Saya bercita-cita bangun awal dan memasak nasi lemak dan membungkusnya untuk dihantar ke masjid pada waktu sembahyang subuh. Hajat dan harapan di hati sangatlah murni dan besar,tapi seperti biasa akibat tidur pukul 3 pagi maka saya terlambat la bangun untuk mengejar sebelum azan subuh berkumandang.Tapi semua itu tidaklah lagi mematahkan semangat waja saya kerana sebaik bangun saya dan Alfiyah terus melaksanakan juga agenda kami untuk memasak nasi lemak. Daun pisang semuanya sudah siap diambil. Saya pun memulakan acara memasak sambal ikut resepi biras saya,Nora yang mmg berpengalaman luas memasak dan berniaga nasi lemak.
Pada mulanya saya berniat membungkus beberapa sahaja untuk rakan-rakan saya di CELPAD tapi memandankan hari ini jatuh hari jadi Hanan jadi saya rasa elok juga kalau saya menjamu kawan2 Hanan di sekolah agama. Kalau ingin memberi kawan2 Hanan bermakna saya juga perlu memberi dan menjamu kawan Kina juga. Jadi saya terpaksa membungkus kesemuanya berjumlah 35 bungkus.
Disebabkan tiada pengalaman memasak dalam jumlah yang banyak saya sekadar mengarahkan Alfiyah memasak sebanyak 8 pot nasi sahaja. Tetapi sebaik dibungkus, jumlah nasinya tidak cukup untuk kawan2 Kina. Apa lagi, Alfiyah terpaksa lagi sekali memotong kelapa dan memesinnya kerana kami terpaksa memasak semula nasi yang memang cukup2 untuk 20 bungkus sahaja. Nampak gayanya memang saya terpaksa beli periuk besar lah lepas ni...
0 comments:
Post a Comment