Tuesday, July 13, 2010

Husna dah pandai naik basikal




Husna masa 5 tahun


Petang tadi selepas suami saya membuang roda kecik pada basikal Husna (basikal turun temurun tu dari zaman Hanan lagi), apa lagi Husna dengan bertungkus lumusnya mencuba basikal dengan roda dua. Tak sangka cepat aje dia dapat. Bila tgk Husna dan pandai naik basikal tu mulalah Maryam start melalak sbb tak ada can la dia nak try2 lagi basikal kakak dia. Hmmm...mmg nampak gayanya terpaksa la saya beli pulak basikal utk Maryam. Jadi dengan itu menambahkan lagi koleksi basikal di rumah saya sebanyak 6 basikal. Wah,makcik kayo nampaknya saya!!

Monday, July 12, 2010

Semester baru

Hari ni bermula la semester baru. Saya dah lama tak mengajar semasa short semester baru2 ni sbb saja nak luangkan masa pada perkara2 lain seperti hal2 diri sendiri, hal anak2 dan macam2 hal yang tak boleh buat masa semester dah mula. Kiranya dari bulan April lagi la saya ni dah dok mcm goyang kaki.Macam boss besar la plak ek!

Kelas saya pulak dapat 18 jam!Hmmm...mmg la banyak...tapi tak apa sbb saya bekerja pun kerana Allah. Rezeki yang saya dapat tu la nak dibagi makan kepada anak2 saya yg seramai 5 orang tu. Belanja sekarang besar. Bukan macam dulu. Dulu saya ingat lagi, masa belanja ke sekolah mak bagi saya 10 sen sahaja.Ya, 10 sen sahaja...Saya boleh beli 4 perkara.Hehehe...mcm tak percaya kan. Semuanya harga murah sbb saya boleh beli keropok lekor pada harga 5 sen sahaja. Lagipun pada waktu dulu mana ada pandai2 nak beli mcm2.

Seperti semester lepas saya kena mengajar student dari pelbagai latar belakang. Maksud saya pelbagai pengkhususan dalam bidang pengajian. Pelajar2 saya ni ada mcm2 peel. Kalau pelajar Kulliyyah Engineering selalunya mereka pandai2 dari segi penggunaan komputer. Selalunya saya akan beri tema untuk setiap semester. Contohnya pada semester lepas saya beri tajuk Teknologi Masa Depan dan juga Teknologi Mesra Alam. Jadi terpulanglah pada mereka nak bentangkan tajuk apapun asalkan mendapat persetujuan daripada saya.

Jadi masing2 akan berusaha untuk mengemukakan tajuk2 yang boleh mendapat purata markah yang tinggi. Dari segi pemilihan bahan dan isi, penggunaan alatan audio, perisisan komputer memang boleh dikatakan mereka tak boleh kalah tapi dari segi penggunaan bahasa yang baik dan berstatus tinggi, saya masih tetap tidak berpuas hati sehingga ke hari ini jarang saya jumpa pelajar yang betul2 menguasai sepenuhnya bahasa mereka sendiri.

Pandangan mereka kalau sekadar tahu bercakap dalam bahasa Melayu itu sudah dikira pandai berkomunikasi. Bagi saya pula tidak begitu. Selagi mereka tidak tahu membezakan dan tidak mampu mneggunakan bahasa yang mencerminkan status pengajian mereka, mereka masih belum mampu lagi untuk mengusai bahasa dengan sepenuhnya.

Seperkara lagi yang penting ialah santun berbahasa. Kalau kita pandai menggunakan bahasa yang bersopan dan pandai dalam pemilihan kata yang tepat maka kita dapat berkomunikasi dengan baik. Itu antara pandangan saya sahaja.

Setiap pelajar saya selalunya cemerlang tapi ada juga beberapa kes yang menyebabkan mereka kecundang lantaran alpa dan lalai dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

Saya berharap semester ini saya akan berjumpa dengan pelajar yang cemerlang dan mampu mengusai kedua2 disiplin iaitu mampu mengusai bahasa lisan dan tulisan dengan cemerlang.

Saturday, July 10, 2010

Kelas Menjahit Manik




Selepas tertinggal dua kali kelas, akhirnya hari ini saya dapat juga saya pergi ke kelas yang dianjurkan oleh Muzium Tekstil. Sebenarnya semua aktiviti ini diselenggara oleh sahabat baik saya Darniza yang kami senang memanggilnya dengan nama manja OT sahaja.

Kebetulan hari ini tak ramai yang dapat hadir kerana pelbagai urusan jadi cikgu yang menunjuk ajar kami dapat memberikan sedikit tumpuan di dalam kelas yang kecil. Saya dan Liza bersungguh2 menjahit walaupun kami masih lagi bertatih2. Harapan sungguh besar iaitu nak menjahit pada baju sendiri dan menunjuk pada kak Senah yang konon2nya kami ni dah pandai menjahit manik tapi nampaknya perjalanan kami masih lagi panjang...

Saturday, July 3, 2010

Buku Adab Belajar

Buku Adab Belajar ni mcm report card la kalau masa zaman2 saya sekolah dulu. Jadi hari ni hari pengambilan repord card di sekolah anak2 saya. Disebabkan tahun ini ada 3 orang anak saya yang bersekolah di sekolah rendah, jadi saya terpaksa membahagikan masa secara sama rata untuk kesemua anak2 saya. Secara adilnya saya bermula dengan ke kelas Haqim dulu sebab dia yang paling tua. Semasa dalam perjalanan ke sekolah dia telahpun meminta maaf kepada saya dan berterus-terang dengan saya berkaitan markahnya dalam peperiksaan baru2 ini yang agak teruk. Sebenarnya saya dah boleh rasa cumanya saya mahu dia sendiri berterus-terang dengan saya.

Walaupun hari masih lagi pagi, kawasan di persekitaran sekolah telah penuh sesak dengan kenderaan ibu bapa yang turut datang untuk mengambil buku adab belajar anak masing2. Mujur saya berjaya memboloskan diri untuk mendapatkan ruangan parking. Sampai di kelas Haqim memanglah telah saya jangka, markahnya tidaklah begitu memberangsangkan. Beberapa pelajaran perlu diberi penekanan yang lebih menurut pendapat guru kelasnya. Saya agak kecewa dengan pencapaian Haqim dan bertambah bimbang kerana peperiksaannya kurang 2 bulan sahaja lagi.

Selesai di situ, saya ke kelas Hanan pula dan kemudian ke kelas Kina. Kedua-dua adik-beradik ini nyata tidak membimbangkan saya kerana memperoleh gred yang boleh saya banggakan. Sekarang tumpuan saya hanyalah pada Haqim seorang. Saya tak begitu mengharapkan dia mendapat seperti yang saya impikan tetapi memadai mendapat hasil yang dia sendiri boleh banggakan kerana ini semua kelak akan membantunya membina jati diri dan keazaman untuk belajar dengan lebih gigih lagi.

Saya dulupun bukanlah seorang pelajar yang cemerlang semasa di bangku sekolah. Saya sebenarnya tidak tahu cara ataupun dalam perkataan yang lain tidak ada kesedaran untuk belajar sehinggalah saya berada di tingkatan 4. Bunyinya kedengaran agak pelik tapi itulah hakikat perjalanan saya semasa berada di alam persekolahan. Apa yang pasti kejayaan saya bukanlah semata-mata usaha gigih saya tetapi yang paling banyak membantu dan mendorong dari belakang tanpa kira penat lelah ialah ibu bapa saya sendiri. Tanpa doa berpanjangan daripada mereka berdua mana mungkin saya mengecapi apa yang saya hirup sekarang. Budi, jasa mereka tidak ada apa2 pun yang mungkin mampu membalas dan menebusnya semula.

Saya akan lakukan apa yang kedua ibu bapa saya telah turunkan. Mungkin Haqim kurang cemerlang sekarang, tapi insyaallah berkat usaha dan kesedarannya kelak,dia pasti akan tahu betapa manisnya melalui satu perjalanan yang dinamakan kejayaan.

Friday, July 2, 2010

Nasi Lemak Bungkus




Saya bercita-cita bangun awal dan memasak nasi lemak dan membungkusnya untuk dihantar ke masjid pada waktu sembahyang subuh. Hajat dan harapan di hati sangatlah murni dan besar,tapi seperti biasa akibat tidur pukul 3 pagi maka saya terlambat la bangun untuk mengejar sebelum azan subuh berkumandang.Tapi semua itu tidaklah lagi mematahkan semangat waja saya kerana sebaik bangun saya dan Alfiyah terus melaksanakan juga agenda kami untuk memasak nasi lemak. Daun pisang semuanya sudah siap diambil. Saya pun memulakan acara memasak sambal ikut resepi biras saya,Nora yang mmg berpengalaman luas memasak dan berniaga nasi lemak.

Pada mulanya saya berniat membungkus beberapa sahaja untuk rakan-rakan saya di CELPAD tapi memandankan hari ini jatuh hari jadi Hanan jadi saya rasa elok juga kalau saya menjamu kawan2 Hanan di sekolah agama. Kalau ingin memberi kawan2 Hanan bermakna saya juga perlu memberi dan menjamu kawan Kina juga. Jadi saya terpaksa membungkus kesemuanya berjumlah 35 bungkus.

Disebabkan tiada pengalaman memasak dalam jumlah yang banyak saya sekadar mengarahkan Alfiyah memasak sebanyak 8 pot nasi sahaja. Tetapi sebaik dibungkus, jumlah nasinya tidak cukup untuk kawan2 Kina. Apa lagi, Alfiyah terpaksa lagi sekali memotong kelapa dan memesinnya kerana kami terpaksa memasak semula nasi yang memang cukup2 untuk 20 bungkus sahaja. Nampak gayanya memang saya terpaksa beli periuk besar lah lepas ni...

Thursday, July 1, 2010

Birthday Hanan

Esok birthday hanan yg ke-9.Sblm balik ke rumah, saya singgah di Giant Taman Permata utk membeli keknya. Selalunya saya ikut mana sempat je nak beli kek ni.Masa birthday Kina dan kalau tak silap masa birthday Husna pun saya beli di kedai kek di seksyen 7, tapi kek tu tak la sedap mana pun.keknya keras wp anak2 saya suka aje rasa coklatnya. Nak beli di Secret Recepi punyalah mahal satu kek tu aje.Lagipun dah jemu rasa keknya kadang2 cepat muak.Jadi susah betul la nak beli kek yang memuaskan hati saya. Last2 beli aje la kat Giant tu.
Masa sampai di situ saya lihat ada seorang pakcik yang memang dah lama saya cam kerja di situ. Orangnya dah agak tua,rambutnya beruban hampir putih semua kepalanya dan badannya sedikit cacat. Hati saya belas lihat keadaannya. Berapalah agaknya gaji yang dia dapat. Kerjanya hanyalah mengatur troli2 yg dah digunakan oleh pelanggan yg membeli-belah di situ. Agaknya di manalah dia tinggal.Berapa orang anaknya? Sambil berfikir2 saya pun terus berlalu dari situ.
Saya terus ke bahagian kek. Ada satu sahaja kek yg beratnya 1 kg.Kek2 yang lain semuanya kecik2. Saya pun membayar RM47.Boleh la tahan.Tak la mahal sangat dan yang penting harap2 memang sedap...
Sebelum keluar dr situ, saya tgk duit saya. Saya keluarkan sikit dan lipat kecik2 dan masukkan dalam kertas dan lipat lagi. Pakcik tadi masih ada di depan pintu masuk. Saya pergi dekat sikit dan terus menegurnya.

Saya : Pakcik,....esok hari jadi anak saya.....jadi hari ni saya nak sedekah sikit kat pakcik.

Pakcik : ...ooo..ye ke.....@@##???%%##@....umur dia berapa?
Saya : Dia dah sembilan tahun.....Nanti pakcik tolong doakan dia ye...Tima kasih pakcik.

Pakcik : @@@#####!!!%%$#??.....tima kasih....

Saya pun terus pergi sambil tersenyum sensorang.Puasnya hati saya. Saya tak kenal pun dia. Dia pun tak tahu nama saya dan agaknya baru pertama kali tengok saya.Tapi hari ni mmg rezeki dia.Tuhan bagi dia rezeki melalui saya. Saya harap hidup dia diberkali sebagaimana saya nak hidup saya juga diberkati...

Tuesday, June 15, 2010

The Wedding

Akhirnya pada tanggal 12 Jun 2010 baby atau nama sebenarnya Nor Hafiza Shahira selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Nasaruddin selepas sama2 mengenali hati budi masing2. Saya selaku menantu sebenarnya tak banyak menolong untuk persiapan perkahwinan kali ini berbanding perkahwinan Huda pada bulan March lepas. Ini kerana hampir semua persiapan diuruskan sendiri oleh baby. Kak long pula membuat semua hantaran. Mak menguruskan hal2 yg lain seperti menjemput tetamu dekat dan jauh, menguruskan makanan dan jamuan dan sebagainya. Persiapan di dewan dilakukan oleh pihak pengurusan dewan walaupun selepas majlis berakhir banyak sungutan yang disuarakan oleh kebanyakan daripada ahli2 keluarga yg lain.

Perkahwinan ini bagi saya berjalan dengan baik walaupun di sana sini memang terdapat beberapa kekurangan tetapi bagi saya (yg kali ini agak tidak cerewet)majlis ini memuaskan hati jika dilihat secara keseluruhannya.Cuma satu sahaja yang agak berbeza dengan perkahwinan Huda iaitu mak ada menguruskan semua persiapan awal, ada untuk menyambut semua tetamu yang hadir dan ada untuk bergambar kenangan...

Thursday, June 10, 2010

Persiapan untuk perkahwinan

hari sabtu nnti akan ada perkahwinan adik sazli. ini perkahwinan yang terakhir dalam keluarga mertua saya.