Mengapa mereka tidak bersarapan?
Antara alasan yang biasa dikemukakan ialah :
1.Tak sempat
2.Pagi-pagi tak selera
3.bla...bla..bla..
4.bla...bla...bla..bla..
Menurut kajian , kanak-kanak yang bersarapan lebih fokus semasa di dalam kelas berbanding kanak-kanak yang tidak bersarapan. Sarapan juga diumpamankan seperti memanaskan enjin kereta pada awal pagi ataupun seperti mengisi minyak kereta. Jika enjin tidak dipanaskan maka kereta pun lambat bertindak balas dan kalau kereta tidak diisi minyak, kereta tersebut tidak dapat bergerak.
Ada sesetengah pendapat menyatakan sikap sentiasa meninggalkan sarapan merupakan satu habit yang tidak baik terutamanya untuk tahap kesihatan yang maksimum. Sekiranya kita tidak bersarapan, maka kita akan berpotensi untuk makan dengan lebih banyak pada waktu tengah hari disebabkan tempoh yang agak lama perut kita berlapar. Namun demikian sekiranya kita bersarapan, waktu makan tengah hari boleh dilewatkan sekiranya alasan tidak sempat digunakan.
Bagi golongan pelajar pula, keperluan bersarapan merupakan satu tuntutan yang penting kerana keperluan otak pelajar-pelajar ini diperlukan sepanjang hari terutamanya semasa proses menerima ilmu berlangsung. (Baca lebih tentang perkara INI). Jika mereka kerapa mengamalkan tabiat tidak bersarapan ini, maka tidak mustahil generasi akan datang bakal menjadi generasi yang tidak bersarapan. Mungkin agak keterlaluan, tetapi keadaan ini boleh berlaku.
Jadi untuk melahirkan generasi Y yang bersarapan dan menjadi generasi yang mampu membangunkan negara kelak, mulakan hari anda dengan BERSARAPAN! :)