Monday, February 14, 2011

Tips Pembentangan 2

Hari ni ada dua kumpulan buat pembentangan. Satu kumpulan tu boleh tahan jugak tapi satu lagi tu memang sah-sah la tak bersedia. Agaknya apalah yang dia buat selama ni. Untuk itu saya nak bagi beberapa lagi tips pembentangan supaya pelajar tak buat kesilapan yang sama berulang kali.

1. Jika masih belum sampai masa untuk bercakap, duduklah dulu. Tak ada siapa yang akan marah.Selalunya dalam kumpulan pembentangan 4 orang pelajar, kesemua mereka akan berdiri menunggu giliran untuk membentangkan bahagian mereka. Dah jadi macam amalan pulak bila semuanya berdiri dalam masa yang sama. Tak perlu. Hanya pelajar yang nak bentang sahaja berdiri. Pelajar-pelajar lain boleh lagi membuat persediaan secara senyap di tempat duduk masing-masing tanpa perlu berdiri.

2. Minta tolong pelajar lain yang bukan dari kumpulan yang sama untuk membantu melicinkan lagi perjalanan pembentangan. Maksud saya di sini ialah, kalau nak tekan-tekan dari satu slide ke satu slide kan lebih mudah suruh kawan dari kelas yang sama tolong. Jadi tak payahlah terganggu masa nak bentang tu, dan dalam yang sama nak tekan lagi. Cumanya kalau boleh guna remote tak apalah...

3. Jika pembentangan membabitkan audio dan visual seperti tayangan video pendek ataupun temubual ataupun apa-apa sahaja yang memerlukan penggunaan suara dari komputer, jangan lupa bawa speaker berasingan. Ini kerana suara dari komputer sahaja tidak memadai dan mencukupi untuk didengari oleh semua kelas. Jika pelajar-pelajar lain tidak dapat mendengar dengan jelas, mereka akan mudah hilang tumpuan dan kemungkinan juga pelajar yang membuat pembentangan akan tidak dapat markah yang memuaskan juga..

Rasanya itu sahaja la tips untuk pembentangan bagi kali ini. Saya akan sambung semula dalam masa yang terdekat...

0 comments:

Post a Comment