Saya sedang makan hidangan tengah hari (sebenarnya saya makan kebab sahaja) semasa saya terdengar perbualan sekumpulan pelajar perempuan. Dengan suara yang agak kuat (yelah..sehingga saya mampu mendengar setiap bait pertuturan mereka...) mereka rancak bercerita berkaitan hal salah seorang rakan mereka yang dikesan telahpun menjadi seorang perokok. Dengan nada terkejut mereka melahirkan perasaan kurang senang dengan teman mereka yang secara terang-terang mengaku telahpun merokok sejak sekiannya. Namun dalam nada kurang senang tersebut juga, mereka seolah-olah akur dengan keadaan itu yang seperti kedengarannya telah biasa didengar oleh telinga mereka semua.
Fenomena pelajar di pusat pengajian tinggi terjebak dalam gejala kurang sihat seperti ini bukanlah satu perkara yang baru. Beberapa tahun sebelum ini saya telah didedahkan dengan cerita oleh beberapa orang pelajar saya sendiri perihal sahabat mereka yang hidup mewah gara-gara ditaja oleh seseorang. Dengan mulut separuh terngaga, saya tekun mendengar cerita mereka satu persatu. Antara tujuan pelajar-pelajar ini sanggup berkorban jiwa dan tubuh untuk perkara-perkara keji ini hanyalah kerana hambatan kehidupan di bandar-bandar besar yang menuntut kesenangan dan kemudahan. Tambahan pula jika mereka mempunyai wajah yang agak jelita sementelah belajar di pusat pengajian tinggi, maka mereka boleh menuntut nilai yang tinggi untuk harga 'pengorbanan' mereka.
Saya mula terfikir, akan lahirkah generasi masa depan yang mempunyai nilai moral yang rendah walaupun secara dasarnya mereka terdidik dengan ilmu dunia yang tinggi? Bagaimana sekiranya mereka kelak memimpin dalam organisasi yang besar sedangkan hakikatnya mereka sendiri perlu dibimbing dan dipimpin terlebih dahulu. Nampaknya gayanya agenda kepimpinan negara tidak boleh terhenti di sini sahaja. Ada banyak lagi tugas dan tanggungjawab berat menanti untuk diperbaiki dan dikemaskinikan...
Welcome to the blog!
-
Welcome to the Daniel Zain Photography blog. To view my professional work,
please click on the 'categories' section on the right.
For bookings in Malaysia ...
9 years ago
0 comments:
Post a Comment