Saturday, December 10, 2011

Ombak RIndu, Breaking Dawn dan Puss in Boots.

Lama tak menonton disebabkan banyak sebab. Masa, filem, keadaan dan yang sewaktu dengannya. Esok saya dan suami akhirnya dapat mencari waktu dan filem yang rasa-rasanya sesuai untuk ditonton oleh kami semua seisi keluarga. Apatah lagi sekarang ni musim cuti sekolah.

Jadi saya dan suami akan menonton Ombak Rindu, Haqim memilih Brekaing Dawn manakala Hanan , Sakina, Husna termasuklah si kecil Maryam akan menonton Puss in Boots. Sebelum menonton saya tak dapat nak ulas apa-apa mengenai Ombak Rindu. Memang tak nak ketinggalan daripada fenomena menonton filem itu sementelah dikatakan berjaya mengutip RM5 juta dalam tempoh lima hari sahaja!

Benarkah filem itu seperti yang digambarkan? Apa hebatnya? Saya betul-betul mengharapkan penghayatan pelakon dan kekuatan skrip yang bagi saya adalah segala-galanya untuk sesebuah penceritaan berjaya selain daripada idea asli yang diketengahkan.



Tak sabar saya menunggu hari esok.

2 comments:

anymz said...

ngah,akak ni kan,baca novel sudah..nonton wayangnya pun sudah...
memang terbaik novel2 dari fauziah ni cuma bila dah di filemkan dia jadi pendek lah pulak kan?..:)

nurma said...

kak anim, angah lum baca buku dia tp lepas tgk cite ni mmg plan nak baca. mmg mcm akak cakap tak puas tgk cite dia. salunya mmg baca buku jauh lebih puas dari tgk cite.tp apa2 pun kita bagi kredit la utk pengarah yang dah berjaya buat cite ni kan...sokong filem Melayu bermutu!

Post a Comment