Saturday, July 31, 2010

16 hari mencari Seri

Seri bersama mak angkat keduanya semasa sesi perjumpaan sementara

Seri seekor kucing. Tak tahu atas dasar apa,baru-baru ni semua kucing di tempat kerja saya semuanya telah diangkut dan dibuang daerah. Seorang sahabat saya, Alia (bukan nama sebenar) sangat obses dengan kucing dan kalau boleh dipanggil 'mak kucing, dialah orangnya. Ini kerana di rumahnya sahaja terdapat 37 ekor kucing! Memang cerita benar. Bagaimanapun semua kucingnya, saya ulang, semua kucingnya mendapat layanan mewah. Semuanya divaksin, diberi vitamin, mempunyai ruang bermain,ada ruang tidur,ada sangkar mengasah kreativiti,ada temujanji berjumpa doktor haiwan malahan kucing-kucing ini diberi makanan yang terlebih dahulu telah dikaji supaya tidak akan mendapat kesan jangka panjang iaitu penyakit kanser!

Hehehe...memang melucukan tetapi itulah hebatnya Alia yang tak pernah lagi saya jumpa dalam ramai-ramai saya berkawan. Sungguhpun Alia mempunyai peel sendiri tapi saya telah lama berkawan dengannya. Dia dan Nina,teman baiknya adalah antara rakan-rakan yang menziarah dan datang melawat kala kelahiran anak ke-4 dan ke-5 saya dan sudi berkongsi sedih semasa emak saya meninggal. Saya tak lupakan ingatan mereka pada saya semasa saya gembira mahupun sewaktu saya bersedih.

Berbalik pada kisah Seri tadi, selepas mendapat tahu Seri hilang kerana dibuang, maka bermulalah episod lara di hati Alia. Dia berusaha keras untuk menjejaki Seri seboleh mungkin. Alia yang mula tidak keruan mencari kontraktor yang bertanggungjawab semasa operasi membuang kucing dijalankan. Sebaik mendapat maklumat lokasi pembuangan kucing-kucing tersebut, Alia tanpa berlengah menggeledah semua lokasi yang dinyatakan sehinggakan tak mengenal siang dan juga malam. Walaupun mendapat reaksi serong pelbagai pihak, semua itu tidak dipedulikannya.

Akhirnya akibat buntu dan makin tertekan, seorang lagi emak angkat Seri, Zita (juga bukan nama sebenar) mencadangkan Alia membuat flyer supaya mudah menjejaki Seri. Alia yang terdesak bersetuju dengan cadangan bernas itu dan tanpa lengah membuat flyer dalam jumlah yang sangat banyak. Mujur gambar Seri berjaya dirakamkan sebelum tragedi hitam tersebut.

Sebaik flyer berjaya disiapkan, Alia sekali lagi bekerja keras menghantar setiap flyer tersebut di kawasan perumahan dan tempat-tempat yang disyaki. Dalam waktu yang sama, Alia juga tidak putus-putus berdoa, bersembahyang hajat memohon agar ditemukan kembali dengan kucing gelandangannya. Alia juga kerap bermimpi berjumpa dan bertemu dengan Seri kesan daripada ingatan dan kacau-bilau hidupnya akibat kehilangan Seri. Apa yang tambah menarik, Alia turut sama mengerah rakan-rakannya secara paksa rela untuk turut serta dalam operasi jejak kucing ini.

* akan bersambung lagi...

Bergelap



Smalam tak pasal-pasal fius box depan rumah terbakar. Apa lagi kami semua bergelap la sekejap. Masa tu barulah anak-anak saya tahu betapa pentingnya elektrik dalam hidup dorang semua.

Tuesday, July 27, 2010

Elite dan Jeri


Sekolah Haqim antara sekolah cemerlang dalam daerah di Selangor. Untuk kekal dalam kedudukan tersebut, sekolahnya telah merancang banyak program untuk murid-murid darjah 6. Salah satu program tersebut dipanggil Program Elite dan satu lagi dipanggil Program Jeri.

Apa yang menimbulkan persoalan saya ialah kedua-dua program itu berbeza.

Program Elite khusus untuk murid-murid yang guru sekolahnya jangkakan akan mendapat keputusan 5 A. Manakala program Jeri sebaliknyalah.

Semasa pertemuan ibu bapa murid-murid darjah 6 dengan guru-guru yang mengajar murid-murid darjah 6 ini pada awal tahun, ibu bapa telah dimaklumkan dan diyakinkan yang kedua-dua program ini tidak ada bezanya. Pembaharuan kononnya akan dilakukan pada tahun ini iaitu murid-murid yang akan mengikuti kedua-dua program tersebut akan dibawa untuk bermalam di tempat yang akan ditentukan kelak. Jadi, pada masa itu ibu bapa pun tak banyak soal sebab bagi mereka nama program sahaja berbeza, tetapi pengisiannya sama. Ini termasuklah juga saya.

Bagaimanapun keadaan tidak seperti yang dijanjikan. Baru-baru ini telah berlangsung program Jeri dan murid-murid yang dikenalpasti tidak akan membawa nama harum sekolah hanya sekadar diberi kursus tersebut di salah satu tempat yang tidak begitu glamour iaitu hanya sekadar di dewan MPOB berdekatan dengan kawasan tempat tinggal kami sahaja. Murid-murid ini tidaklah dibawa kemana-mana resort untuk bermalam seperti yang pernah dinyatakan oleh salah seorang guru kanan sekolah tersebut.

Manakala program Elite telah mendapat layanan yang berbeza. Bukan sahaja nama program tersebut terpampang di banner hadapan sekolah, tempat yang disediakan untuk murid-murid terpilih ini juga agak menarik iaitu di salah satu resort peranginan di Port Dickson.

Saya bukanlah kisahkan sangat tempat program tersebut diadakan. Apa yang menimbulkan rasa tak puas hati saya ialah bagaimana sekolah di peringkat rendah lagi telah tahu membezakan murid-muridnya. Memamg betul sekolah perlu menjaga nama baiknya tetapi pada pandangan saya, ada pendekatan lain yang wajar diambil supaya murid-murid yang ketinggalan, kurang cemerlang, tidak berkeyakinan tidak terus merasakan terkebelakang atau terpinggir oleh guru mereka sendiri.

Pemilihan nama juga haruslah tidak terlalu menonjol supaya murid-murid terpilih yang memang hebat tidak terdidik dengan amalan berbangga diri. Sifat rendah diri, bantu-membantu wajar diutamakan berbanding dengan sikap terlalu mengejar ranking sekolah.

Berapa ramai yang pernah kita dengar, baca dan tahu berkaitan sikap anak-anak yang pandai, berpendidikan, terpelajar tapi membiarkan ibu bapa tanpa penjagaan yang khusus. Pada waktu itu tidak gunanya lagi semua harta dan juga pangkat jikalau nasib kedua orang tua yang menyekolahkan kita dari kecil terbiar begitu sahaja tanpa pembelaan.

Sunday, July 25, 2010

17 minit seorang


Pagi tadi saya ke surau An-Nur di seksyen 1. Kebetulan dan sebab rezeki saya agaknya, penceramah hari ni ialah Dato' Dr. Harun Din.

Tajuk ceramahnya berkaitan ayat-ayat dan surah-suruh yang telah diturunkan terlebih dahulu supaya umat manusia takut akan dosa-dosa dan juga takut akan hari pembalasan. Jadi diceritakan beberapa peristiwa dari al-Quran akan betapa dahsyatnya dunia hancur dan lebur pada tamatnya riwayat alam ini.

Saya pasti dan yakin, muslimat yang mendengar kisah-kisah tersebut akan ketakutan dan insaf termasuk la juga saya.

Rupa-rupanya kisah yang nak disampaikan oleh dato' ini ada kaitan dengan keratan akhbar yang dibawanya. Ia berkaitan dengan kelahiran anak-anak yang diluar dari pernikahan yang jumlah sangat-sangat membimbangkan.

Menurut petikan akhbar tersebut, terdapat kira-kira 250 ribu anak-anak yang lahir tanpa bapa telah didaftarkan. Itu jumlah yang didaftarkan. Jumlah yang tidak didaftarkan pun hampir sama. Ini bermakna seolah-olah dalam tempoh 17 minit akan lahir seorang anak luar nikah. Jadi dalam jumlah kasarnya terdapat dalam anggaran setengah juta anak-anak yang dilahirkan tanpa bapa, tanpa nikah dan dalam status tidak sah taraf!

Satu kenyataan yang amat menakutkan!

Apa pula peranan kita?

“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah dirimu dan keluargamu dari azab api neraka."

Kembalilah kita kepada ajaran Islam yang sebenarnya...

Saturday, July 24, 2010

Pimp my ride


Sedih nak cakap tapi saya cakap juga.

Kereta saya punyalah tak cantik warnanya. Lepas kami cat baru beberapa tahun lalu di kedai cat Melayu, warna kereta saya bukan saja tak kekal, tapi tak tahan lama pun. Apatah lagi lepas suami saya terlanggar lori dan terpaksa tukar dua pintu kereta, menambahkan lagi la keparahan warnanya.

Hmmm....kalaulah dapat cat warna baru...

agaknya lompat gila-gila saya melebihkan dapat handbag baru lagi....hehe...(eh..ye ke...???)


Mencanting


Ni yang Hanan buat tadi

Hanan warnakan dengan berhati-hati
Na tak puas hati sangat dengan warna ni sebab tu dia buat yang lain pulak.
Sakina sangat bangga dengan corak batik yang diwarnakannya
Tempat masak lilin untuk mencanting


Sebabkan tersilap tgk peta, saya ingatkan Bengkel Pemantapan UPSR sekolah Haqim dibuat di Serdang,tapi rupa-rupanya di kawasan Bandar Baru Bangi sahaja. Punyalah membelo* sebab dah sampai dekat simpang nak pegi Pasar Borong Selangor pun. Jadi terpaksalah patah balik. Akibat daripada itu semua agenda lain untuk hari ini jadilah lambat...

Dekat pasar aje dah sekat sejam lebih. Itu pun belum makan pagi lagi. Bila balik rumah, nasib baik semua budak-budak tu dah mandi jadi terus ajelah bawak dorang ke Muzium Tekstil. Sampai sana, ada rombongan sekolah dua bas datang. Suasana di tempat mencanting tu agak kelam-kabutlah sikit.



Hanan dan Husna yang memang dah pernah datang minggu lepas, apa lagi terus memilih lukisan yang dorang nak untuk mewarna nanti. Sakina pulak yang memang hampir bercucuran air mata sebab tak pergi minggu lepas, dengan penuh halobanya ambik sampai 4 lukisan sebab nak cover balik yang dia tak datang minggu lepas.



Akhirnya, hari ni sahaja dorang bertiga sahaja bawak balik 10 corak batik pelbagai jenis rekaan sebagai hasil kerja seni dorang untuk kali ini. Itu pun masih tak puas hati dan ada hati nak ajak datang lagi minggu depan. Mujur jugak la acara ni dah tamat pada akhir bulan ni, kalau tak harusla mama dia la yang tak pasal2 ulang-alik ke muzium dah macam jadik sukarelawan la plak kat situ...

Friday, July 23, 2010

Bila Maryam demam


Selepas saya dah baik demam, Maryam pulak yang kena. Kesian bila tgk anak sendiri yang kena demam sbb dia dah la halus bila dah demam makin bertambah la kecik nampak badannya. Dalam masa yang sama, Hanan pun batuk. Husna dan Kina pulak selsema.

Mak saya penah cakap, biarlah sakit sekali sekala. Sepanjang hayat dah sihat, biarla rasa sakit pulak. Lagi satu mak saya cakap, kalau kita bersedekah, kita juga macam buang penyakit. Jadi kita digalakkan untuk selalu bersedekah jadi insyaallah penyakit kita pun akan pergi jugak.

Sekarang mak pun dah tak ada, jadi apa2 yang mak saya penah pesan selalunya saya akn turunkan pula pada anak2 saya. Selalunya dalam bentuk yang sama dan juga secara berulang2 jadi anak2 saya juga nnti akan ingat sampai bila2.

Lagi satu bila anak demam ni, mmg la penat sikit badan kita sbb terpaksa berjaga2 masa malam sbb takut nanti jadi apa2 pulak masa tengan syok2 tido tu. Jadi apa yang saya buat ialah saya akan berdoa dan tepuk2 sikit bantal tu. Macam pesan kat orang la kata nanti kejutkan saya supaya saya tak terlelap dan dapat check anak saya sama ada suhu badan dia panas ke tidak. Yang bestnya salunya keadaan ni jadi aje...saya mesti akan terbangun dan dapatlah jaga anak2 saya walaupun tido mmg tak cukup.

Sahabat Sejati



Saya beruntung kerana dalam hidup saya, saya memiliki sahabat2 yang telah lama saya kenal. Kami berkawan rapat sejak di peringkat universiti lagi. Sejak itu hubungan tak pernah putus walaupun kami tidaklah selalu berjumpa. Namun kami akan sedaya mungkin mencuri waktu untuk meluangkan juga masa untuk bersama.

Saya juga tidak berapa percaya dengan hubungan jarak jauh. Jarak jauh mmg menjauhkan jarak. Ada rakan2 saya yang mmg dulu rapat tetapi akibat dah lama tak berjumpa maka hubungan kami menjadi renggang.

Hubungan suami isteri jarak jauh juga saya tak akan sokong....

Walaupun usia saya dah hampir 40 tahun, separuh daripada hidup itu juga saya telah habiskan dengan mengenali rakan2 rapat saya...

Moga persahabatan kami kekal selamanya...sebab 'Friends are the most important ingredient in this recipe of life'.

Wednesday, July 21, 2010

Bila Sakit


Dah 4 hari saya batuk2 dan selsema. Doktor bagi mc 2 hari tapi saya dtg keja jugak pd hari kedua sbb nak buat keja kat ofis. Ada banyak keja yang nak kena submit. Bila dah sakit baru tahu susah kalau kita sorang2 jaga keluarga. Mcmana la ibu tunggal boleh jaga anak banyak2 dan anak2 dia berjaya pulak tu. Rasa2nya mmg tuhan permudahkan hidup dorang la kot.

Saya harap dapat cepat baik betul2. Kelas pun dah tak masuk. Padahal semester baru je nak mula. Student pun bersemangat nak belajar lagi. Insyaallah sakit akan hilang, sihat akan kembali...



Friday, July 16, 2010

Melepas geram


Macamana kalau kita nak melepaskan geram pada orang yang buat salah pada kita??

Memang rasa nak buat macam2 perkara aje asalkan dapat lepaskan geram....

Eeeeiiiiiiii......saya tengah beeeenggggaaaaannnnnnggggggg betoi la....

Tuhan selamatkan aku!!!

Thursday, July 15, 2010

Husna jatuh basikal



Kesian Husna baru je pandai dah jatuh masa naik basikal. Sampai berdarah lutut dan mulut dia...



Saya cakap, tak pe la Na, mama pun salu jatuh masa baru2 belajar dulu...



Dia pun tambah melalak dengan kuatnya...

Kasut untuk cikgu




Kelas saya pada satu2 masa punyalah jauh. Kadang2 kena bertolak awal dari bilik saya sbb perjalanan ambik masa 15 minit! Saya ni plak konon2 nak bergaya dan stylo pakaila high heels. Apa lagi bila sampai kat kelas mula la kebas2 kaki saya tapi nak cantik punya pasal, tanggung aje la.

Disebabkan dah tak tahan sangat jadi nampaknya tpaksa la saya korbankan nak bergaya2 sakan ni. Rasanya mmg la kena beli gak kasut yg selesa. Saya tgk kenkawan saya yang tpaksa berjalan jauh ke kelas selamba je pakai kasut rendah dan selesa. Dah la kami semua mmg kena galas buku yg kadang2 agak berat, jadi kan lebih elok pikir pasal keselesaan daripada nak bercantik2 sangat.

Jadi rancangan saya hujung minggu ni ialah nak beli kasut yg rendah skit tapi tetap jugak nak berstylo supaya perasan cantik nak pegi keja.hahaha....

Kelasku yang banyak...


Ni main campus IIUM di Gombak


Semester ni mmg tak cukup nafaslah nampak gayanya...saya diberi tugasan untuk mengajar selama 18 jam. Tu tak termasuk jadik tutor tak berbayar dkt rumah lagi tu...

Waaa....i need a holiday....Vietnam...Bali..or Bandung again...hahahaha...in my dream...(for this time...)


ni kat Ho Chi Minh (tak penah pegi pun..)


ni plak Bali (pun tak penah pegi..)


ha ni Bandung....

Tuesday, July 13, 2010

Sazli ke Sarawak




Esok mmg dah confirm suami saya akan start keje dan jaga projek Bakun di Sarawak. Apa lagi hari ni mmg hari2 yang menyedihkan la.....bagi dia. Setakat ni saya ok2 je sbb mmg dah biasa dia tak ada pun...

Flight esok terus ke Bintulu dan dari sana ke Bakun ambik masa 2 jam dengan kereta. Katanya mmg tmpt tu dlm hutan habis. Bagus la kot sbb tak ada tmpt shopping jadi dapat la jimat duit skit...

Lagi satu kalau ada peluang apa lagi saya pun nak la ambik peluang pegi sana jugak. Last sekali masa saya pegi sana ialah masa ayah Liza meningga. Tak silap masa tu tahun 2003 atau awal 2004. Lama dah tu. Bukan apa, teringat ikan terubok masin je...mmg sodap!

Anyway, have a safe journey babah...


cam ni la agaknya rupa keja kat sana ek...