Friday, January 28, 2011

segalanya cuti

Sekejap je dah masuk minggu ketujuh semeater kali ni. Kebetulan la pulak cuti kali ni dekat-dekat ngan raya cina jadi dorang anjakkan supaya cuti raya cina sama ngan cuti semester kita orang. Anak-anak saya pun samalah cuti jadi semuanya pun jadilah berganda-ganda cuti pada minggu depan.

Bila time cuti ni anak-anak saya kadang-kadang mintak jugak bawak pegi jalan mana-mana. Kadang-kadang dapat bawak tapi banyak kadangnya duduk rumah ajelah sebab cuti saya ngan cuti dorang tak sama. Dulu masa zaman say sekolah tak la pernah rasanya berasa nak bercuti-cuti Malaysia ni. Ayah saya yang saya ingat asyik keja aje. Jadi mak saya kata, kalau ada rombongan sekolah nak pegi mana-mana, ikut ajelah sebab kalau nak tunggu ayah saya,alamat berzaman la...silap-silap memang tak dapat.

Tapi sebenarnya anak-anak saya bukanlah beriya-iya nak pegi bercuti kemana-manapun. Dorang nak saya ada je dan lagi bertambah best kalau babah dorang ada. Sebab dorang kata kalau babah dorang ada salu dapat bawak pegi jalan-jalan dan babah dorang lebih banyak duit daripada saya. Hmmm...betul la tu...

Cuti raya cina kali saya nak balik kampung sebab macam dah lama tak balik sejak sekolah bukak ni. Lagipun kita orang adik-beradik dah plan nak buat bbq. Last sekali kita orang buat masa tahun lepas. Dekat nak setahun la jugak. Bila nak time balik kampung ni, mula la saya teringat kat mak saya. Kejap je mak dah tak ada. Kejap je dah dekat 3 tahun. Bestnyalah kalau mak ada. Saya rindu betul-betul kat mak...terutamanya bila cuti yang panjang dan sarat ini...

Thursday, January 27, 2011

Bila ada kuasa

Seorang rakan sekerja saya baru-baru ni mengadu dengan saya. Katanya sejak dia pegang jawatan dia selalu diarahkan oleh orang atasannya (yang pangkat tak tinggi sangat) sehinggakan dia terasa seperti dia seorang kuli. Saya kesiankan kawan saya kerana dia dah berumur dan agak kurang cekap dalam beberapa hal. Tambahan pula bentuk arahan tu macam kurang disenangi, senang cakap macam suruh buat semua benda padahal itu sepatutnya kerja orang atas. Saya bukannya tak kenal dengan orang atas tu. Saya namakan dia Senah ajelah. Dulu masa dia baru masuk kerja, dia ok je. Dia memang la dah ada pengalaman tapi saya rasa kalau orang yang ada pengalaman lagi la banyak ilmu. Tambah bila kita dah dilantik pegang jawatan. Padahal kawan saya ni memang pernah pegang jawatan besar masa dia kerja kat tempat lain tapi dia cakap, dia tak pernah la nak layan orang bawah dia macam kuli pulak.

Senah ni bukanlah tak boleh buat kerja, tapi dia macam nak tunjuk kuasa yang dia berkuasa. Lepas tu dia banyak lepas tangan supaya orang bawahan dia aje yang buat kerja. Bila orang bawah dia buat salah memang sedapa la dia nak hentam. Jadi masa tu mungkin dia akan rasa dia betul dan orang lain salah. Hai..saya pun tak faham la. Kawan saya ni dah terasa hati sebab dia tahu kekurangan dia. Yelah orang dulu-dulu. Jadi dia ambik keputusan nak letak je jawatan lepas berakhir penggal jawatan dia.

Saya kesian betul. Bukan pasal dah tak ada jawatan tapi pasal orang yang tak reti nak hormatkan orang lain tambahan bila orang yang tak dihormati tu orang yang lebih berumur. Harap-harap bila kita dah berumur nanti, tak ada la orang buat kat kita macam ni kan.. Sebab orang berumur ni memang cepat ambik hati...

Tuesday, January 25, 2011

Memaafkan dan melupakan

Kenapa orang selalu cakap 'Saya boleh maafkan tapi saya tak boleh lupakan' ataupun dalam bahasa Inggeris, 'I can forgive but cannot forget'. Kenapa ada orang masih ada niat nak maafkan kesalahan sesapapun tapi tetap juga berniat tak nak lupakan?

Saya pernah tanya soalan ini pada diri saya sendiri. Saya juga pernah tanya pada students saya. Seperti biasa tak ramai yang nak jawab cuma seorang sahaja yang beri pandangannya. Dia kata macamana nak lupakan kalau apa yang orang tu dah buat kita boleh tengok setiap hari depan mata kita. Contohnya kesan parut kalau kita pernah dicederakannya. Jawapan saya senang saja.

Pertama kalau kita cakap kita nak lupakan, kita akan lupakan. Memang akan ambik masa panjang kadang-kadang. Tapi lepas kita kata yang kita nak lupakan, memang kita akan dapat lupakan juga. Tapi kalau dari awal-awal lagi kita dah memang dah plan tak nak lupakan, maka gerentilah tak lupa...

Lagi satu, kalau pasal nak lupakan ni saya ada sebut tadi pasal masa. Nanti mesti ada orang tanya, berapa lama?Tak kan nak kena tunggu sampai berjanggut? Kalau masih tak lupa-lupa jugak, ha macamana?Peranan masa ni sangat penting. Percaya tak kalau saya kata masa ni memang ubat penyembuh yang paling mujarab sekali. Apa yang kita kena buat ialah mula kata nak lupakan dulu, pas tu biar masa yang buatkan apa-apa yang kita nak lupakan itu, lupa...

Saya sangat yakin kalau kita memang niat nak lupakan, memang kita akan lupa.Kalau kita ingat pun bukanlah ingat yang ada perasaan. Sekadar ingat benda tu pernah jadi dalam hidup kita. Itu saja. Memaafkan pula sebenarnya menghilangkan beban dalam diri kita. Kalau kita ada hati tak nak maafkan sebenarnya kita macam simpan batu besar atas kepala kita. Kalau betul-betul berjaya maafkan dan juga lupakan, maka kita memang berjaya hilangkan beban besar dalam hidup kita. Lagipun hidup kita ni kan bukannya lama sangat...

Monday, January 24, 2011

Jadual tak dapat la mama...

Masa mula-mula masuk sekolah tahun ni, Haqim dapat masuk tingkatan 1 Harmoni (1 H). Dia pun belajar la dalam kelas tu tanpa apa-apa pun komplen. Asal saya tanya je mesti dia kata ok. Asal saya tak tanya pun dia tetap kata ok jugak. Tiba-tiba minggu lepas dia kata dia kena tukar kelas lain Alasannya  sebab masa UPSR dia dapat Bahasa Melayu penulisan A jadi dia kena tukar kelas ke tingkatan 1 Damai (1 D). Saya suka aje sebab macam kelas pandai sikit. Yang saya jadi nak marah + bengangnya ialah bila dia kata hari ni dia tak dapat pegi sekolah sebab dia tak dapat lagi jadual baru untuk kelas baru dia. Eh punya kuat alasan dia bagi sebab tak nak pegi sekolah. Boleh dia kata dengan tanpa rasa takut-takutnya yang dia tak tahu jadual baru jadi dia tak tahu nak belajar apa nanti  jadi tak payah la di nak pegi sekolah. Boleh macam tu?? Eeeiii geram betul la saya bab-bab carik alasan nak ponteng sekolah ni...Masa zaman saya sekolah dulu mana ada saya ponteng sampaikan masa dalam tingkatan lima, saya hadir 100% ke sekolah sepanjang sesi persekolahan tahun tu. Ingatkan anak-anak saya nak ikut la perangai murni saya ni...hmmm....

Batal pembentangan

Masa saya syok-syok2 duduk kat rumah tiba-tiba telefon saya berbunyi. Tengok nombor saya tak kenal. Ni mesti student saya ni. Tengok-tengok memang betul. Dia bagitahu tak dapat nak present esok masa kelas sebab alasan dia tak bersedia. Lepas tu bagi lagi alasan tak sempat nak jumpa la ahli kumpulan dan macam-macam lagi alasa-alasan yang lemah. Punyalah saya menyinga marah sebab kalau kumpulan ni batalkan presentation, maka kumpulan lain akan tertangguh juga.

Sebaik sampai ke kelas, saya tengok tiga ahli kumpulan yang nak bentang tu tak datang pulak...Apa lagi sikit lagi la nak naik angin. Hanya sorang aje ahli kumpulan yang terpaksa tahan telinga nak dengar soalan-soalan pedas saya. Tapi saya sabar aje...so sayapun teruslah mengajar macam biasa...

Bila saya balik ke bilik, tiba-tiba ada orang ketuk bilik saya, hmmm... sapa lagi kalau bukan tiga ahli yang dah buat kesalahan hari ni tu...Dengan muka takut-takut (nak tergelak sebenarnya saya...)beriya-iya mintak maaf sebab tak datang kelas. Rupanya dia orang takut nak masuk kelas sebab takut kena marah. Ha...rasakan...tahu takut..sapa suruh buat keja lambat pas tu tangguh-tangguh kan lagi masa nak bentang. Memang kenala dengan saya. Lepas daha bagi sikit-sikit, semua pun nampak puas hati....hai...tiap semester mesti ada je kes-kes macam ni...sabar je la cikgu...

Tuesday, January 11, 2011

Generasi kini

Saya sedang makan hidangan tengah hari (sebenarnya saya makan kebab sahaja) semasa saya terdengar perbualan sekumpulan pelajar perempuan. Dengan suara yang agak kuat (yelah..sehingga saya mampu mendengar setiap bait pertuturan mereka...) mereka rancak bercerita berkaitan hal salah seorang rakan mereka yang dikesan telahpun menjadi seorang perokok. Dengan nada terkejut mereka melahirkan perasaan kurang senang dengan teman mereka yang secara terang-terang mengaku telahpun merokok sejak sekiannya. Namun dalam nada kurang senang tersebut juga, mereka seolah-olah akur dengan keadaan itu yang seperti kedengarannya telah biasa didengar oleh telinga mereka semua.

Fenomena pelajar di pusat pengajian tinggi terjebak dalam gejala kurang sihat seperti ini bukanlah satu perkara yang baru. Beberapa tahun sebelum ini saya telah didedahkan dengan cerita oleh beberapa orang pelajar saya sendiri perihal sahabat mereka yang hidup mewah gara-gara ditaja oleh seseorang. Dengan mulut separuh terngaga, saya tekun mendengar cerita mereka satu persatu. Antara tujuan pelajar-pelajar ini sanggup berkorban jiwa dan tubuh untuk perkara-perkara keji ini hanyalah kerana hambatan kehidupan di bandar-bandar besar yang menuntut kesenangan dan kemudahan. Tambahan pula jika mereka mempunyai wajah yang agak jelita sementelah belajar di pusat pengajian tinggi, maka mereka boleh menuntut nilai yang tinggi untuk harga 'pengorbanan' mereka.

Saya mula terfikir, akan lahirkah generasi masa depan yang mempunyai nilai moral yang rendah walaupun secara dasarnya mereka terdidik dengan ilmu dunia yang tinggi? Bagaimana sekiranya mereka kelak memimpin dalam organisasi yang besar sedangkan hakikatnya mereka sendiri perlu dibimbing dan dipimpin terlebih dahulu. Nampaknya gayanya agenda kepimpinan negara tidak boleh terhenti di sini sahaja. Ada banyak lagi tugas dan tanggungjawab berat menanti untuk diperbaiki dan dikemaskinikan...