Thursday, December 23, 2010

Taska Gugu Gaga


Saya rasa nama ini sangat sesuai, unik, tersendiri dan ada ciri-ciri kelucuan yang mungkin akan dikenali, diingati dan menjadi pilihan ibu bapa dan juga anak-anak mereka sebagai sebahagian daripada tempat untuk mereka berkongsi masa dan proses tumbesaran anak-anak mereka.

Semester 2

Semester 2 untuk sesi 2010/2011 dah bermula selama hampir dua minggu. Seperti semester lepas, saya mendapat 18 jam mengajar. Oleh kerana pada semester lepas saya telah terganggu emosi akibat sikap saya yang makin malas, maka pada semester ini bersamaam juga dengan tahun Hijrah yang baru berlalu, saya menanamkan azam untuk mempernaharui tekad. Saya berazam untuk memulihkan seluruh rasa jiwa dan perasaan terhadap apa jua pekerjaan yang sedang saya lalui kini.

Maka sebagai permulaannya, saya telah memulakan kelas saya seawal hari pertama lagi. Perasaan bersemangat saya kongsikan bersama-sama pelakjar saya yang rata-ratanya turut mempunyai perasaan yang sama seperti saya. Namun demikian, jauh di sudut hati saya tetap merasakan agak sedikit terkilan mengetahui ada terdapat segelintir rakan-rakan setugas yang mempunyai kurang jam mengajar. Ini berlaku kerana kelas mereka terpaksa ditutup akibat ketiadaan pelajar. Ada juga segelintir mereka mempunyai jadual seperti terlalu dan tersangat ideal. Macamana jadi begitu pun saya tak dapat nak pastikan. Ada juga jadual yang terang-terangan jam mengajarnya yang berderet-deret namun yang peliknya, ada sahaja mukanya di bilik tanpa perlu terkocoh-kocoh untuk kelas. Semua ini masih lagi misteri bagi saya.

Sebelum berangkat balik, saya semak lagi sekali bilangan pelajar di kelas saya. Jumlahnya bukan makin berkirang tapi ada yang meningkat kerana rayuan pelajar-pelajar yang ingin masuk ke kelas saya, sukar saya tolak. Jadi harapan untuk mendapat kurang jam mengajar pada semester ini hanyalah tinggal sebagai satu harapan yang kosong dan sia-sia belaka.

Apa yang dapat saya katakan sekarang ialah, terima ajelah Nurma...

Tahun Hijrah

Saya mendapat email daripada komuniti saya berkaitan dengan tahun Hijrah ini. Menurut si pengirim, kita digalakkan untuk mengikut tarikh tahun Hijrah terutamanya untuk tarikh lahir kerana tahun Islam ini lebih tepat kiraannya berbanding dengan kiraan tahun Masihi. Tahun Hijrah mengikut kiraan putaran bulan selama lebih kurang 354 hari dalam setahun manakala kiraan tahun Masihi berbeza. Dengan sebab itu pada setiap tanggal 15 hari bulan dalam tahun Hijrah, kita akan dapat lihat bulan betul-betul dalam keadaan penuh. Bacaan lanjut boleh rujuk blog ini.

Akibat terlalu ingin mengetahui berapakah umur saya mengikut tahun Hijrah, maka saya telah menggunakan kalkulator untuk menukar tarikh lahir saya mengikut tahun Islam ini. Apa lagi terkejut la saya kerana umur saya sebenarnya dah pun meningkat 40 tahun dan pada bulan Safar 1432 ini, iaitu bersamaan dengan 4 Januari 2011, saya akan meningkat usia ke 41 tahun. Macam tu rupanya...maknanya saya ni memang la dah masuk kelab 40 dan tak payah lagi saya mengaku saya ni masih dalam era 30 an lagi...hmmm......

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah


Tahun Hijrah

Berikut merupakan kelebihan pada 10 Muharam.