Friday, October 22, 2010

Satu hari dalam perjalanan yang cukup panjang dan padat

Saya tak nak stress jadi saya hanya fikir yang positif aje. hari saya bermula dengan penuh tragik tapi apa-apa pun saya tetap bersyukur.

Satu
Masa tengah driving tak pasal-pasal tayar kereta Naza saya pecah jadi kempislah tayar kereta saya. Dalam terkial-kial tu saya telefon suami. Dia mintak kawan kami yang juga tinggal satu lorong untuk tolong beri bantuan kecemasan pada saya. Sambil tunggu dia sampai dan tunggu kedai tayar bukak, sempat saya sarapan dalam kereta dengan bekal yang memang dah sedia dibawa dari rumah.

Dua
Selesai ganti tayar kereta Naza, saya bergegas ke stesen komuter sebab nak mengambil kereta Honda yang masih tersadai di bengkel. Disebabkan bengkel terletak di Bandar Tasek Selatan, jadi saya ke sana dengan menaiki komuter.

Tiga
Selesai ambik kereta, bergegas pula balik ke rumah sebab saya memang dah tak cukup duit. Maklumlah beg duit dah kena kebas jadi mananya nak dapat keluarkan duit. Cari punya cari, agaknya memang dah rezeki terjumpa la duit terselit celah-celah buku. RM160...cukuplah untuk saya yang memang betul-betul ciput sekarang ni...

Empat
Disebabkan dah tengah hari jadi saya kenalah cepat sebab takut nanti JPN ramai orang. Lagipun saya tak pernah pergi ke JPN di Putrajaya jadi saya kena la panjangkan leher. Lepas dah berpusing-pusing sebanyak dua kali, jumpa jugak tempat yang nak dituju. Rasanya pertama kali saya berurusan di kaunter kerajaan di Putrajaya ni. Kagum jugak sebab banyak dah berubah dalam perkhidmatan kerajaan ni seiring dengan pembangunannya. Dalam tak sampai sejam semua urusan di JPN siap. Saya diminta untuk mengambil Mycard pada hari keesokannya.

Lima
Disebabkan saya dah dapat kad pengenalan sementara jadi saya terus plan nak buat kad. Mula-mula kad Maybank dulu. Sampai di sana hampa sebab mereka perlukan Mycard yang asal dan bukannya yang sementara.

Enam
Dalam perjalanan ke Kajang saya singgah ke JPJ Bangi. Saya rasa di sini tempat yan gpaling efisyen kerana kaki tangannya membuat kerja dengan cekap dan dalam masa tak sampai 15 minit semua urusan saya selesai! Saya betul-betul puas hati.

Tujuh
Waktu hampir petang tapi saya masih ada masa ke Kajang untuk menggantikan sim card telefon saya pula. Hampir tak berjaya juga saya untuk menggantikannya kerana Digi Servis Center memang tempat yang paling tak pandai nak melayan setiap pelanggannya.Saya memang hampir-hampir hilang sabar tapi akhirnya dapat juga saya menyelesaikan urusan yang sebenarnya sangat remeh ini.

Lapan
Atas nasihat suami, saya ke Maybank Taman Serdang dengan harapan masih dapat membuat kad ATM, tapi malang sekali memang tak berjaya juga. Namun begitu pegawai bertugas pada waktu itu, iaitu seorang perempuan Cina mempunyai pekerti yang sangat disenangi. Oleh kerana kesiankan saya yang datang dari jauh, dia bersetuju membantu saya mengeluarkan duit dengan menggunakan buku akaun. Kerja saya jadi mudah dan perjalanan yang jauh rasanya agak berbaloi juga...

Sembilan
Waktu berurusan di bank masih ada, jadi saya balik semula ke Bangi untuk ke Bank Islam pula. Di sini saya terpaksa menunggu hampir satu jam hanya kerana bank cawangan ini perlu mendapatkan pengesahan daripada bank asal akaun saya dibuka. Nasib baik suasana di dalam bank terasa nyaman dan selesa...

Saya balik kerumah dengan penuh longlai dan lelah...

Sepuluh
Pada sebelah malam saya minta Kak Ani hantarkan saya ke stesen komuter kerana kereta Naza masih lagi di sana. Akhirnya saya bawa Naza balik dan meletakkannya di dalam garaj dengan tayar yang pecah masih lagi di dalam boot belakang...

Sebelas
Saya tidur dengan nyenyak sambik bermimpi cerita yang bukan-bukan...

Kisah saya dalam satu hari yang sangat panjang dan sangat padat...what a day!!!

0 comments:

Post a Comment