-siap untuk pergi kerja.

Keluar rumah hantar Hanan dan Kina ke sekolah agama. Perjalanan selalunya sekarang akan ambil masa dalam satu jam setengah sebab dekat Pandan dorang tengah plan nak buat alternatif untuk uraikan kesesakan yang memang dah nazak dekat area tu.

Lepas dah separuh stress, saya dengan bersusah payah tercangak-cangak la pulak cari parking sebab semua orang termasuk student  akan main parking je walaupun tempat tu dah ditulis untuk staff. Saya pulak kalau dah darurat akan bedal je masuk dekat parking yang tertulis 'profesor' dan lepas tu dapatlah surat cinta. Hehe...jangan marah ye prof...

Masuk kelas akan tergesa-gesa sebab selalunya sampai memang ngam-ngam. Student semuanya dah faham tapi ada jugak saya lambat dan dorang dengan gembiranya akan isytiharkan hari tu sebagai cuti bonus.

Dalam seminggu saya kena mengajar 18 jam untuk 4 hari. Masa free hanyalah 1 jam sahaja dan lepas tu adakelas berturut-turut balik dan biasanya saya akan tergesa-gesa juga sebab antara satu kelas dengan kelas yang lain kadang-kadang akan ambil masa dekat 15 minit berjalan!

Masa lunch yang cuma satu jam pun selalunya hanya cukup-cukup nak sembahyang dan buat kerja sikit-sikit je dan sebab tu la selalunya memang tak ada harapan nak makan tengah hari. Sedar-sedar petang tu perut dah bunyi-bunyi dan baru tahu rupa-rupanya tadi lupa nak makan...So sekarang sebab puasa jadi senanglah sikit tak payah susah-susah nak kena cari makan.

Perjalanan balik pulak lebih kurang samalah macam nak datang tadi dan kadang-kadang lebih teruk lagi. Setiap hari ada kelas petang jadi saya akan sampai rumah pun lewat jugak.

Sampai je rumah selalunya memang dah asar ataupun lepas asar. Mandi dan bersiap nak masak untuk berbuka pulak. Bila dah sudah masak masa pun dah tak lama lagi nak berbuka. Lepas aje berbuka terus bersiap-siap nak ke surau pulak. Balik je dari surau memang terlepek la kat rumah. Kadang-kadang berjaya sambung kerja-kerja tapi kadang-kadang kecundang. Tapi disebabkan Maryam dan Husna memang rutin tidur siang jadi memang tak ada harapanlah nak tidur awal. Terpaksa la tunggu dorang dan layan dorang sampai dorang ngantuk dan letih.

Bila dah dapat tidur malam tu memang asyik terjaga aje sebab kalau tak Husna mesti Maryam yang akan tendang-tendang sebab semuanya tidur sekatil kan. Last-last sayalah yang mengalah tidur kat bawah aje...

Hmmm....memang padat perjalanan hidup saya dalam satu hari. Agaknya orang lain macamana ek? Entah-entah lagi teruk daripada saya ataupun lebih baik...

Kalau kita gagal merancang bermakna kita merancang untuk gagal....betullah agaknya kan....

Saturday, August 14, 2010

Berbuka Secara Sederhana

Ni aje kt org makan. Pecal mmg fav.
Setakat semalam semasa berbuka, saya masih lagi belum ke Bazar Ramadan. Suspen nak pegi sebab takut nanti terborong makanan yang akhirnya tak ada sesiapa yang nak habiskan melainkan saya. Dalam rumah saya pun hanya setakat saya dan Alfiyah aje yang orang besarnya. Haqim biasanya akan makan makanan yang dia suka aje. Hanan dan Kina pulak bukan kisahkan lauk sangat. Asalkan ada kuah yang dorang suka jadi semuanya dah kira ok. Samalah jugak dengan Husna dan Maryam. Jadi saya suruh Alfiyah masak ala kadar aje supaya tak membazir.
Menu ayam masak tomato antara fav anak-anak saya


Strawberry ni Zuber tolong beli kat Cameron
Popia goreng home made
Biasanya menu untuk berbuka pun simple je. Kalau boleh biar habis makan masa berbuka tu jugak. Sahur selalunya bukanlah makan banyak sangat.

Hmm..hari ni Huda ngan Azlan nak datang berbuka di rumah. Mungkin masak ikan masam manis dan try nak buat kuih seri muka yang macam mak buat. Along kata dia dah terer sebab rasa macam mak buat. Saya pun nak cubalah. Mana tahu jadi macam yang mak buat jugak. Thee....

Friday, August 13, 2010

Harga tiket dah mahal

Semalam tiba-tiba rasa nak tengok tiket Airasia dari Bintulu ke KL. Punyalah terkejut saya sebab harganya sampai RM600 ++. Apa lagi dengan terkejutnya saya terus telefon suami saya. Dia pun sama la jugak terkejut sebab untuk pergi dan balik sahaja untuk hari raya dah mencecah dekat RM1000 ++. Eh gila ke apa!!
Ye lah mentang-mentang la masa tu semua orang memang nak balik beraya ke Semenanjung jadi digandakan harganya sampai macam tu sekali walhal kalau hari yang tak ada apa-apa raya pun hanyalah dalam RM100 ++ je.

Nasib baik suami saya ada lagi satu alternatif iaitu naik dari Bintulu ke Kuching dan dari Kuching ke Kuala Lumpur. Bila saya tengok balik memang harganya jauh lagi murah sampai lebih separuh dapat jimat. Untuk MAS pulak memang awal-awal lagi dah habis pada masa-masa orang sibuk nak  balik beraya tu. Maknanya memang ramai la orang Semenajung yang duduk sana dan nak balik beraya ke Semenajung sampaikan satu kapal terbang habis penuh diborong.

Nasib baiklah jugak ada alternatif lain kalau tak harus ada orang beraya kat  hutan belantara gamaknya...

Thursday, August 12, 2010

Hanan lepas Kina kantoi

Ni masa Hanan 3 tahun dan Kina 2 tahun
Semalam dah selamat puasa pertama. Saya suruh Alfiyah buat ayam percik. Mula-mula bakar dulu ayam dan lepas tu baru buat kuahnya. Resepi kuah percik ni dari cara yang mak saya buat. Disebabkan dah lama masak benda yang sama jadi Alfiyah dah makin pandai buat percik sampaikan ayah saya pun suka mengalahkan orang dapur dia masak.hehhehe...Oleh sebab pisang tak ada jadi saya cuma beli karipap frozen dan goreng.

Masa balik sekolah Hanan dengan penatnya bagitahu betapa tak bermayanya dia. Tiba-tiba pun sampai dengan muka berseri-seri dan ceria. Hmm.. apa lagi dah dengan selamat bukak puasa kat sekolah dia la...Dia kata dia tak tahan tengok kawan dia minum air depan dia pas tu dengan dia-dia pun sama join the club.

Saya pun dengan penuh sabarnya tetap jugak mengugut dia kalau dia bukak jugak puasa esok memang siap la dia..Jadi berakhirlah puasa hari pertama yang bermula dengan 5 orang berpuasa tapi berakhir dengan 4 orang sahaja yang berbuka puasa...

Wednesday, August 11, 2010

Giveaway from Craft Merah Jambu

harap-harap sayalah pemenang kali ini

Lepas bersahur, saya saja jalan-jalan nak tengok blog orang lain. Terjumpa blog ini yang sedang buat giveaway. Saya rasa nama blog ini sangat cute sebab bagi saya warna ini selalunya menggambarkan orang-orang yang sukakan perkara-perkara yang cantik dalam hidupnya. Kebanyakan hasil kerja tangan pemilik blog ini juga cantik-cantik kerana nampakanya dia bekerja dari naluri hatinya maka semuanya akan terserlah melalui hasil kerjanya juga. Kalau nak jalan-jalan dan singgah di blog yang saya lawat ini bolehlah ke http://craftmerahjambu.blogspot.com/. Harap-harap saya akan terpilih untuk menjadi antara pemenang pertama dalam giveaway kali ini.

Tuesday, August 10, 2010

Giveaway

Butterfly card
Cantik tak kad-kad di atas? Cantik kan. Saya sangat sukakan idea dan kreativiti Lin dalam setiap kad yang dibuatnya. Pada pendapat saya hanya orang yang betul-betul meminati bidang ini akan dapat menghasilkan kad yang sebegini cantik. Saya pasti sesiapa yang melihatnya untuk kali yang pertama akan tanpa ragu-ragu bersetuju dengan pendapat saya. Kalau nak tengok lagi hasil kerja Lin bolehlah singgah, jenguk dan belek-belek di blog Lin di http://azlina-lin.blogspot.com/.

Dalam masa yang sama mungkin saya atau sesiapa yang membaca tulisan saya ini akan menang dan dapat kad seperti yang saya sertakan di sini. Selamat mencuba dan banyak-banyak berdoa. Mana tahu rezeki bulan ramadan dapat kad butterfly tu!

Ihya Ramadan

Bulan puasa datang lagi. Saya beriltizam semoga ramadan kali ini akan menjadi ramadan terbaik buat saya.

Saturday, August 7, 2010

Cool Mom Super Dad

Buku karya pertamanya

Bersama Puan Jamilah selepas selesai sesi
Semalam di CILLC ada sesi perjumpaan bersama-sama penulis buku Cool Mum Super Dad. Kini buku-bukunya telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu. Pada mulanya saya kurang kenal dengan penulis ini kerana tidak  berpeluang untuk membaca buku-bukunya walaupun saya pernah melihat hasil karyanya. Sesi kami bermula agak terlewat daripada yang dijadualkan kerana muncul masalah-masalah kecil. Namun begitu semuanya berakhir dengan baik hasil kerjasama semua.

Kedatangan Puan Jamilah Samian bukanlah untuk berkongsi tips menulis buku mahupun mmepromosi buku-bukunya tapi lebih kepada memotivasikan kami yang hadir pada hari itu. Beliau telah lama berhenti bekerja dan menumpukan sepenuh masa mendidik kesemua enam orang anak-anaknya di samping menjadi penulis. Hasil karyanya dikutip sendiri daripada setiap pengalamannya sebagai ibu kepada 5 orang anak lelaki dan juga seorang perempuan.

Kedatangan beliau sebenarnya ialah kerana beliau sudi berkongsi kaedah, cara untuk kami semua keluar dari kotak pemikiran lama dan  usang untuk kembali menjadi diri yang baru bersama-sama cara berfikir yang lebih kehadapan. Apa yang tambah mengkagumkan saya ialah beliau memberikan maklumat yang selama ini saya percaya betul tetapi hakikatnya telahpun lama berubah yang tak sedar dan tahu pun. Sebagai contohnya, kajian berkaitan dengan proses perkembangan otak. Selama yang saya tahu dan belajar, otak kita akan pesat berkembang pada tahap-tahap usia tertentu dan pada sekian-sekian masa akan berhenti berkembang. Fakta ini sebenarnya telah lama berubah kerana hasil kajian sanintis terkini menyatakan bahawa otak akan tetap berkembang selagi kita menggunakannya dan cara untuk memesatkan lagi pertumbuhan dan perkembangan otak ialah dengan mempelajari perkara-perkara baru dalam hidup kita. Memang betul dan tepat sekali hasil penemuan terkini ini.

Saya begitu obses dengan apa-apa jua yang berkaitan dengan self-help kerana bagi saya ianya merupakan guru yang mujarab kala kita begitu sangat memerlukan bantuan. Jadi kedatangan Puan Jamilah sangat kena dengan apa yang saya cari dan pentingkan dalam hidup.

Saya tak sangka pada hari kedatangan saya ke tempat kerja yang bermula dengan kemalasan dan kehambaran berakhir dengan pengisisan yang betul-betul membantu saya. Terima kasih yang tak terhingga kepada Puan Jamilah.

Maryam potong rambut

Masa potong rambut tu diam aje
Lega tengok rambut tak tutup mata lagi
Rambut Maryam dah panjang sampai tutup mata tapi sebab saya asyik balik lambat dan selalunya juga terlupa menyebabkan tertangguh nak potong rambut dia. Pagi tadi lepas hantar Alfiyah bercuti saya bawak di pegi potong rambut dekat seksyen 4. Sekejap aje dikerjakan rambut Maryam dan kena bayat RM5. Boleh la. Jadi dapatlah Maryam dengan new hair style walaupun tak banyak dapat diubah sebab rambut dia taklah panjang dan banyak sangat.

Friday, August 6, 2010

Hypnotise

Semalam masa jumpa kak Ija ada satu perkara lagi yang dia kongsi bersama-sama saya. Ia berkaitan dengan kawan kak Ija yang telah berjaya menghipnosis anaknya sendiri. Bagaimana caranya? dan apakah hipnosis itu sendiri?

Hipnosis merupakan kaedah di bawah sedar ataupun cara untuk kita mengubah sikap seseorang itu. Kaedah ini telah banyak dibincangkan oleh pakar motivasi dalam ataupun luar negara sebelum-sebelum ini. Secara ringkasnya kaedah ini merupakan cara kita mengarahkan minda di bawah sedar kita untuk melakukakan apa jua tindakan ataupun apa-apa pun perkara yang kita mahukan. Memang perkara ini boleh dipraktikkan.

Berbalik pada kisah kawan kak Ija tadi, apa yang telah berjaya dia lakukan ialah dia telah menghipnosis anaknya selama seminggu secara berterusan. Semasa proses ini berlaku, anaknya ada masa seminggu sahaja lagi untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hasilnya, anaknya yang selama ini pernah gagal dalam mata pelajaran matematik tambahan dan juga matematik moden, telah berjaya mendapat keputusan cemerlang! A2 untuk matematik tambahan dan A1 untuk matematik moden. Macam tak percaya kan. Tapi itulah yang berlaku.

Caranya mudah sahaja. Semasa anak tengah tidur, cakaplah apa-apa sahaja yang kita mahu dia jadi. Kita nak dia rajin belajar, dengar cakap kita, rajin sembahyang, mengaji Quran, apa-apa saja. Insyaallah semuanya boleh kita lakukakan. Ini kerana minda bawah sedarnya akan memberi arahan kepada minda sedar untuk membuat semua tindakan yang telah kita minta yang telah sedia terakam semasa dia tidur tadi. Mungkin kita tertanya-tanya anak boleh dengar ke masa dia tidur, saya pun tak tahu.

Tapi Dr Fadzillah Kamsah pun cakap perkara yang sama jugak. Dia kata waktu anak nak tidur tulah waktu paling sesuai untuk menasihati anak. Ini kerana pada waktu itu otak akan menerima sahaja apa ayat-ayat terakhir yang diterima dan kalau dilakukan berulang-kali, hasil yang kita mahukan akan terhasil.

Macam senang kan. Tapi percaya atau tidak malam tadi saya dah cuba kepada Hanan. Hanan ni memang susah kalau nak kejutkan bangun pagi. Jadi malam tadi masa dia dah tidur, saya pun pegilah kat dia dan cakap, nanti pagi esok kalau mama kejut Hanan terus bangun ye. Ajaibnya pagi tadi lepas saya kejut dia terus bangun dan mandi tanpa membuang masa. Hehehe...berkesan rupa-rupanya...

Thursday, August 5, 2010

Kak Ija dan Kak Pah

Ni masa makan dekat Mid Valley. Dari kiri Liza, saya, akak, OT dan kak Ija
Selepas beberapa ketika tak berjumpa, petang tadi dapat juga berjumpa kak Ija. Masa akak konvo hari tu kak Ija tak dapat datang dan dia pun tak baca event yang saya tulis dalam fb. Jadi lepas kelas dan selepas balik dari berjumpa client, kami pun berjumpa di Supremo Coffee and Donut yang tak jauh dari rumah saya.

Sebabkan dah tak lama tak jumpa jadi saya ni tertinggal banyak perkara. Apa yang menariknya, kak Ija tak pasal-dapat berjumpa dengan Sharifah Aini!

Ceritanya begini.

Tak pasal-pasal satu hari kak Ija tertengok tv yang ada bagitahu pasal Sharifah Aini (kak Pah) nak buat satu majlis amal untuk anak-anak yatim. Tak penah-penah sebelum ambik hal tiba-tiba kak Ija tertarik pulak nak ambik no telefon yang tertera. Jadi kak Ija terus call dan dijawab oleh pembantu kak Pah. Kebetulan ada lagi tempat jadi kak Ija dan Hamidin pun pergilah kesana. Tujuan asal di samping beramal dan menderma kepada anak-anak yatim, kak Ija nak tengok kak Pah nyanyi la malam tu. Habis satu hal.

Satu hari tanpa diduga kak Ija mendapat call dari pembantu kak Pah. Kak Pah dengan baik hatinya telah menjemput beberapa tetamu perempuan (terpilih,dalam 16 orang dari majlis amal tersebut) untuk berjumpa sambil minum petang dengannya. Apa lagi meloncatlah kak Ija. Majlis dibuat di Palace of the Golden Horses. Kak Ija bagitahu kak Pah tersangat la ok orangnya dan kita tanyala apa saja dan dia akan jawab, termasuk hal-hal Datuk Darling. Hehehe...Habis satu hal.

Selang beberapa bulan kak Ija dapat lagisatu call. Kali ni untuk meraikan majlis hari jadi kak Pah pulak kat Concorde. Apa lagi kak Ija ambik kesempatan untuk bawak Hamidin sekali la. Sebabkan kak Pah ni baik dan pandai mengambil hati tetamu dia, jadi dia cuba melayan semua tetamu dari meja ke meja. Masa sampai dekat meja kak Ija, kawan-kawan dalam satu meja tu apa lagi dengan beraninya mintak nak datang rumah kak Pah. Yang lagi bestnya kak Pah bukan sahaja setuju tapi sanggup nak masak sendiri. Dia siap janji lagi nak jemput semua masa bulan puasa nanti. Waa...bestnya...Saya pun apa lagi ternganga ajelah mulut dengar cite kak Ija.

Lagi satu perkara yang saya rasa best pasal kak Pah ni ialah pasal anak dia. Dia kata dia ada sorang je anak jadi dia harap anak dia akan jadi anak-anak yang baik. Sekarang anak dia sedang belajar dekat Madinah. Dia kata kalau esok-esok anak dia dah tahfiz, sekurang-kurangnya dapatlah jugak dia tumpang sama.

Yelah kan walaupun dia macam tu, tapi sekurang-kurangnya dia dapat didik anak dia supaya tak jadi macam dia dan dia berjaya, insyaallah menjadikan anak dia anak yang soleh.

Itu ajelah kisah pasal kak Ija dan kawan baru dia kak Pah.

Tuesday, August 3, 2010

Teater Hikayat Mencari Jodoh

Salah satu babak yang menghiburkan

Babak awal pementasan. Di depan sekali ialah Tok Dalang selaku tukang cerita
Siang saya ke konvo akak dan malam tu pulak saya kena berada di UIAM sebab saya dan dua kelas kejuruteraan saya bercadang menonton persembahan teater sempena minggu teater yang sedang berlangsung ketika itu. Kebanyakan pelajar saya tak pernah menonton teater. Di akhir persembahan rata-rata terhibur dengan teater ini.

Teater ini dilakonkan oleh pelajar-pelajar berbakat dari UIAM sendiri. Secara ringkas kisahnya berkisar perihal seorang lelaki yang mencari cinta daripada kekasih hatinya. Dalam perjalanan mencari cinta itu, dia bertemu dengan pelbagai dugaan yang akhirnya tanpa disedari cinta yang dicari rupa-rupanya ada di depan mata.

Saya bagi 3 bintang untuk pementasan ini. Ada ruang untuk penambahbaikan pada masa-masa akan datang.

Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya

Friends forever

Lunch di Hilton selepas semua selesai

Sempat bergambar sebelum semua graduan keluar

Beli bunga di luar DTC

Bergambar di dalam DTC
Baru-baru ni seorang rakan rapat saya, kak Idah atau kami memanggilnya dengan gelaran akak, akhirnya berjaya dianugerahkan dengan Ijazah Doktor Falsafah. Saya dan juga Liza bersama-sama ot telah bersama-sama hadir untuk memeriahkan lagi majlis konvo ini.

Selepas hampir 10 tahun meninggalkan Dewan Tunku Canselor (DTC) sekali lagi saya menjejakkan kaki ke sini. Suasananya memang menyeronokkan apatah lagi apabila kami bertiga sahaja yang bersorak semasa akak mendapat skrolnya di pentas. Memang perangai macam budak-budak.

Apa yang tambah menarik dan meninggalkan kenangan manis ialah apabila Sultan Azlan Syah sendiri berhenti dan bertegur -sapa sambil berbual-bual dengan saya dan juga Liza semasa baginda berangkat untuk bergambar bersama-sama dengan semua graduan.  Jadi di sepanjang hari tu, selain daripada cerita akak, cerita inilah yang menjadi perbualan hangat kami semua.

Bila selesai semua ini, kami semua dibelanja makan tengah hari oleh Abg An di Hilton PJ. Selapas ni kami semua tunggu Liza la pulak untuk majlis konvo seterusnya...

Sunday, August 1, 2010

Tak dapat F50, Predator pun boleh la

Mula-mula kasut ini yang nak dibeli tapi dah tak ada saiz
Sebabkan demam Piala Dunia, Haqim berusaha mengumpul duit untuk membeli kasut bola idamannya. Dia berminat dengan kasut bola jenama Adidas keluaran terbaru. Modelnya ada empat iaitu F15, F20, F30 dan F50 (kalau tak silap la...). Dia dah tengok harganya iaitu RM150 jadi sejak hari itu dia mula mengumpul duit. Akhirnya dia berjaya menyimpan RM100 dan meminta sayalah yang menambah yang selebihnya.


Tengah hari tadi impiannya jadi kenyataan tapi disebabkan kasut F50 tak ada sazi, terpaksa la dia ambik aje apa-apa kasut yang ada untuk saiz kecil. Jadinya yang ada di kedai itu hanyalah Adidas Predator yang sama dipakai oleh Gerrad. Daripada tak  dapat langsung, Predator pun Predator la..

Akhirnya kasut inilah yang Haqim dapat cuma warna lain sikit
Kasut yang Messi pegang tu memang mahal la,harganya RM600 ++

Sukan SK Jalan 3

Haqim dengan hadiah tempat kedua
Sementara tunggu, saya bawak buku jadi tak la boring sangat
Kina dan kawan-kawannya dari rumah Pahlawan
Tahun depan Husna pun akan jadi warga SK Jalan 3 juga
Hari sukan sekolah anak-anak saya. Haqim masuk acara 4 x 100 dan dapat tempat kedua. Hanan langsung tak datang sebab katanya tak terpilih. Kin apulak datang untuk memeriahkan acara aje. Husna dengan rajinnya datang tapi lepas tu sibuk ajak balik sebab dah panas dan berpeluh-peluh. Saya pulak apa lagi jadilah penunggu sampai ke tengah hari barulah habis semua acara.