Saturday, October 30, 2010

Bila anak dah besar

Anak sulung dah habis UPSR dan dah nak masuk sekolah menengah dah. Kalau tengokkan perangai dia memang dah jauh berbeza sebab dia bukan lagi macam budak-budak kecik yang saya boleh sesuka hati marah dan pukul. Dalam kebanyakan buku yang saya baca semuanya kata kena gunakan kaedah psikologi dan juga berbincang secara kompromi. Berkesan ke kaedah tu?
Saya juga ada baca tentang bagaimana dunia ini tidak akan dapat ditawan dengan cara kekerasan melainkan dengan cara yang lebih diplomasi. Mana-mana negara yang pernah mengamalkan kaedah ataupun pemerintahan kuku besi akhirnya akan jatuh dan tewas juga akhirnya.
Demikianlah kaedah mendidik anak mungkin tidak kurang samanya juga. Kena guna kaedah diplomasi . Kalau kita berlembut sangat pun tak boleh tapi kalau kita berkeras sangat pun tak akan berkesan juga. Jadi sebagai ibu yang masih dalam fasa belajar, pembesaran dan perubahan anak saya dari alam kanak-kanak menjangkau ke alam remaja perlulah saya persiapkan diri. Ini kerana kalau saya salah dalam kaedah diplomasi maka dia akan beralih kepada orang lain yang kebanyakannya ialah kawan-kawannya daripada ibu bapanya. Jika keadaan ini berterusan maka saya bimbang banyak perkembangan dirinya saya akan ketinggalan dan tidak dapat dikongsi bersama. Namun begitu saya juga bukanlah jenis ibu bapa yang pakai terima sahaja apa-apa pun keadaan mendatang. Jauh di sudut hati, saya masih tetap mengamalkan pendidikan konservatif seperti yang pernah saya terima dalam proses pembesaran saya dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Mungkin ada sesetengah kaedah ini tidak lagi relevan tapi masih banyak yang boleh diaplikasikan dalam dunia dan zaman sekarang ini.
Saya berdoa dapat mendidik anak-anak saya supaya jadi manusia tapi saya tetap takut dan bimbang dengan dunia sekarang yang dah makin tua. Moga-moga apa yang dikatakan oleh penulis buku ini ada benarnya...

'If I had My Child to Raise Over Again'

If I had my child to raise all over again: I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd finger-paint more, and point the finger less.
I would do less correcting and more connecting.
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes. 
I would care to know less and know to care more.
I'd take hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious and seriously play.
I would run through more fields and gaze at more stars.
(Diane Lemons - Chicken Soup for the Soul)


Friday, October 22, 2010

Satu hari dalam perjalanan yang cukup panjang dan padat

Saya tak nak stress jadi saya hanya fikir yang positif aje. hari saya bermula dengan penuh tragik tapi apa-apa pun saya tetap bersyukur.

Satu
Masa tengah driving tak pasal-pasal tayar kereta Naza saya pecah jadi kempislah tayar kereta saya. Dalam terkial-kial tu saya telefon suami. Dia mintak kawan kami yang juga tinggal satu lorong untuk tolong beri bantuan kecemasan pada saya. Sambil tunggu dia sampai dan tunggu kedai tayar bukak, sempat saya sarapan dalam kereta dengan bekal yang memang dah sedia dibawa dari rumah.

Dua
Selesai ganti tayar kereta Naza, saya bergegas ke stesen komuter sebab nak mengambil kereta Honda yang masih tersadai di bengkel. Disebabkan bengkel terletak di Bandar Tasek Selatan, jadi saya ke sana dengan menaiki komuter.

Tiga
Selesai ambik kereta, bergegas pula balik ke rumah sebab saya memang dah tak cukup duit. Maklumlah beg duit dah kena kebas jadi mananya nak dapat keluarkan duit. Cari punya cari, agaknya memang dah rezeki terjumpa la duit terselit celah-celah buku. RM160...cukuplah untuk saya yang memang betul-betul ciput sekarang ni...

Empat
Disebabkan dah tengah hari jadi saya kenalah cepat sebab takut nanti JPN ramai orang. Lagipun saya tak pernah pergi ke JPN di Putrajaya jadi saya kena la panjangkan leher. Lepas dah berpusing-pusing sebanyak dua kali, jumpa jugak tempat yang nak dituju. Rasanya pertama kali saya berurusan di kaunter kerajaan di Putrajaya ni. Kagum jugak sebab banyak dah berubah dalam perkhidmatan kerajaan ni seiring dengan pembangunannya. Dalam tak sampai sejam semua urusan di JPN siap. Saya diminta untuk mengambil Mycard pada hari keesokannya.

Lima
Disebabkan saya dah dapat kad pengenalan sementara jadi saya terus plan nak buat kad. Mula-mula kad Maybank dulu. Sampai di sana hampa sebab mereka perlukan Mycard yang asal dan bukannya yang sementara.

Enam
Dalam perjalanan ke Kajang saya singgah ke JPJ Bangi. Saya rasa di sini tempat yan gpaling efisyen kerana kaki tangannya membuat kerja dengan cekap dan dalam masa tak sampai 15 minit semua urusan saya selesai! Saya betul-betul puas hati.

Tujuh
Waktu hampir petang tapi saya masih ada masa ke Kajang untuk menggantikan sim card telefon saya pula. Hampir tak berjaya juga saya untuk menggantikannya kerana Digi Servis Center memang tempat yang paling tak pandai nak melayan setiap pelanggannya.Saya memang hampir-hampir hilang sabar tapi akhirnya dapat juga saya menyelesaikan urusan yang sebenarnya sangat remeh ini.

Lapan
Atas nasihat suami, saya ke Maybank Taman Serdang dengan harapan masih dapat membuat kad ATM, tapi malang sekali memang tak berjaya juga. Namun begitu pegawai bertugas pada waktu itu, iaitu seorang perempuan Cina mempunyai pekerti yang sangat disenangi. Oleh kerana kesiankan saya yang datang dari jauh, dia bersetuju membantu saya mengeluarkan duit dengan menggunakan buku akaun. Kerja saya jadi mudah dan perjalanan yang jauh rasanya agak berbaloi juga...

Sembilan
Waktu berurusan di bank masih ada, jadi saya balik semula ke Bangi untuk ke Bank Islam pula. Di sini saya terpaksa menunggu hampir satu jam hanya kerana bank cawangan ini perlu mendapatkan pengesahan daripada bank asal akaun saya dibuka. Nasib baik suasana di dalam bank terasa nyaman dan selesa...

Saya balik kerumah dengan penuh longlai dan lelah...

Sepuluh
Pada sebelah malam saya minta Kak Ani hantarkan saya ke stesen komuter kerana kereta Naza masih lagi di sana. Akhirnya saya bawa Naza balik dan meletakkannya di dalam garaj dengan tayar yang pecah masih lagi di dalam boot belakang...

Sebelas
Saya tidur dengan nyenyak sambik bermimpi cerita yang bukan-bukan...

Kisah saya dalam satu hari yang sangat panjang dan sangat padat...what a day!!!

Wednesday, October 20, 2010

Mula semula

Gara-gara semua dokumen penting dah hilang jadi bermulalah episod untuk saya membuat semuanya balik semula. Report polis pertama dah saya buat pada hari kejadian tapi kerana tempat berlakunya kejadian ialah di kawasan Negeri Sembilan jadi saya diarahkan untuk membuat report kedua di Balai Polis Nilai pulak.

Selepas habis kelas (sebenarnya saya keluar awal sikit, student saya suka aje..), saya terus bergegas ke balai polis yang agak dekat dalam perjalanan balik iaitu Balai Polis Sungai Besi. Nasib baik hal dekat situ settle sekejap aje sebab saya hanya kena sahkan laporan yang saya buat sebelum tu dengan bayaran RM2 sahaja.

Dah habis tu, saya diarahkan untuk pergi ke Balai Polis Nilai pulak sebab polis dekat sana nak saya datang untuk ambik lagi sekali keterangan. Disebabkan saya tak tahu jalan jadi saya telefon Rin mintak dia tolong tunjukkan jalan ke sana. Nasib baik la jugak ada sorang kawan yang duduk dekat sana. Masa sampai balai polis tu, rasa kesian pun ada, sedih pun ada. Apa taknya, rupa balai polis tu sangatlah sadisnya. Ada ke sarjan yang ditugaskan untuk ambik keterangan daripada saya biliknya terletak di bahagian belakang. Hampir-hampir saya dan Rin ingatkan bilik tu bilik stor! Jadi memang kiranya baguslah sarjan tu dapat bekerja dengan penuh dedikasi walaupun tempat kerjanya memanglah tidak begitu memberangsangkan.
Menurut sarjan tersebut, memang banyak kejadian macam saya ni dah jadi. Selapas kes saya aje ada lagi beberapa kes yang sama macam saya. Baru semalam tu ada kejadian pecah cermin kereta kerana nak mencuri laptop. Dahlah barang kita hilang, kereta kitapun rosak. Memang malang tak berbau la...

Saya balik dengan kepenatan sebab saya memikirkan masih ada banyak lagi kerja yang saya kena settlekan gara-gara si bedebah pencuri ini.hmmm.....

Sunday, October 17, 2010

Pencuri di surau

Semalam saya dalam perjalanan balik ke rumah dari Seremban selepas pergi ke rumah terbuka Harun di Seremban 2. Dalam perjalan balik sebabkan dah pukul enam lebih jadi saya singgahlah dekat Kawasan Rehat Seremban arah Utara. Hanan, Kina dan Husna saya minta jagakan beg saya sementara saya sembahyang. Tapi sebelum saya habis sembahyangpun mereka dah datang kepada saya dengan meninggalkan beg saya terbiar tanpa jagaan.
Seperti yang ditakutkan oleh semua orang bila saya bergegas pergi ke beg saya, memang dah lesap semua barang berharga saya. Purse saya yang memang di dalamnya ada semua benda yang maha penting, telefon yang tak sampai sebulan baru saya pakai, telefon lama yang dalam proses untuk jual balik dan satu purse kecil yang di dalamnya ada dua thumb drive yang ada semua dokumen kerja saya.
Hanan beritahu ada seorang perempuan yang bertudung dan memakai baju hitam dan tudung hitam menyuruh anak-anak saya keluar kerana anak-anak saya memakan gula-gula. Rupa-rupanya itu akal dia untuk melaksanakan kerjanya kerana tahu budak-budak akan takut dan dengan tak sengaja meninggalkan hand bag saya.
Saya akui saya cuai tapi saya kesal dengan sikap perempuan yang masuk ke dalam surau yang entah sembahyang atau tidak dan ambil kesempatan untuk mencuri barang orang lain yang kadang-kalanya terlepa secara tidak sengaja.
Saya menggigil satu badan dan menangis macam orang tak tentu hala kerana mengenangkan semua barang berharga saya. Saya doakan pencuri itu dapat balasan setimpal atas semua perbuatan jahatntya.


Insyaallah, kalau ada rezeki saya akan dapat semula barang-barang saya. Kalau tak pun mana tahu tuhan nak gantikan dengan sesuatu yang lebih baik lagi...hmmmm.....

Tuesday, October 12, 2010

Akhirnya...

Kereta saya dah lebih dua minggu masuk bengkel untuk cat baru. Memang betul-betul parah kereta saya sebab catnya dah makan bahagian-bahagian besi yang lain terutamanya di bahagian bumbung. Sebabkan ada orang bayar untuk cat jadi suami saya bolehlah tukar kerusi. Kerusi boleh kata dah lusuh betul sebab dah lama kan. Jadilah,nak tukar kereta baru memang tak sesuai buat masa sekarang. Lagipun dah habis bayar jadi guna ajelah. Perjalanan ke tempat kerja jauh jadi perlukan kereta yang boleh diharapkan. Bukan nakkan yang mewah asalkan saya selesa cukup la..memang tak sabar nak tunggu kereta saya siap...

Bila orang atas emo

Lama betul tak menulis sejak-sejak lepas raya ni. Ntah apa yang sibuk pun tak tahu la. Tapi yang pastinya kelas saya dah tinggal lagi dua minggu jadi memang tak sabar-sabar la cuti berehat minda dan tenaga sebab dah rasa letih sangat mengajar semester ni.

Baru-baru ni saya telah pergi ke satu program anjuran tempat kerja saya. Saya dilantik jadi komiti la. Jawatan kecik-kecik je. Ntah sapa yang lantik saya pun tak tahulah. Ketua komiti saya sangat efisyen. Kami selalu ada mesyuarat dan dia selalu hantar email untuk update perkembangan semasa. Jadi kerja saya ni tak la teruk sangat.

Saya jarang turun ke pejabat bawah kerana tak ada apa-apa urusan. Jadi beberapa hari sebelum ke program tersebut saya diminta oleh ketua komiti untuk buat sedikit kerja jadi sayapun turun ke pejabat bawah. Semasa saya masuk ke bilik orang-orang besar ni, saya tengok muka dan body language dia dah lain macam. Saya pun buat tak heran la dan terus buat kerja saya sampai habis.

Tibalah hari yang dinantikan. Saya ke program tu dan kali ni bawak semua anak saya. Masa kat situ nasib baik la ada kawan-kawan yang memang tak pilih bulu ni so senang skit nak berkawan dengan orang macam ni. masa kat situ pun dia buat muka jugak. Siap buat tak pandang lagi. Masa dia tengan tak ada kawan nak makan sama, langsung tak heran nak ajak kita sama makan dengan dia ke. Bukan main sombon lagi dan akhirnya dia makan sorang-sorang. Ha kan dah kena. Masa program kemuncak tu pun sama jugak. Keadaan agak kelam-kabut skit sebab VIP lambat sampai dan meja tak cukup untuk tampung semua staf yang bawak ramai family. Jadi dia pun terpaksa la settle hal tu. Memang agak tertekan kot keadaan dia tapi aura dia masih lagi tidak positif.

Sepanjang di sana memang betul-betul dia tunjukkan sikap ketidakprofesionalan dia. Keadaan ini terbawak-bawak sampailah selepas balik bila dia dengan muka dan aura yang sama. Hai...tak paham betullah saya dengan orang yang macam ni. Nak pegang jawatan tinggi tapi bab-bab emo ni mengalahkan budak kecik. Budak kecik pun sekejap aje tapi kalau dah tua macam ni alamat memang susah la nak ubah. Ntah apa yang dia tak puas hati pun saya tak tahu. Sorry saya pun jenis kaki ampu dan saya tak akan buat macam tu...