Monday, February 14, 2011

Salam Maulidurrasul


Tips Pembentangan 2

Hari ni ada dua kumpulan buat pembentangan. Satu kumpulan tu boleh tahan jugak tapi satu lagi tu memang sah-sah la tak bersedia. Agaknya apalah yang dia buat selama ni. Untuk itu saya nak bagi beberapa lagi tips pembentangan supaya pelajar tak buat kesilapan yang sama berulang kali.

1. Jika masih belum sampai masa untuk bercakap, duduklah dulu. Tak ada siapa yang akan marah.Selalunya dalam kumpulan pembentangan 4 orang pelajar, kesemua mereka akan berdiri menunggu giliran untuk membentangkan bahagian mereka. Dah jadi macam amalan pulak bila semuanya berdiri dalam masa yang sama. Tak perlu. Hanya pelajar yang nak bentang sahaja berdiri. Pelajar-pelajar lain boleh lagi membuat persediaan secara senyap di tempat duduk masing-masing tanpa perlu berdiri.

2. Minta tolong pelajar lain yang bukan dari kumpulan yang sama untuk membantu melicinkan lagi perjalanan pembentangan. Maksud saya di sini ialah, kalau nak tekan-tekan dari satu slide ke satu slide kan lebih mudah suruh kawan dari kelas yang sama tolong. Jadi tak payahlah terganggu masa nak bentang tu, dan dalam yang sama nak tekan lagi. Cumanya kalau boleh guna remote tak apalah...

3. Jika pembentangan membabitkan audio dan visual seperti tayangan video pendek ataupun temubual ataupun apa-apa sahaja yang memerlukan penggunaan suara dari komputer, jangan lupa bawa speaker berasingan. Ini kerana suara dari komputer sahaja tidak memadai dan mencukupi untuk didengari oleh semua kelas. Jika pelajar-pelajar lain tidak dapat mendengar dengan jelas, mereka akan mudah hilang tumpuan dan kemungkinan juga pelajar yang membuat pembentangan akan tidak dapat markah yang memuaskan juga..

Rasanya itu sahaja la tips untuk pembentangan bagi kali ini. Saya akan sambung semula dalam masa yang terdekat...

Saturday, February 12, 2011

Zina Bakal Lahirkan Keluarga & Zuriat Zina

Saya sekadar nak kongsi apa yang kebetulan saya baca dalam blog ustaz. Moga dapat dimanfaatkan oleh semua yang membaca. Untuk itu sila klik di SINI.

Alahai Puan Doktor

Bibik saya tak bape nak sihat. Memula pening kepala, pas tu sakit perut sampai cirit-birit. Then badan macam rasa tak sedap. Bila dah dekat 3 hari macam tu, jadi sayapun bawak lah jumpa Puan Doktor. Saya selalunya pegi klinik panel dekat rumah saya. Kina pun kebetulan batuk-batuk jadi saya angkut dia sama.

Masa saya masuk bilik doktor tu, dia terus pakai mask. Saya ok je tapi macam rasa semacam aje. Dia check Kina dulu dan lepas tu dia check maid saya. (perbualan ni lebih kuranglah, saya lupa dialog yg betul-betul tapi maknanya sama je...)

Doc : Rasa macam mana?

Maid : Rasa macam nak demam.

Doc : Dah bape hari macam ni?

Saya pun memandai menyampuk.

Saya : memula dia sakit perut, tapi tak demam sangat, pas tu dia berak-berak.

Doc : tak, saya tanya dah bape hari mcm ni? (macam nak marah tak puas hati...)saya ulang ye soalan, dia dah demam maknanya dah masuk hari ketiga la hari ni...

Eh doktor ni janganlah nak tunjuk kuasa plak...

Saya : A ah, ya. (mula macam nak grrr...)

Pas tu dia ada la tanya macam-macam lagi soalan yang saya lupa. Then dia cite pasal orang seberang ni.

Doc : Kita kena check dorang ni...bla...bla..bla. sebab kita tak tahu dia sakit apa. Sebab dorang sekarang dah masuk kat tmpt kita, kita pun tak tahu ntah hapa-hapa penyakit yang dorang bawak. Dorang bukan macam orang Malaysia. Dulu kita dah tak ada penyakit malaria, tapi sekarang dah ada balik. Kadang-kadang ada penyakit cacing dalam perut la...bla...bla..bla...dorang ni lain sikit sebab kat sana tak bape nak bersih berbanding kita kat sini...bla..bla..bla...

Pas tu dia explain la lagi dalam bahasa Inggeris agaknya supaya maid saya tak paham la kot. Pendek kata dia ni memang tak bape nak suka agaknya dengan orang Indon ni.

Saya macam rasa frust sikit sebab bagi saya doktor yang mulia tak akan bezakan pesakit-pesakitnya. Maid saya sakit, bagi je la ubat. Tengok apa dia sakit. Tak payah nak bebelkan orang-orang dia bawak penyakit,kerajaan dia tak bagi imunisasi macam kerajaan kita, dorang tak reti nak jaga kebersihan dan macam-macam lagi. Manalah maid saya tahu suma ni. Dia susah payah datang keja jauh-jauh nak cari duit bagi makan anak dan keluarga dia kat kampung. Bila dia sakit saya bawaklah nak ubatkan dia, dah kena plak dengan doktor yang kuat semangat kenegaraannya.

Saya bukanlah sokong negara lain pun tapi cara saya senang je. Kita manusia dan sewajarnya kita layak dilayansebagai manusia. Esok-esok kita mati,buka taraf negara yang akan dijadikan pertimbangan tapi amalam kita kat dunia ni. Hai...entah lah Puan Doktor...

Mentaliti sempit

Saya sangat galakkan student saya tanya soalan. Bagi saya kalau kurang jelas tentang apa-apa pun dengan bertanya soalan kita akan dapat jawapan yang pasti. Malangnya bukan sahaja student yang jarang angkat tangan dan tanya soalan, cikgu-cikgu yang mengajar pun sama jugak peelnya.

Semalam saya ada workshop untuk persediaan mengajar kursus bagi pelajar Undang-Undang. Jadi pengajar yang dah lama mengajar kursus ni pun buatlah kelas untuk kami pengajar yang tak penah mengajar. Tapi tak ramai pun yang datang sebab masing-masing adalah hal masing-masing. Bila tuan haji (nama pengajar kami yang sangat berpengalaman) mula mengajar maka banyaklah benda yang tak tahu. Seperti namanya saya, jadi sayapun tanyalah soaan pada perkara-perkara yang saya tak tahu. Dah memang tak tahu, saya tanyalah. Buat apa nak biarkan blur-blur pas tu tak paham sorang-sorang  pas tu balik dengan kosong ilmu di dada.

Asal saya angkat tangan aje, mulalah Puan Peria terus menyindir saya. Dia kata, ha ni tak lama lagi jadi calon mengajar undang-uandang la ni. Apa lagi, sindirannya disokong oleh rakan akrab tapi tak bape nak akrab tapi akrab jugak la, Puan Agar-agar. Dia pun sama terus menyindir saya sambil gelak ketawa yang hampir-hampir membuatkan saya bertukar menjadi Puan Singa.Hehe...

Perangai Puan Peria ni bukanlah satu perkara yang baru. Memang selalunya dia akan berfikiran sempit dan menjengkilkan tiap kali ada perkara yang nampak pada matanya sesuatu yang membawa kebaikan kepada orang tertantu dan bukan kepada dirinya. Saya memang dah lama tak berkenan tapi disebabkan saya nak menjaga tata susila dan hubungan baik maka saya sampai sekarang belum lagi la saya nak meledak. Tak tahu la kot-kot nanti satu hari tiba-tiba je saya jadik Merapi, itu saya tak jamin.

Sikap manusia macam ni memang terus jadi nanah dalam masyarakat kita. Apa yang merunsingkan saya ialah sikap ini akan tersemai di kalangan pelajar yang kita didik. Sepatutnya kitalah yang wajar membimbing mereka supaya sikap ingin dan mahu bertanya begitu dekat dengan diri mereka, tapi kalau kita sendiri pun tidak mempraktikkan sikap begitu memang sah-sahlah sesiapa yang menjadi anak didik kita tidak akan terkeluar dari duduk diam membisu tanpa mahu bertanya soalan.

Saya sangat berharap, jika ada masa dan peluang yang baik, saya akan tegur sikap Puan Peria dan juga Puan Aga-agar dalam teguran yang berhemah supaya sikap jelak mereka akan terkubur. Cumanya satu sahaja yang saya bimbang, adakah saya berjaya menjadi Puan Berhemah ataupun bertukar menjadi Puan Singa!

Thursday, February 10, 2011

Tips pembentangan 1

Sebabkan minggu ni makin ramai student saya mula nak buat pembentangan, saya akan beri beberapa tips untuk mereka buat dan apa-apa yang mereka patut elakkan.

1. Contohnya ada pelajar nak buat dalam bentuk forum jadi mereka kena pastikan siapa yang nak jadi pengerusi dan siapa pula yang akan jadi panel. Soalan-soalan mestilah disediakan bersama-sama jawapan jadi mudah dan untuk kelancaran perbentangan tersebut.

2. Kalau tak buat dalam bentuk forum, iaitu seorang pelajar keluar pada satu-satu masa jadi kena tahu siapa nak keluar dulu dan siapa kemudian. Kena tahu kita cakap tentang topik apa. Misalanya A akan cerita tetnang pengenalan, B akan cakap tentang sejaran,C akan huraikan jenis-jenis dan D pula akan beri penerangan tentang cara-cara dan seterusnya buat satu kesimpulan.

2. Masa mula-mula nak keluar tu, setiap pelajar mesti perkenalkan diri dulu. Ini sebagai cara kita la orang Melayu yang berbudi-bahasa. Mungkin pelajar pertama akan keluar sebagai pengenalan kepada tajuk pembentangnya dan dia akan perkenalkan dirinya. Selepas itu dia akan perkenalkan pula rakan-rakan sekumpulannya. Tak pun rakan-rakan kumpulan akan perkenalkan diri masing-masing.

3. Kadang-kala pelajar jadi gugup jadi untuk mengatasi perkara itu, mulakan dengan bertanya soalan kepada pelajar-pelajar lain di dalam kelas tersebut. Contohnya tanya khabar ke, atau tanya dah makan ke belum. Kalau baru balik dari cuti, tanyalah best ke tak pegi cuti atau pegi cuti dekat mana. Tapi janganlah lebih-lebih.

4. Pembentangan akan lebih menarik dan tak membosankan kalau di slide show ada juga visual seperti rakaman kajian ke, rakaman pendapat orang ramai tentang kajiannya ke, video berkaitan dengan tajuk pembentangan ke dan sebagainya. Sebab kalau semua yang dipaparkan hanyalah tulisan memang akan cepat bosan, mengantuk dan hilang fokus.

Saya ada banyak lagi nak tulis tapi setakat ni itu ajelah yang saya nak cakap.

Saiz mak-mak

Dulu masa belum kahwin, boleh la badan kita ni kecik tapi bila dah besar manalah nak dapat lagi saiz macam tu...melainkan tak payah makan nasi selama-lamanya...bole ke?


Tahun lepas saya pernah cuba satu program nak kuruskan badan. Tak silap namanya Protein Programme. Memang macam bagus sebab kita kurangkan makan karbohidrat dan tingkatkan makanan yang mengandungi protein jadi lemak-lemak dalam badan kita akan terbakar tapi kita tak lapar sebab ada protein. Kita tak boleh biarkan badan kita lapar sebab lemak dalam badan ni pandai. Kalau dia dapat kesan kita lapar, jadi akan ada satu agen hantar dekat otak bagitahu kita lapar jadi semua lemak tu akan bersedia dan kunci prosesnya. Maknanya lemak tu tak akan bertukar bentuk tapi jadi lebih pejal dan padat sebagai persediaan supaya badan cukup kandungan lemaknya. Lebih kurang macam tu lah prosesnya. Saya tak la reti sangat nak terangkan tapi kalau dengar penerangan dari biras saya memang kita akan kagum la.

Jadi saya pun dengan penuh semangatnya cubalah. Pagi makan telut rebus je. Lepas tu sebelum makan tengah hari, kena ada snack macam chess slice ke. Masuk waktu makan tengah hari, makan lauk je. Yelah macam ikan yang ada protein. Nasik memang tak ada sebab itu untuk minggu pertama jadi tak dibenarkan. Petang pun sama makan snack jugak. Malam makan lagi lauk-lauk kandungan protein.

Yang bestnya bila kita makan semua protein ni, kita kena pastikan tak lebih had. Maknanya kalau ayam ke ikan ke tak leh besar sangat. Kena timbang kalau nak betul-betul confirm. Lepas tu kena pakai alat untuk ukur berapa jauh kita jalan. Jadi satu langkah kita jalan dia akan kira untuk kita. Saya lupa berapa banyak ntah kita kena jala. tak silap 5000 langkah kot. Kalau lebih banyak kita jalan maka lebih elok sebab nanti akan lebih banyak terbakar kalori dan juga lemak-lemak kita.

Bila bangun pagi perkara pertama kita kena buat ialah buang air kecil dan check dengan alat yang akan ubah warna. Kalau lagi gelap maknanya lagi banyak la terbakar lemak kita. Saya puas la jalan macam nak rak tapi paling-paling saya dapat pun cuma warna pink pekat.

Bila dah agak-agak dua minggu saya cuba mula la saya rasa macam nak weng sebab lama tak jumpa nasi la katakan. Nak jadi cite bertambah best bila kawan saya belanja makan nasi Arab kat restoran Sahara Tent kat Hotel Fortuna. Kat situlah saya kecundang sebab saya melantak makan nasi macam orang apa.

Itulah kisah saya konon-konon nak kuruskan badan tapi akhirnya tak tahan sebab asik makan lauk sampai nak naik melugai saya. Sekarang suami saya tak pasal-pasal sebut nak belanja saya pegi macam tempat Slimming World tu. Mau tak terasa saya. Ala lantak la...esok-esok kalau saya dah bosan nak makan nasi baru lah saya start pantang nasi. Tapi bole tahan ke...

Wednesday, February 9, 2011

Glory Beach Resort

Lepas buat bbq kat Rumah Mak, saya bertolak ke PD pulak hari esoknya. Kat sana saya jumpa kawan-kawan, kak Idah dan juga kak Atie. Memulanya akak plan nak berkelah aje kat pantai tapi Sazli la nak tidur semalam kat sana. Jadi apa lagi saya dan akak macam apa cari hotel sebab kebanyakan hotel dah penuh sebab cuti raya Cina. Hotel dekat Ancasa ada lagi tapi tak cukup nak tampung kami anak beranak terutama saya yang memang perlukan paling kurang tiga bilik. So cari punya cari, dapatlah Glory Beach Resort. Apa lnak buat memang tak ada pilihan lain lagi.

Sampai dekat hotel tu boleh check up pukul 3. Bilik yang saya dapat apartment tiga bilik. Saya share dengan kak Atie. Dia duduk satu bilik yang ada satu je katil bujang. So anak-anak saya duduk dalam satu lagi bilik dan Haqim terpaksa la tidur luar kat sofa je. Kira ok la tu sebab semalam aje. Kalau kita book dekat internet harganya lebih murah tapi kalau book dengan hotel sendiri memang harga jauh lebih mahal. Hotel Ancasa contohnya harga dekat internet untuk apartment tiga bilik dapat dalam RM500 lebih tapi kalau kita book terus dekat hotel, harga naik sampai RM700! Bukan main jauh bezanya.

Lepas dah check in dekat hotel, kita orang pegi bilik akak sebab akak masak nasi lemak. Saya pulak bawak ayam yang dah goreng dari Rumah Mak lagi. Dah kenyang tu barulah pegi turun bawak minum kopi sambil borak-borak. Sebelum maghrib sempat bawak anak-anak saya pegi tengok-tengok dekat tepi pantai. Itupun lepas dia orang dah puas mandi kolam.

Malam tu seperti yang dijanjikan, kak Atie dan abang An belanja kita orang makan ikan bakar. Tak silap saya tempat tu namanya Medan Ikan Bakar. baru je bukak. Boleh tahan jugak tempatnya. Walaupun tunggu agak lama tapi berbaloi sebab sedap masakannya. Sebelum naik tidur ke bilik masing-masing malam tu, kita orang sempat berborak-borak kat coffee house.

Hari keesokannya pun tak ada aktiviti apa-apa pun melainkan anak-anak saya sambung mandi kolam lagi dan kita orang pun sambung bersembang dekat tempat sarapan tu je. Dah lunch semua balik tapi sampai rumah pukul tiga sebab semua highway jem akibat ramainya orang yang balik dari raya Cina...

Bbq @ Rumah Mak

Ni baru nak buat bara

Baru-baru masa cuti raya Cina, kami semua adik beradik balik Rumah Mak. Dah lama tak balik jadi we all plan nak buat bbq. Kiranya ini kali kedua la buat. Tahun lepas buat dalam bulan Mei. Masa tu Sazli sakit masuk hospital tapi sempat lagi balik untuk join bbq tu.

Kita orang pakat-pakat la bawak makanan untuk menjayakan bbq ni. Saya bawak lamb, mashed potatoes dan mushroom soup. Memula nak carik dekat Ramli Mart kat area rumah saya tapi rupanya dah tutup pulak. Nasib baik ada kedai lain.

Along bawak ayam beli kat Giant. Lofty dengan Mila bawak daging cincang sebab nak buat kebab. Huda pulak yang 1st time balik ngan Hurin beli aiskrim. So malam tu apa lagi memang kenyang makan la. Kita orang tak la jemput tetamu sebab ni makan-makan untuk keluarga je. Rasanya acara ni nak jadi acara tahunan la. Tak pun kalau rajin boleh buat lebih dari sekali dalam setahun. Tapi apa-apa pun yang pentingnya tempat nak panggang suma bbq kita orang tu, elok la dibeli baru...Walaupun tak macam Jamie Oliver, kira ok la jugak kalau beli dari cap Giant...



Najla baru 6 tahun tapi dah lbh tinggi dari Husna yg dah 7 tahun

Aktiviti yang disukai la ni

Idea kreatif, masukkan asap dalam botol...yea...markah penuh!

Konon2 nak jaga mata supaya tak ken asap masa aktiviti masukkan asap

Oh tidak!! meja terbakar!!

semua dah sedia


kebab dah naik dulu...

coleslaw buatan Mila

Ni lamb...hmm sedapnya...

Ayam perap Along...


rasanya bole jadi ajk seumur hidup kot

lil' Maryam

Hanan

Kina

new baby on the block

Hajar

Yang rajin dan yang malas

Minggu ni kiranya startlah minggu untuk student saya buat pembentangan. Kiranya minggu ni suara saya selamat la...Sebelum cuti ada satu kumpulan je yang bersetuju untuk membuat pembentangan awal. Kumpulan ini buat dengan cemerlangnya. Jadi selepas cuti sambung semula kumpulan yang seterusnya.

Sebenarnya kumpulan kedua ni sepatutnya buat presentation sebelum cuti tapi disebabkan semua kerja tak siap, jadi terpaksa saya tangguhkan dengan rasa tak puas hati. Jadi bila dah habis cuti ni, saya ingatkan kerja dia orang semua akan siap la, hmm...memang sakit jiwa dibuatnya. Kerja memang la siap tapi tak seperti yang saya harapkan. Agak-agak buat asal siap aje. Kumpulan empat orang pelajar lelaki ni memang ketara tak membuat kerja seperti di tahap yang sepatutnya mereka buat. Saya rasa macam nak jadi ala-ala Simon Cowell tadi. Ikut hati saya nak aje saya cakap macam ni. (ni kira sesi lepas geram saya la ni...)

1. Kamu buat kajian ni di mana?

2. Saya suruh kamu buat kajian tentang pengaruh dialek dalam komunikasi tapi apa yang kamu asyik cakap ialah ciri-ciri dialek yang terdapat di Malaysia, bukan ke dah jadi terkeluar tajuk tu...

3. Slide power point kamu memang langsung saya tak ada hati nak tengok pun. Macam ni kucing pun tak minat nak tengok!

4. Kalau saya bagi markah 5/20 agak-agak lepas ni kamu boleh jadi mereng tak?

Sebenarnya nak buat kerja ni bergantung pada kita. Ada pelajar saya akibat minat yang mendalam tentang kajian mereka maka berusaha bersungguh-sungguh untuk membuat pembentangan yang terbaik sehinggakan saya tanpa ragu-ragu beri markah sehingga 19/20!

Pelajar yang tak layak saya tak akan malu-malu untuk beri markah yang selayaknya mereka terima. Bila dah tahu keputusan tak seperti yang diharapkan, maka masa tulah baru dia orang tahu macamana pentingnya orang yang berusaha dan orang yang malas tapi harapkan markah yang tinggi.

Hmm....